Thursday, February 24, 2011

ISTIKHARAH CINTA

Ya Allah,
Seandainya telah Engkau catatkan,
Dia milikku, tercipta buatku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Titipkanlah kebahagiaan antara kami,
Agar kemesraan itu abadi,
Dan Ya Allah, Ya Tuhanku, Yang Maha Mengasihi,
Seiringkanlah kami melayari hidup ini ke tepian yang sejahtera dan abadi.
Tetapi Ya Allah,
Seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan milikku,
Bawalah ia jauh dari pandanganku,
Luputkan ia dari ingatanku dan peliharalah aku dari kekecewaan.
Serta Ya Allah, Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti,
Berilah aku kekuatan melontar bayangannya jauh ke dada langit,
Hilang bersama senja nan merah,
Agar aku tetap bahagia walaupun tanpa bersama dengan dirinya.
Ya Allah, Ya Tuhanku,
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu,
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan adalah yang terbaik buatku,
Kerana Engkau Maha Mengetahui segala apa yang terbaik buat hambaMu ini.
Ya Allah, yang tercinta,
Gantikanlah yang telah hilang dan tumbuhkanlah kembali yang telah patah,
Walaupun tidak sama dengan dirinya.
Jika dia bukan ditakdirkan untuk diriku,
Anugerahkanlah aku insan yang lebih baik jika dia bukan jodohku.
Ya Allah, cukuplah Engkau sahaja
yang menjadi pemeliharaku di dunia dan di akhirat,
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang dhaif ini,
Jangan Engkau biarkan aku sendirian di dunia mahupun di akhirat,
Jauhkanlah aku dari terjerumus ke arah kemaksiatan dan kemungkaran.
Maka kurniakanlah aku pasangan yang beriman,
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina
kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai,
Dan kurniakanlah kepada kami keturunan yang soleh dan solehah,
Berikanlah kami kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
Amin, Ya Rabbal alamin.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...