Monday, December 12, 2011

PELAKSANAAN HUKUM SYARIAH DI ACEH

Cara Aceh laksana syariah




Dia memakai topi keledar dan menunggang skuter di Banda Aceh, ibu negeri wilayah Aceh, Indonesia dengan mematuhi semua peraturan dan undang-undang. Namun, Yuli masih ditahan polis syariah. Kesalahannya: memakai jeans ketat dan baju yang agak menjolok mata. Gadis berusia 20 tahun itu hanya tunduk dan tidak membantah apabila ditegur pegawai lelaki yang menahannya. "Saya berjanji akan berpakaian lebih sopan," kata Yuli, menyebabkan dia hanya diberi amaran oleh pegawai berkenaan.



Dalam masa sejam saja 18 wanita ditahan kerana berpakaian yang pada pandangan mata pasukan Wilayatul Hisbah itu mendedahkan terlalu banyak bahagian tubuh mereka. Hanya tiga lelaki ditahan sepanjang tempoh itu kerana memakai seluar pendek. "Kita terpaksa menghormati undang-undang syariah yang diluluskan kerajaan tempatan. Undang-undang itu mewajibkan wanita hanya boleh mendedahkan muka dan tapak tangan mereka," kata Komander Wilayatul Hisbah, Haji Marzuki.



Aceh yang terletak di bahagian paling hujung pulau Sumatera, kira-kira 1,000 kilometer ke barat laut Jakarta, adalah antara wilayah paling konservatif di Indonesia. Sebahagian besar penduduk Islam di negara yang mempunyai jumlah populasi kira-kira 234 juta orang itu berfahaman sederhana dan moden. Pada masa sama, Indonesia mengiktiraf lima agama rasmi termasuk Buddha dan Kristian.



Tetapi Aceh mempunyai autonomi khas dan satu daripada cara ia membezakan dirinya dengan wilayah lain di seluruh Indonesia ialah menerusi pelaksanaan undang-undang dan pembentukan pasukan Wilayatul Hisbah yang tugasnya untuk melaksanakan amal makruf nahi mungkar. Pasukan itu dianggotai 1,500 kakitangan termasuk 60 wanita.



Bagaimanapun, tidak seperti di Arab Saudi, pasukan seumpama itu di Aceh tidak mencetuskan sebarang masalah dengan penduduk. Anggotanya sentiasa kelihatan riang. Mereka tidak membawa senjata dan sering membebaskan pesalah dengan hanya memberi amaran. "Matlamat kami bukan untuk menghukum. Kita perlu meyakinkan dan menjelaskan kepada penduduk mengenai peraturan undang-undang Islam," kata Iskander, ketua pasukan itu di Banda Aceh. Dengan pangkat selaku ketua yang baru disandangnya kira-kira setahun lalu, dia mempunyai kuasa untuk mengarahkan hukuman rotan terhadap pesalah.



Sebelum ini, beberapa pesalah menjalani hukuman rotan di tempat awam sejak 2005 kerana minum arak, berjudi dan berzina. Mereka yang bersetuju dengan Wilayatul Hisbah berkata, kewujudan pasukan itu memberi kesan terhadap kehidupan harian masyarakat. "Mesej kami sudah tersebar dan ketika ini jenayah semakin berkurangan," kata pegawai kanan pasukan berkenaan, Syariffudin. Menurutnya, kebanyakan mereka yang ditangkap di bawah undang-undang syariah adalah hasil maklumat daripada orang ramai termasuk penangkapan sekumpulan lelaki yang berjudi di sebuah kafe awal bulan ini.



Satu lagi kes yang ditangani Wilayatul Hisbah ialah berkenaan khalwat. Pasangan kekasih muda atau lelaki dan wanita yang tidak mempunyai ikatan perkahwinan perlu berhati-hati jika mahu bermadu kasih di tepi pantai. "Anda perlu berwaspada jika mahu berpacaran," kata pelajar, Fira, yang baru berusia 17 tahun. "Kami tahu bagaimana mahu mengelak daripada ditangkap. Lagi pun, jika ditangkap, kami hanya akan diberi nasihat dan kemudian dibebaskan," katanya.



Namun, keadaan mungkin berubah sedikit masa lagi apabila peraturan baru dikuatkuasakan termasuk yang membenarkan hukuman rejam dilaksanakan ke atas mereka yang didapati bersalah berzina dan hukuman sebat terhadap yang melakukan kegiatan seks sejenis. Undang-undang itu akan ditandatangani kerajaan Aceh sedikit masa lagi. Ia diluluskan Majlis Perundangan Aceh pada September lalu, tetapi kini dikaji semula dewan perhimpunan baru sebelum ditandatangani gabenor, Irwandi Yusuf.



Beberapa anggota Parlimen di Jakarta menyuarakan rasa tidak senang hati mereka terhadap hukuman itu yang boleh diisytihar tidak sah oleh Mahkamah Agung Indonesia. Tetapi jika itu berlaku, ia akan membuka semula luka lama mengenai perjuangan rakyat Aceh untuk mendapatkan pemerintahan autonomi. -Agensi





Sumber - Fudzail



Tuesday, December 06, 2011

BANGAU OH BANGAU




BANGAU OH BANGAU!
oleh : Hamzah Fansuri





Bangau oh bangau mengapa engkau kurus? Macamana aku tak kurus ikan tak mahu timbul
Ikan oh ikan kenapa tak mahu timbul? Macamana aku nak timbul rumput panjang sangat
Rumput oh rumput kenapa panjang sangat? Macamana aku tak panjang kerbau tak makan aku
Kerbau oh kerbau kenapa tak makan rumput? Macamana aku nak makan perut aku sakit
Perut oh perut mengapa engkau sakit? Macamana aku tak sakit makan nasi mentah
Nasi oh nasi mengapa engkau mentah? Macamana aku tak mentah kayu api basah
Kayu oh kayu mengapa engkau basah? Macamana aku tak basah hujan timpa aku
Hujan oh hujan kenapa kau timpa kayu? Macamana tak timpa kayu katak panggil aku
Katak oh katak mengapa panggil hujan? Macamana aku tak panggil ular nak makan aku
Ular oh ular kenapa nak makan katak? Macamana aku tak makan memang makanan aku, memang makanan aku







Begitulah lirik lagu ~Bangau oh Bangau~ yang kita selalu dengar dan nyanyikan ketika kecil. Mungkin sahabat semua tertanya-tanya kan, kenapa plak saya bercerita tentang lagu ni. Sebenarnya lagu nih dah lama tak dengar dan tak nyanyi, alih-alih masa kursus NLP tempoh hari, our coach Mr Rizal bercerita balik pasal lagu ni. Maka alkisahnya saya pun mahulah berkongsi sama pengajaran daripada lagu ini. J




Kursus NLP ni tidaklah nampak begitu executive seperti kursus-kursus lain yang tido bangun kat hotel mewah, tapi inilah kursus termahal pernah saya ikuti. Untungnya tak payah keluar duit, tidur di teratak sendiri pun tidak kisah, yang penting ilmu ni tak senang didapati di mana-mana. Itulah namanya exclusive kan?. Rugi lah pada sapa-sapa yang nama dah tercalon, tapi tak nak ikut. Hihihi... Ok2 ! Stop merepeking, and back to the topic bangau!




Apakah makna “bangau + ing = bangauing”? Ok, mari lihat! Mengikut lagu bangau oh bangau ni, kita dah diajar dan ditanam dalam diri sejak sekian lama tentang pemikiran suka menyalahkan sesuatu ataupun pihak lain. Kalau boleh saya katakan, ini adalah antara helah bela diri yang cukup ampuh sering kita amalkan dalam hidup samada antara sedar atau tidak. Percayalah! Kalau kita tak dapat buat sesuatu atau tak dapat sesuatu, banyak sekali alasan-alasan yang kita berikan. Situasinya tidak ubah seperti bangau yang beralih dari 1 pihak ke 1 pihak yang lain, saling menuding jari dan menafikan kelemahan diri sendiri. Jadi kata Mr. Mohd Rizal Hassan -Take Charge; STOP BANGAUing! Usah membangau lagi! Every moment is a choice, every choice is my choices, so, choose lah!!..






Apa yang boleh kita faham, lagu ini mengisahkan bangau, rumput, kayu, hujan dan lain-lainnya, yang masing-masing menyalahkan satu sama lain apabila terdapat kelemahan pada diri sendiri. Sikap salah-menyalahkan itu bermula daripada bangau sehinggalah berhenti kepada ular. Ular sahaja yang mengaku kesalahannya. Jika tidak, ada kemungkinan lagu atau kisah ini akan meleret-leret panjangnya. Pastinya, sikap salah-menyalahkan ini akan berterusan dan masalah tidak akan selesai.


Iktibarnya, kisah ini mengajar kita apabila berlaku satu masalah dalam masyarakat, setiap individu dari sekecil-kecilnya sehinggalah ke sebesar-besarnya (sama ada dari segi kedudukan atau pengaruh) sewajarnya melihat keupayaan, kelemahan, peranan, kemampuan serta upaya bertindak masing-masing. Tegasnya, setiap kita hendaklah melihat diri sendiri dahulu sebelum sewenang-wenangnya menuding jari. Kita perlu mencari apa yang salah, bukannya siapa yang salah. Apakah yang salah dan apakah sumbangan kita untuk menyelesaikan masalah tersebut? Walaupun masalah itu kecil, kita perlu membuat penyelesaian yang terbaik mengikut kemampuan dan pada lingkungan pengaruh kita. Ubahlah dan betulkanlah diri dahulu maka barulah kita akan berjaya membetulkan orang lain.


Secara sinisnya, ‘bangau’ hendaklah belajar menangkap ikan dalam keadaan rumput yang panjang kerana itu memang kerjanya. Jangan salahkan rumput yang panjang! Sepatutnya kalau ditanya, “Oh bangau, kenapa kau kurus? Bangau tak sepatutnya menyalahkan ikan tak timbul. Bukannya ikan yang perlu datang sendiri kepadanya. Bangau sendiri yang patut berusaha mendapatkan ikan itu. Begitu juga bagi lembu yang sakit perut, jangan disalahkan nasi yang mentah, kerana itulah risiko yang terpaksa ditanggungnya apabila makan tanpa usul periksa.


Akhir sekali, bagi mengatasi masalah budaya ‘Bangau oh bangau’ ini maka kita perlulah bersikap berani. Berani mengakui kesalahan dan kelemahan diri. Berani menanggung risiko akibat pilihan dan perlakuan kita sendiri. Dan kemudian berani pula untuk memperbaiki kelemahan itu dengan meningkatkan ilmu, kemahiran dan sikap kita terhadap sesuatu perkara. Di samping itu, kita juga perlu tahu akan kekuatan-kekuatan yang ada pada diri. Kita yakin pada kekuatan itu dan menambah serta mempertingkatkannya dari semasa ke semasa. Yakinlah setiap insan dilahirkan dengan keistimewaan masing-masing. Kita adalah unik dan terbaik dalam bidang-bidang tertentu. Kenali bidang itu dan terokailah dengan yakin. Bukankah bangau punya tengkuk yang panjang dan ikan mempunyai ketangkasan berenang dan menyelam? Dan dengan tengkuk yang panjang bangau boleh menyusup ke celah-celah rumput yang panjang dan dengan ketangkasan berenang dan menyelam ikan boleh timbul ke permukaan. Lihat pada apa yang ada, barulah kita bersyukur. Jangan dikenang apa yang tiada, nanti kita kufur.


Saya mahu berkongsi satu lagi maksud tersirat di sebalik lagu ini. Benar atau tidak, tak dapatlah saya sahkan. Apa pun ianya boleh diambil perhatian sama. Selain memaparkan sikap manusia yang suka menyalahkan orang lain, ia juga membawa maksud berikut;





Sesungguhnya bangau kurus itu ialah Islam yang putih bersih tetapi lemah. Ikan pula Umat Islam yang belum sedar. Manakala rumput yang panjang adalah kiasan bagi halangan yang menyukarkan rakyat bangun menentang kezaliman dan kemungkaran yang beraja. Kerbau yang tidak makan ialah perbandingan bagi ulama yang tidak menghalang atau membanteras kemungkaran dan kezaliman. Perut yang sakit pula diibaratkan kekuatan dan semangat ulama yang hilang atau hati mereka yang sudah rosak berpunca dari sogokan hasil rezeki yang tidak berapa bersih dan halal yang telah diumpamakan sebagai nasi mentah. Seterusnya persoalan mengapa nasi itu mentah dikaitkan dengan kayu api basah yang bermaksud punca kurangnya halal dan bersih rezeki para ulama ialah semangat Jihad yang telah ditinggalkan atau dalam kata lainnya telah padam kerana sikap manusia yang lebih suka mengharap rahmat bantuan langit daripada berusaha. Tepatlah perbandingan katak dengan manusia yang berteriak minta diturunkan hujan untuk menyelamatkan diri dari serangan si ular rakus kuffar Yahudi, Kristian dan gerombolan sekutunya yang sentiasa berusaha memusnahkan ketuanan dan survival Islam di muka bumi ini kerana telah termaktub dalam kata si ular, "katak itu memang makanan aku".








Rujukan;


1. ukhwah


2. genta-rasa

Saturday, December 03, 2011

NEURO LINGUISTIC PROGRAMMING







STOP BANGAUING! Usah membangau lagi! Every moment is a choice, every choice is my choices, so, choose lah!!..




-Mohd Rizal Hassan, Take Charge-



Comelkan quotation kat atas tu.. :) Actually saya nak bercerita tentang kursus yang saya hadiri baru-baru ni. Tak pernah-pernah bercerita tentang kursus, tapi kali ni betul-betul rasa mahu berkongsi. Kursus ni kami pangil dengan nama “Kursus Menghalau Bangau” yang dikendalikan oleh “Penghalau Bangau”. hihihi.. Maaf ya, sebenarnya kursus nih dinamakan sebagai NLP (Neoro Linguistik Program), tapi kami panggil macam tu sebab dalam kursus ni selalu ditekankan supaya jangan bertabiat seperti yang ada dalam lagu bangau tu. Bagus sangat! Tapi nanti kita akan cerita semula tentang intipati dalam lagu bangau pada entry yang akan datang.

Berbalik pada cerita NLP tadi, sebenarnya saya nak cerita panjang-panjang dan secara detail pun tak reti juga. Tahu tak sebab apa tak reti? Sebabnya belum benar-benar mastery. Ilmu yang dapat hanya di hujung kuku saja, bahkan kalau boleh dikumpulkan dengan ilmu-ilmu lain, maka ianya akan jadi lebih sedikitlah. Tak sampai pun hujung kuku, kalau nak tengok mungkin kena pakai mikroskop. Hihihi...

Tahu tak yang NLP ni sebenarnya dapat membantu kita dengan izin Tuhan bagi mencapai apa yang kita hajati secara mudah dan senang. NLP juga adalah merupakan bahagian daripada ilmu psikologi dan kaunseling. Saya tak pernah belajar kaunseling, kecuali sedikit saja dalam kursus perguruan dulu dan melalui pembacaan saja. Jadi tak boleh hurai lebih-lebih, nanti salah... haru! Baca saja apa yang saya tampal ni ya.

APAKAH ITU NLP



NLP adalah singkatan daripada “Neuro Linguistic Programming”. NEURO ini dapat kita fahami sebagai proses berfikir, bagaimana kita menggunakan penglihatan, pendengaran, perasaan, rasa dan bau untuk memahami apa yang berlaku di sekeliling kita. Manakala , LINGUISTIC (bahasa) pula adalah bahasa yang kita gunakan bagi menyatakan, menerangkan, mengkategori dan menganalisa realiti yang kita hadapi. Hasilnya, ia akan mempengaruhi kita dan orang di sekeliling kita. Bahasa yang berbeza memberikan model pemikiran yang berbeza. Sementara PROGRAMMING pula adalah corak pemikiran dan gaya kita melihat serta memberikan respon terhadap sesuatu perkara. Kita mentafsir dunia ini berdasarkan kepada pengalaman dan ilmu, bagi mencapai keperluan kita. Kita mencipta tingkahlaku dan strategi tertentu untuk mendapatkan apa yang kita mahu. Kemudian kita menceritakan semula pengalaman itu, dan dapat mengulanginya semula.






DEFINISI NLP


Terdapat pelbagai definisi tentang NLP, ada yang menyebutnya sebagai psikologi ekselensi. Melalui teknik-teknik NLP seseorang berkemungkian untuk menjadikan dirinya tumbuh menjadi manusia yang cemerlang, daripada tidak tahu potensi dirinya yang tersimpan di fikiran bawah sedar menjadi sedar untuk mengoptimakannya. Selain itu, terdapat satu definisi yang cukup representatif untuk mamahami apa itu NLP. Coolingwood (2005) mendefinisikannya “NLP studies the way people take information from the world, how they describe it to themselves with their senses, filter it with their beliefs and value and act on the result”. Definisi Coolingwood ini menerangkan bahawa NLP merupakan pengajian tentang;

Bagaimana manusia mengambil informasi dari dunia sekitar melalui interaksi dan stimulus. Hasilnya, yakni sensing melalui apa yang ia lihat, dengar dan rasakan diolah oleh cortex, mengubahnya menjadi informasi yang tersimpan di fikiran. Apa yang tercatat dan tersimpan itu disebut representasi internal.

Bagaimana apa yang sudah direpresentasikan (gambarkan/bayangkan) itu dapat difahami oleh dirinya. Tentunya tingkat pemahamananya sangat subjektif –maka disebut subjective experience—sifatnya menurut tingkat pendidikan, kepercayaan/keyakinan,dan nilai-nilai subjektif lainnya. Di sinilah pentingnya peranan bahasa (linguistic). Apa yang kita alami dalam hidup ini tidak cukup untuk diri kita sendiri tetapi akan lebih bermakna bila dikomunikasikan dengan orang lain melalui bahasa.

Bagaimana hasil daripada pemahaman itu, atau bagaimana apa yang direprensentasikan ke dalam fikiran itu menjadi lebih bermanfaat untuk dirinya dan orang lain. Sebuah pengalaman, sebuah pemahaman subjektif bukanlah berakhir pada pemahaman itu sendiri, melainkan kebermanfaatan bagi dirinya dan orang lain jauh lebih penting. Sebuah pengalaman memasak misalnya kurang bermanfaat bila hanya disimpan dalam pikiran sebagai arsip. Namun apa bila dipraktikkan dan diambil tindakan (take action), akan menjadi lebih bermanfaat bagi dirinya dan orang lain.



SEJARAH NLP

NLP memulakan sejarahnya di Universiti California Santa Cruz pada pertengahan tahun 1970'an oleh Richard Bandler seorang pelajar sarjana dalam matematik/komputer dan psikologi serta Dr. John Grinder seorang pensyarah bahasa di universiti tersebut.
NLP bermula daripada tesis Richard Bandler bersama profesornya Dr. John Grinder yang mana Bandler ingin menjawab sebuah pertanyaan kenapa seseorang boleh berjaya sementara orang lain tidak? Setelah melakukan penelitian secara intens-sistematis, mereka menemukan sebuah jawabannya. Ternyata, orang-orang sukses dalam meraih keberhasilannya memiliki perilaku yang nyaris sama dalam hal strategi-strateginya. Kesemua strategi itu akhirnya dapat dikodifikasikan dan dimodelkan yang pada gilirannya dapat ditiru (dimodel) oleh orang lain yang ingin sukses.

Pada awalnya mereka melakukan tiga pencontohan ke atas individu yang cemerlang dalam bidang masing-masing iaitu Milton Erickson (seorang pengamal perubatan dan pakar hipnosis), Virginia Satir (pakar terapi keluarga), dan Fritz Pearls (pakar psikologi gestalt).

Pendekatan mereka adalah pragmatik dan berorientasikan hasil dari berteori sahaja. Richard Bandler menyifatkan NLP sebagai satu proses untuk membantu manusia menggunakan otak mereka dengan lebih berkesan itu menjalankan otak mereka dari membiarkan otak menjalankan mereka. Pakar-pakar dan pemaju NLP mentakrifkan NLP mengikut pandangan perspektif mereka masing-masing:

“NLP adalah satu sikap dan kaedah yang meninggalkan jejak di belakangnya” .......... Richard Bandler.
“NLP adalah strategi pembelajaran pantas (accelerated learning strategy) untuk menjejaki dan menggunakan corak-corak di dalam dunia” .......... John Grinder.
“NLP adalah apa juga yang dapat menjayakan sesuatu” .... Robert Dilts

APLIKASI NLP

Anthony Robbins menggunakan NLP dalam kerjayanya dari “jualan ‘zero’ hingga menjadi pakar motivasi terbaik dunia. Malahan Tony Robbins menggunakan NLP untuk meningkatkan prestasi permainan tenis Andre Agasi untuk bangkit semua menjuarai kejuaraan dunia selepas prestasinya menurun beberapa waktu.

Buku-buku terkenal tulisan Anthony Robbins iaitu "Unlimited Power" dan "Awaken The Giant Within" secara khususnya memperihalkan bagaimana teknologi NLP boleh digunakan dalam mencapai apa juga yang kita mahu. Walaupun beliau menukarnya kepada satu akronim yang baru iaitu NAC (Neuro Associative Conditioning) hakikatnya apa yang dipaparkannya adalah berlatarbelakangkan NLP.

BAGAIMANA NLP DAPAT MEMBANTU SETIAP INDIVIDU

Selagi setiap manusia yang dipanggil insan masih lagi mempunyai apa sahaja kemahuan atau keinginan maka sesukar dan sesulit mana pun kemahuan tersebut NLP dapat membantunya untuk mencapai keinginan tersebut. Dua soalan utama NLP iaitu "Apakah yang saya mahu?" adalah sebagai penunjuk arah tuju dan kompas bagi sesuatu destinasi keinginan. Ini disusuli dengan pertanyaan "Bagaimanakah saya dapat mencapainya?" yang merupakan soalan proses dan kaedah serta rancangan dan tindakan untuk mencapai matlamat tersebut.

Oleh kerana semua tindakan merupakan perlakuan yang dicerna dan dikendali oleh minda maka apa juga program serta skrip yang kita jana bentuk dan jana dalam minda akan mempengaruhi hasil yang diperolehi. Komunikasi dari minda kepada motor yang mengawal saraf dan otot yang mengendali tindakan penting bagi mendapatkan sesuatu. Disinilah peranan bahasa dalam menghubungkan neuro atau saraf kepada otak. Skrip yang kita bina menjadi baris-baris atau 'kod-kod seperti dalam program komputer. Setiap baris menghasilkan sesuatu. Jika baris itu dapat ditukar dan digantikan maka pastinya hasil yang diperolehi juga berubah dari sebelumnya.

Oleh sebab penggantian inilah ia menghasilkan sesuatu dengan cepat sekali. Trauma dan fobia dapat diubah dalam masa yang pendek. Apabila skrip "ketakutan" atau "kebencian" diubah dalam minda maka hasilnya juga berubah. Tiada lagi ketakutan atau kebencian. Kod ketakutan atau kebencian sudah digantikan dengan kod lain. Dan saraf serta otot yang menimbal balas akan mengikut arahan minda yang baru melalui koding yang baru. Ianya nampak amat abstrak tetapi kaedahnya penuh dengan tatacara dan konsep saintifik yang dapat dibuktikan. Hasil yang diperolehi adalah bukti yang paling nyata. Maka jika anda inginkan sesuatu yang masih elusif atau bagaikan mengejar pelangi petang maka kaedah NLP pastinya dapat membantu anda.

Kesimpulannya NLP sangat peduli dengan “acting on the result”, bukan hanya sekadar memahami dunia di sekilingnya, melainkan bagaimana semua pengalaman yang kita miliki menjadi kekuatan, menuju manusia cemerlang. Maka tidak hairanlah kalau para ahli NLP menyebut NLP adalah program fikiran menjadi kenyataan, from mind to real. Singkatnya, bagaimana sebuah program fikiran benar-benar terwujud sehingga menjadi perilaku cemerlang.

Bagi mendapatkan huraian dan penerangan yang lebih detail lagi bolehlah juga merujuk kepada penjelasan NLP mengikut wikipedia di alamat ini ; NLP

Seterusnya mari kita sama-sama menonton beberapa video tentang NLP yang digunapakai oleh Darren Brown seorang yang Mastery dalam bidang ini.





















Alhamdulillah, mudah-mudahan sahabat pembaca beroleh sedikit maklumat melalui penjelasan ini. Kata En Rizal lagi, “Saya hanya menyampai dan mengajarkan ilmu ini pada tuan puan sekalian, selebihnya baik atau buruk dan bagaimana hendak menggunakannya dalam hidup, terserah sendiri.” Terima kasih banyak-banyak pada En Mohd Rizal Hassan ~Penghalau Bangau~ atas ilmunya. Saya telah berjaya dipasak oleh beliau barangkali !!










RUJUKAN;



http://www.take-charge.com.my/


http://mus-mindasukses.blogspot.com/2011/04/memahami-apakah-itu-nlp.html


http://www.akademinlp.com/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=139:apa-itu-nlp-bahagian-1&catid=1:apa-itu-nlp-content


http://sapadunia.wordpress.com/2008/07/24/apa-itu-nlp/



Sunday, November 27, 2011

PUYUH OH PUYUH

Assalamualaikum sahabat pembaca.

Kali ini saya nak berkongsi sesuatu yang lain daripada biasa. Saya suka rangkaian pantun nih, jadi saya tampal kat sini, supaya semua orang boleh baca sama. Pantun lama yang merentas sempadan zaman. Banyak yang boleh diambil ikhtibar dan pengajaran. Pantun ni menjadikan PUYUH sebagai model utama! dan PINANG sebagai latar situasinya. Tapi apa motifnya tak dapat saya rungkaikan sampai saat ini. hihihi.... Tidak kisahlah apa-apa pun, yang penting ISInya jelas dan boleh faham.




Tanam pinang rapat-rapat
Biar senang puyuh berlari
Kalau ku pinang, pinang tak dapat
Ku pujuk-pujuk, ku bawa lari


Biar senang puyuh berlari
Pinang ditanam rapat-rapat
Mengapa mesti dibawa lari
Bukankah baik mengikut adat?


Pinang ditanam rapat-rapat
Agar dapat puyuh berlari
Kalau sanggup melanggar adat
Tak usah kahwin hingga ke mati


Agar puyuh dapat berlari
Maka pinang ditanam rapat-rapat
Adat Melayu jangan cemari
Kalau berusaha pastikan dapat


Maka pinang ditanam rapat
Puyuh kini berlari-lari
Samalah kita menjunjung adat
Tunggak budaya semai di hati.



Monday, November 21, 2011

CIRI-CIRI WANITA MUSLIMAH

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh...

Baiklah, post kali ini simple saja, tapi cukup bernilai buat teman-teman muslimah semua. Saya muatkan tentang 33 ciri-ciri gadis muslimah sopan dan berakhlak yang sempurna. Jom kita semak, ada tak pada diri kita ciri-ciri ni. Kalau dah ada, Alhamdulillah... kekalkan istiqamah. Kalau tak ada, maka perlu diadakanlah ya.






CIRI-CIRI WANITA MUSLIMAH


1. Solat tepat waktu
2. Banyak amalan sunat dan bibir basah dengan zikir.
3. Setiap bicaranya bermula dengan kalimah Bismillah.
4. Butir bicaranya terselit dengan kalimah Alhamdulillah, InsyaALLAH, Subhanallah, Allahuakhbar dan lain-lain zikir.
5. Tidak mengeluh dengan masalah remeh dalam kehidupan sehariannya.
6. Bercakap dengan suara yang rendah.
7. Lembut dan halus tingkahlakunya.
8. Tuturbicara yang senang didengar tanpa kata lucah atau sumpah seranah.
9. Pakaian longgar tanpa mendedahkan bentuk tubuh.
10. Rambut, leher dada yang sentiasa ditutup dan dijaga dari pandangan lelaki bukan muhrim dan mereka yang bukan Islam.
11. Sukakan kanak-kanak dan kanak-kanak menyukainya.
12. Pandai mengambil hati orang tua.
13. Menghormati dan taat ibubapa.
14. Kesayangan keluarga dan tetangga.
15. Contoh kepada adik-adik dan mencontohi orang tua.
16. Sentiasa berkuku pendek bagi menyempurnakan wudhu.
17. Rambut tak diwarnakan.
18. Murah dengan senyuman.
19. Banyak mendengar dari bercakap.
20. Senyuman adalah ketawanya.
21. Tidak ketawa terbahak-bahak.
22. Suaranya tidak lantang dan jarang didengari oleh lelaki bukan muhrim.
23. Tidak suka bersiar-siar atau keluar rumah tanpa urusan penting bagi mengelakkan fitnah.
24. Menjauhi kumpulan yang sedang mengumpat dan mengeji supaya tidak dikira bersubahat.
25. Tidak menghebohkan kedukaan hatinya dan menyembunyikan kesedihannya.
26. Menerima dugaan sebagai ujian ALLAH dan kafarah dosanya.
27. Sentiasa berdoa baik untuk keluarga, orang lain dan juga untuk orang yang menganiayanya.
28. Pandai bergaul dengan semua orang tanpa mengira tahap pendidikan dan taraf kedudukan.
29. Tidak boros dalam berbelanja dan pandai menguruskan kewangannya.
30. Berhati-hati dengan apa yang dimakannya dan menjauhi makanan yang syubhah.
31. Sayangkan dan kasihkan binatang peliharaan seperti kucing, arnab, burung, ikan dan lain-lain.
32. Suka kepada alam sekitar, suka berkebun dan bercucuk tanam.
33. Menitik-beratkan aurat yang dianggap remeh seperti tumit kaki, kaki, siku dan lengan. Caranya dengan memakai sarung tangan dan sarung kaki.



Ok, macamana teman-teman semua? Renung-renungkan dan Selamat Beramal!


Monday, November 14, 2011

WANITA KOTA TARIM


ASSALAMUALAIKUM.

Apa khabar sahabat pembaca sekalian? Apa khabar pula sahabat-sahabat muslimah saya? Sihat ker semuanya? Kalau fizikalnya sihat, Alhamdulillah. Saya teruskan bertanya, sihatkah juga hati kita? Sihatkah juga iman kita? Saya bertanyakan ini, lantaran melihat kepada peri pentingnya kesihatan hati dan iman dalam melahirkan ikon para muslimah yang solehah. Sifat muslimah khususnya di zaman ini yang tidak begitu terjaga daripada anasir-anasir yang boleh merosakkan jati diri seorang muslimah begitu menyesakkan jiwa. Justeru pada kesempatan ini, saya nukilkan buat sahabat pembaca sekalian berkenaan kisah para wanita yang terjaga, para wanita yang terpelihara, kisah wanita Kota Tarim. Andai adanya wanita ini dalam kalangan kita, alangkah bahagianya dunia. Indah berseri dengan pancaran kesolehannya. Tanpa berlengah, jom kita usaha jadi seperti mereka.



Wanita Terpelihara

Mengenai wanita di kota Tarim Hadramaut, mereka itu jauh berbeza dengan sebahagian besar wanita-wanita muslimah di dunia. Bahkan di wilayah-wilayah lain di kota Hadramaut juga pun sudah banyak yang pudar ketegasan syariahnya. Wanita Tarim sudah terbiasa sejak daripada kecil dibesarkan dalam lingkungan ulama, siang dan malam mereka adalah perbualan tentang majlis-majlis ilmu, al-Qur’an, adab, akhlak, tasawwuf dan seumpamanya. Begitulah keadaan mereka dibesarkan. Mereka dibesarkan tidak kenal muzik, tidak kenal kebiadapan, tidak kenal wajah orang fasiq, bahkan para wanitanya tidak pernah melihat lelaki asing selain daripada saudara-saudara lelaki dan bapa saudara mereka sahaja.

Apabila tiba saat mereka menikah, ditanya pada isteri; Bagaimanakah keadaannya saat awal berjumpa? Ia menjawab; Saya bingung, seumur hidup saya belum pernah melihat lelaki selain saudara kandung saya, dan sekarang ini ada lelaki asing duduk di kamar saya. Begitulah keadaan mereka, cukup terpelihara dan terjaga.

Keperluan Rumahtangga

Wanita Tarim juga tidak pernah menyusahkan suami mereka. Begitu juga dengan para suaminya, tidak menyusahkan isteri mereka. Bila susu habis misalnya, atau beras, atau apa saja barang dan keperluan seharian yang perlu dibeli, mereka tidak berani memberitahu suami kerana bimbang pada ketika itu si suami tidak mempunyai wang atau sedang sibuk, maka apa yang mereka lakukan adalah dengan meletakkan bungkusan-bungkusan kosong itu pada tempat yang dikira mudah dilihat oleh suaminya.

Begitu juga para suami, seluruh hajat dan keperluan dapur seperti sayur dan sebagainya suami yang belikan. Keadaan ini tidak pula menghalang para isteri untuk keluar membeli-belah ke pasar seperti membeli baju atau barang keperluan wanita, namun urusan dapur seperti membeli sayur, beras dan lain-lainnya itu merupakan tugas suami atau pembantu.

Kamar Tidur yang Wangi

Isteri selalu menghias dan menjadikan kamar tidur berbau wangi. Bila suaminya pulang, maka pastilah kamar sudah ditata rapi, indah dan sangat wangi. Pakaian suami sudah pasti wangi, bilik mandi juga wangi dan semuanya ditata serapi mungkin. Bukankah wangi-wangian itu mampu membangkitkan suasana yang tenang dan romantik?

Marah Wanita Tarim

Isteri juga tidak pernah mengangkat dan meninggikan suara pada suami. Mereka tidak pernah marah dan tidak pernah cemburu. Bila mereka merasa kesal, mereka akan menangis dan mengadu pada suaminya dengan nada yang lirih. Itulah marah mereka.

Keadaannya sama juga dengan para suami. Mereka tidak pernah marah pada isteri, apalagi mencaci dan menghina. Bila suami merasa sangat kesal atas sesuatu perkara, mereka akan menulis sepucuk surat kepada isteri dan kemudian mereka akan pergi atau tidur. Kemudian nanti isteri akan menjawab pula surat daripada suami tadi, seterusnya suami pula akan menjawab surat daripada isteri dan sehingga akhirnya mereka berdua akan tertawa bersama. Indahnya marah yang sebegini, marah yang mampu menjadi hiburan, marah yang diakhiri dengan gelak tawa tanpa seorang pun daripada mereka memendam rasa.

Rumahtangga Nabawi

Lebih daripada itu, kalau kita sorot secara mendalam tentang kehidupan ahli kota seribu ulama ini, kita akan dapati masih banyak lagi keunikan dan seni budi pekerti junjungan mulia Muhammad SAW dalam rumah tangga nabawi yang sulit kita temukan di masa kini, namun dipraktikkan dalam kehidupan mereka.


Subhanallah wabihamdihi, Subhanallahil ‘azim. Indah nian gambaran para wanita dan lelaki di Kota Tarim. Allah... Sungguh indah bersama mu wahai Kekasih Hati, wahai Penghulu seluruh manusia. Berbahagialah mereka yang berada di jalanmu, yang sentiasa menghidupkan sunnahmu. Sallu ‘alaih.... Semoga Allah SWT menjaga penduduk di kota seribu ulama ini dan kurniakan juga keindahan pekerti seperti itu kepada para wanita dan lelaki muslim di seluruh dunia ini.

Renungkan juga satu pesan saya pada semua;


Andai lahirnya seorang anak perempuan itu, biarlah dia menjadi seperti Saidatina Aisyah isteri Rasulullah SAW, kerana dunia masih lagi kekurangan solehah sepertinya.



Rujukan; pondokhabib





Thursday, October 27, 2011

FARSHI AL-TURAB

Bismillahirrahmanirrahim...

Perkara biasa yang terbuku di hati, mahu menulis banyak perkara. Tapi semuanya terkepung dalam kepenatan yang teramat. Kepenatan yang menjalar ke seluruh urat darah. Musim akhir semester, beginilah selalunya. Alangkah bagusnya kalau boleh di-magik-kan saja rasa hati, bertukar menjadi simpulan kata yang tersusun indah. he3... Melalut panjang tidak ada guna, sementara saya mampu menulis semula, baik juga saya tinggalkan sahabat pembaca dengan bait-bait nasyid daripada Meshary al-Arada ~ ‘FARSHI AL-TURAB’. Mudah-mudahan kepenatan kita di dunia ini, menjadi mahar pada sebuah kerehatan yang kekal abadi di sana nanti.



فرشي التراب يضمني وهو غطائي
حولي الرمال تلفني بل من ورائي
واللحد يحكي ظلمة فيها ابتلائي
والنور خط كتابه أنسى لقائي
والأهل اين حنانهم باعوا وفائي
والصحب اين جموعهم تركوا اخائي
والمال اين هناءه صار ورائي
والاسم اين بريقه بين الثناءِ
هذي نهاية حالي فرشي الترابِ
والحب ودّع شوقه وبكى رثائي
والدمع جف مسيره بعد البكاء
والكون ضاق بوسعه ضاقت فضائي
فاللحد صار بجثتي أرضي سمائي
هذي نهاية حالي فرشي الترابِ
والخوف يملأ غربتي والحزن دائي
أرجو الثبات وإنه قسما دوائي
والرب أدعو مخلصا أنت رجائي
أبغي إلهي جنة فيها هنائي


Dust is my bed, embraces me and it’s my cover now
The sand surrounds me even behind my back
And the grave tells a dankness of my affliction
And the brightness draws a line……………
Where is my family’s love? They sold my loyalty!
And where is my group of friends? They left my brotherhood!
Where is the bliss of money? It’s behind my back now
And my name (reputation) where is it shine between praises
This is my end and this is my bed

And love farewells its longing and my elegizing cried
And the tears went dry after crying
And the universe became narrow and so is my space
And the grave became my ground and sky
This is my end and this is my bed

Fear fills my estrangement and sadness is my illness
I expect firmness and I swear it’s my cure
And for Allah i pray faithfully, you are my hope
Allah! I desire heaven, to find bliss in it

And for Allah i pray faithfully, you are my hope
Allah! I desire heaven, to find bliss in it.


Tuesday, October 18, 2011

ANDAI KEKASIH-MU BERSAMA KAMI



Bismillahirrahmanirrahim....

Masih belum selesai berbicara soal Majlis Haul yang diadakan di serata tempat. Majlis yang di dalamnya berkumpul para Habaib dari silsilah Nabi SAW. Majlis yang telah mengalir dan membasahkan relung jiwa dengan rasa kecintaan ke hadrat Penghulu seluruh manusia ini. Majlis yang dipenuhi dengan selawat kepada Baginda SAW. Majlis yang diikuti dengan puji-pujian kepada Allah SWT. Subhanallah! Majlis zikir dan majlis ilmu adalah taman-taman syurga. Berdamping dengan para ulama adalah merupakan satu nikmat dan anugerah.

Sememangnya bulan Zulkaedah ini merupakan bulan yang penuh dengan penghayatan serta bulan penyubur kasih sayang pada junjungan besar Habibuna Muhammad SAW. Alhamdulillah, program-program serta majlis-majlis sempena memperingati pulangnya Imam al-Hadad menemui Allah SWT telah menyampaikan kita pada sirah junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Masih belum puas melempiaskan kerinduan pada Habibuna lewat qasidah dan puji-pujian. Justeru, ayuh kita basahkan lagi jiwa dengan alunan bait-bait nasyid dendangan Abdulrahman Mohammed ~ Law Kaana Baynana. (^___^)



Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa. Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan Keampunan-Mu dan sifat Pemurah-Mu, dan kebebasan daripada neraka-Mu, dan juga syurga bersama-sama Penghulu seluruh manusia. Kami mohon pada-Mu. Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku, dari sudut hati kami yang paling dalam.

Kalaulah Kekasih-Mu masih berada bersama-sama kami, akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah dengan haruman baginda. Sebelum hilangnya rasa, rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan kekasih-Mu. Berada berhampiran Baginda jiwa turut menjadi harum, dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah akan diperkenankan. Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna.

Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda, wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba. Hidayah-Mu kepada alam merata luas, tanda hampirnya kasih sayang Tuhan Pemberi hidayah. Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih. Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Ku tebus diriku dengan dirimu, wahai kekasihku Nabi Muhammad yang mulia, yang asing. Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum. Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam. Wahai kekasihku, wahai Muhammad, wahai pengubat hatiku, wahai yang dupuji dipuja. Dirimu memiliki kelebihan yang diakui oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.

Monday, October 17, 2011

IMAM AL-HABIB ABDULLAH AL-HADDAD



Assalamualaikum...

Alhamdulillah diberikan kesempatan lagi untuk terus melakar sesuatu di sini, setelah berjuang bersungguh-sungguh menguruskan masa dengan baik. Masih belum benar-benar mahir menguruskan masa, tapi alhamdulillah tidaklah terlalu teruk sangat. Pada entry yang sebelumnya kita telah bercakap tentang Program-program dan majlis-majlis Haul Imam al-Habib Abdullah al-Haddad. Menyebut saja, tetapi tidak kenal, tidak ada gunanya. Tidak kenal, maka tidak cinta bukan? Justeru kita semak secara menyeluruh, siapakah sebenarnya al-Imam al-Habib Abdullah al-Haddad ini.

Sebelum daripada itu, Majlis Haul Imam Abdullah al-Haddad telah dilangsungkan pertama kalinya secara umum pada 2001. Majlis Haul Imam Abdullah al-Haddad diadakan secara rasmi sebagai memperingati peninggalan beliau serta memperkenalkan taburan ilmu bermanfaat daripada tokoh ulama yang juga digelar Mujaddid Islam pada abad yang ke-12 ini. Majlis-Majlis Haul ini telah berkembang secara tetap di seluruh tanah air, yang mana ianya dilangsungkan pada bulan Zulkaedah setiap tahun. Sehingga sekarang majlis ini dikelolakan dihampir setiap negeri serata Malaysia. Setiap tahun, jumlah para hadirin semakin bertambah dan yang paling ketara ialah penambahan hadirin dari luar negara yang secara tidak langsung mendapat berita tentang majlis-majlis tahunan ini bermotivasikan pengenalan, kecintaan dan manfaat yang dialami daripada Imam al-Haddad sendiri.


SEKILAS TENTANG IMAM ABDULLAH AL-HADDAD.



Beliau bernama Abdullah bin Alawi bin Muhammad bin Ali Al-Tarimi Al-Haddad Al-Husaini Al-Yamani. Beliau (rahimahullah) dilahirkan di Subir sebuah perkampungan berhampiran Kota Tarim di Wadi Hadhramaut, selatan negeri Yaman pada hari Ahad 5 haribulan Safar tahun 1044 hijriah bersamaan 30 haribulan Julai tahun 1634 Masehi. Al-Habib telah diasuh dan ditarbiah di Kota Tarim. Ketika beliau meningkat umur empat tahun, AL-Habib dijangkiti penyakit cacar yang mengakibatkan kehilangan daya penglihatan. Walaupun demikian, Allah yang Maha Agong lagi Mulia telah menggantikan kepada All-Habib dengan mata hati (cahaya ilmu dan pengetahuan serta keyakinan dan wilayah). Berdasarkan kurniaan ini, Al-Habib telah berusaha dengan penuh dedikasi dan kegigihan menceduk ilmu daripada sejumlah besar para ulama di Yaman. Cinta beliau terhadap ilmu dan para ulama menghasilkan kebolehan menguasai ajaran para ahli tahkik (orang yang mengenali Allah dengan 'ainul-yakin serta hakkul-yakin). Semenjak kecil lagi beliau memaparkan kekuatan usaha ibadat dan kerajinan menuntut ilmu.

Al-Habib pernah berkata "Ketika aku masih kecil, aku telah berusaha bersungguh-sungguh untuk beribadat dan melaksanakan pelbagai mujahadah yang lainnya, sehingga ditegur oleh nendaku yang solehah bernama Salma binti Said Al-Wali Omar Ba'Alawi supaya menjaga diriku. Dia sering berkata demikian jika dikira ibadat serta mujahadah yang aku usahakan dianggap terlalu kuat dan banyak. Sebaliknya aku telah banyak meninggalkan mujahadah semenjak permulaan perjalanan ini semata-mata memelihara hati kedua ibubapaku yang amat prihatin terhadap keadaanku".

Walaupun Al-Habib (radiAllahu'anhu) sering keluar ke kawasan sekitarnya dan perkampungan di sekeliling Tarim, beliau berkata "Aku lebih seronok bersendirian demi kerana Allah, kerana alangkah nikmatnya kelazatan (al-uns) bersama dengan Allah".

Pada permulaan perjalanan hidup Al-Habib, beliau sentiasa menyusuri negerinya untuk bertemu para solihin, menziarahi puasara para ulama dan auliya'. Pada masa beliau berada di perkampungannya, beliau sering duduk di sudut 'Masjid Al-Hijriah' dan pada waktu malamnya sering bersolat bergiliran di setiap masjid dalam Kota Tarim. Sesungguhnya inilah yang membuka hati beliau semenjak kecil lagi. Al-Habib sering membaca surah Yaasin yang mempengaruhi jiwanya dan menyebabkan beliau menitiskan air mata yang begitu banyak. Keadaan demikian sering mengakibatkan ketidakmampuannya membaca surah yang mulia ini. Inilah yang mendorong Sayyed Abdullah Bilfagih menjelaskan tentang Al-Habib dengan katanya "Di sinilah futuh (pembukaan) bagi Al-Habib"

AKHLAK DAN BUDI PEKERTI

Al-Imam Al-Haddad (rahimahullah) memiliki perwatakan badan yang tinggi, berdada bidang, tidak terlalu gempal, berkulit putih, sangat berhaibah dan tidak pula di wajahnya kesan mahupun parut cacar.

Wajahnya sentiasa manis dan menggembirakan orang lain di dalam majlisnya. Ketawanya sekadar senyuman manis; apabila beliau gembira dan girang, wajahnya bercahaya bagaikan bulan. Majlis kendalian beliau sentiasa tenang dan penuh kehormatan sehinggakan tidak terdapat hadhirin berbicara mahupun bergerak keterlaluan bagaikan terletak seekor burung di atas kepala mereka.

Mereka yang menghadhiri ke majlis Al-Habib bagaikan terlupa kehidupan dunia bahkan terkadang Si-lapar lupa hal kelaparannya; Si-sakit hilang sakitnya; Si-demam sembuh dari demamnya. Ini dibuktikan apabila tiada seorang pun yang yang sanggup meninggalkan majlisnya.

Al-Imam sentiasa berbicara dengan orang lain menurut kadar akal mereka dan sentiasa memberi hak yang sesuai dengan taraf kedudukan masing-masing. Sehinggakan apabila dikunjungi pembesar, beliau memberi haknya sebagai pembesar; kiranya didatangi orang lemah, dilayani dengan penuh mulia dan dijaga hatinya. Apatah lagi kepada Si-miskin.

Beliau amat mencintai para penuntut ilmu dan mereka yang gemar kepada alam akhirat. Al-Habib tidak pernah jemu terhadap ahli-ahli majlisnya bahkan sentiasa diutamakan mereka dengan kasih sayang serta penuh rahmah; tanpa melalaikan beliau daripada mengingati Allah walau sedetik. Beliau pernah menegaskan “Tiada seorang pun yang berada di majlisku menggangguku dari mengingati Allah”.

Majlis Al-Imam sentiasa dipenuhi dengan pembacaan kitab-kitab yang bermanfaat, perbincangan dalam soal keagamaan sehingga para hadhirin sama ada yang alim ataupun jahil tidak akan berbicara perkara yang mengakibatkan dosa seperti mengumpat ataupun mencaci. Bahkan tidak terdapat juga perbicaraan kosong yang tidak menghasilkan faedah. Apa yang ditutur hanyalah zikir, diskusi keagamaan, nasihat untuk muslimin, serta rayuan kepada mereka dan selainnya supaya beramal soleh. Inilah yang ditegaskan oleh beliau “Tiada seorang pun yang patut menyoal hal keduniaan atau menyebut tentangnya kerana yang demikian adalah tidak wajar; sewajibnya masa diperuntuk sepenuhnya untuk akhirat sahaja. Silalah bincang perihal keduniaan dengan selain dariku.”

Al-Habib (rahimahullah) adalah contoh bagi insan dalam soal perbicaraan mahupun amalan; mencerminkan akhlak junjungan mulia dan tabiat Al-Muhammadiah yang mengalir dalam hidup beliau. Beliau memiliki semangat yang tinggi dan azam yang kuat dalam hal keagamaan. Al-Imam juga sentiasa menangani sebarang urusan dengan penuh keadilan dengan menghindari pujian atau keutamaan dari oramg lain; bahkan beliau sentiasa mempercepatkan segala tugasnya tanpa membuang masa. Beliau bersifat mulia dan pemurah lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan. Ciri inilah menyebabkan ramai orang dari pelusuk kampung sering berbuka puasa bersama beliau di rumahnya dengan hidangan yang tidak pernah putus semata mata mencari barakah Al-Imam. Tidak terputus pengunjung bertamu dengan beliau pada bulan mulia ini di rumah perkampungan beliau di Al-Hawi.

Al-Imam menyatakan “Sesuap makanan yang dihadiahkan atau disedekahkan mampu menolak kesengsaraan”. Katanya lagi “Kiranya ditangan kita ada kemampuan, nescaya segala keperluan fakir miskin dipenuhi, sesungguhnya permulaan agama ini tidak akan terdiri melainkan dengan kelemahan Muslimin”.

Beliau adalah seorang yang memiliki hati yang amat suci, sentiasa sabar terhadap sikap buruk daripada yang selainnya serta tidak pernah merasa marah. Kalaupun ia memarahi, bukan kerana peribadi seseorang tetapi sebab amalan mungkarnya yang telah membuat Al-Imam benar-benar marah. Inilah yang ditegaskan oleh Al-Habib “Adapun segala kesalahan berkait dengan hak aku, aku telah maafkan; tetapi hak Allah sesungguhnya tidak akan dimaafkan”.

Al-Imam amatlah menegah dari mendoa agar keburukan dilanda orang yang menzalimi mereka. Sehingga bersama beliau terdapat seorang pembantu yang terkadangkala melakukan kesilapan yang boleh menyebabkan kemarahan Al-Imam. Namun beliau menahan marahnya; bahkan kepada pembantu itu diberi hadiah oleh Al-Habib untuk meredakan rasa marah beliau sehinggakan pembantunya berkata: “Alangkah baiknya jika Al-Imam sentiasa memarahiku”.

Segala pengurusan hidupnya berlandaskan sunnah; kehidupannya penuh dengan keilmuan ditambah pula dengan sifat wara’. Apabila beliau memberi upah dan sewa sentiasa dengan jumlah yang lebih dari asal tanpa diminta. Kesenangannya adalah membina dan mengimarahkan masjid. Di Nuwaidarah dibinanya masjid bernama Al-Awwabin begitu juga, Masjid Ba-Alawi di Seiyoun, Masjid Al-Abrar di As-Sabir, Masjid Al-Fatah di Al-Hawi, Masjid Al-Abdal di Shibam, Masjid Al-Asrar di Madudah dan banyak lagi.

Diantara sifat Al-Imam termasuk tawaadu’ (merendah diri). Ini terserlah pada kata-katanya, syair-syairnya dan tulisannya. Al-Imam pernah mengutusi Al-Habib Ali bin Abdullah Al-Aidarus. “Doakanlah untuk saudaramu ini yang lemah semoga diampun Allah.”

IBADAH DAN MUJAHADAH

Tiada siapa yang pernah menyatakan Al-Imam bersolat walau satu waktu bersendirian, atau tidak solat di awal waktu, sembahyang dalam situasi yang tergopah-gapah, atau meninggalkan qiamullail. Di antara sifat mulianya Al-Imam ialah tidak berbicara ketika menunggu waktu solat dan amat marah jika ada yang cuba berkata-kata di waktu itu. Bahkan beliau menegahnya serta memberi amaran kepada sahabatnya dari menegurnya ketika waktu tersebut. Inilah yang ditegaskan oleh Al-Imam dengan katanya: “Kami keluar dengan penuh menghadirkan diri dan meninggalkan segala kerunsingan”.

Dan tegasnya lagi: “Kami tidak bercadang untuk melaksanakan sebarang solat sunat An-Nawaafil (solat sebelum dan selepas sembahyang fardhu) kecuali setelah hati kami benar-benar hadhir dan iqbal (menuju) kepada Allah”.

Al-Imam amat memeliharai amalan solat Rawaatib. Doa-doa serta wirid-wiridnya yang ma’thur dari amalan Rasul SAW, termasuk mendirikan solat Dhuha sebanyak lapan rakaat dan solat Isyraq sebanyak empat rakaat sebelumnya, solat Awwaabin sebanyak dua puluh rakaat selepas sunat maghrib; di mana Al-Imam menyempurnakan empat rakaat sebelum setiap salam. Di waktu subuh pada hari Jumaat, Al-Imam berjemaah solat Fajar di masjid Al-Jame’ seterusnya beri’tiqaf sehingga solat Jumaat demi mendapat keutamaan berawal-awalan untuk solat tersebut.

Al-Imam juga amat sedikit tidur, sekadar merehatkan diri sahaja. Kebiasaan Al-Imam melambatkan solat witir sehingga hampir fajar; ini disebabkan Al-Imam tidur sedikit (qailulah) selepas solat-solat qiamullail. Kemudian barulah berwudu’ untuk solat witir sebelum subuh. Beliau sentiasa berzikir seumpama ‘La ila ha illallah’ yang terlalu banyak jumlahnya sehinggalah tidak pernah berhenti; Al-Imam membiasakan dirinya dengan ini walaupun diundang perbualan dengan sesiapa.

Al-Imam juga memperbanyakkan puasa, terutamanya pada hari yang diutamakan iaitu Isnin dan Khamis, Ayyaamul Baidh (hari ke 13, 14 dan 15 tiap-tiap bulan), hari ‘Asyura; hari ‘Arafah, enam hari dalam bulan Syawwal; sehinggalah terhentinya amalan ini apabila Al-Imam sudah berumur dan lemah.

Adapun pada bulan Ramadhan, Al-Imam telah menjelaskan kepada para sahabatnya “Sesungguhnya Ramadhan adalah bulan amal, perkurangkanlah/tinggalkan sementara ilmu semata-mata untuk beribadah dalam bulan ini”. Seterusnya dapat dilihat orang-orang yang ramai mengurangan kelas-kelas ilmu kecuali selepas Asar, sebagai peringatan beliau kepada sahabat-sahabat yang utamakan amal bersungguh-sungguh dan membersihkan dalaman (batin).

Walaubagaimanapun Al-Imam tidak pernah menunjuk-nunjukkan amalnya kecuali keadaan memaksakan seperti supaya ianya dijadikan tauladan kepada yang lain. Kata Al-Imam: “tidak aku tonjolkan amalan ini dengan sengaja, walaupun itu Alhamdulillah aku tidak bimbang dari sifat riya’ (disebabkan orang mengetahui amalan aku). Ingatlah sebagaimana Sayyidina Abu Bakar Al-Siddiq menyatakan tentang perkara ini berlandaskan firman Allah (yang bermaksud) “Sama sekali aku tidak memuji diri ini dengan kebaikan, maka ketahuilah sesungguhnya inilah yang mendorongkannya kepada perbuatan buruk”.

Al-Imam juga telah menegaskan: “Sesungguhnya aku telah melaksanakan kesemua sunnah Nabi dan tidak ada sunnah yang ditinggalkan, kecuali rambut”. Akhirnya Al-Imam mengekalkan rambut hingga ke telinganya sebagai yang dilaksanakan oleh Rasul SAW.

Al-Imam juga sering menziarahi Nabi Allah Hud (selawat dan salam ke atasnya dan Nabi kita) di mana makam Nabi Hud terletak di Wadi Hadramaut. Sebanyak tiga puluh kali Al-Imam telah menziarahinya, kesemuanya pada bulan Sya’ban. Al-Imam telah pergi berjalan kaki bersama-sama sanak saudaranya, kaya dan miskin. Kebiasaannya Al-Imam berada di maqam itu selalunya di waktu maghrib dari 12 haribulan hingga 15 haribulan Sya’ban. Dalam perjalanan ke sana, Al-Imam sering singgah di Ainat untuk menziarah Al-Syeikh Al-Kabir Abu Bakar bin Salim dan Al-Syeikh Ahmad bin Al-Faqih Al-Muqaddam. Al-Imam juga menziarah maqam Basyar selepas solat Asar setiap hari Jumaat dan hari Selasa. Al-Imam menjelaskan: “Pada mulanya, kebiasaan kami menziarahi Basyar ialah pada setiap hari Jumaat, tetapi setelah di antara sahabat kami bertemu Al-Faqih Al-Muqaddam dalam mimpinya di mana dia berkata: katakan kepada Al-Sayyed Abdullah Al-Haddad: “Ziarah Basyar pada hari Jumaat sahaja tidak memadai”; maka berdasarkan itu kami menziarahi juga Basyar pada hari Selasa juga”. Sebenarnya sebelum Allah menzahirkan kemuliaannya dan orang ramai berpusu-pusu kepadanya, memanglah Al-Habib menziarahi Basyar setiap hari Selasa.

Semoga Allah merahmati Al-Imam dan menempatkan beliau di Syurga, dan dihimpunkan kita bersamanya dengan berkat Saiyidina Muhammad SAW, keluarganya dan sahabatnya serta selawat ke atas Nabi Muhammad yang mulia serta keluarga dan sahabat Baginda.


(Kata-kata diatas ini merupakan sedikit petikan yang diterjemahkan dari bahasa Arab dari kajian dan tulisan Ustaz Haji Muhammad Nooruddin Merbau Al-Banjari dari Kedah. Semoga Allah berkati beliau. InsyaAllah sambungan riwayat Al-Imam dapat dimuatkan dalam ruangan ini.

Terjemahan ini adalah sebahagian dari juz kedua kitab “Hadiah Dari Imam Al-Haddad

Sumber: alhawi



Sunday, October 16, 2011

QASIDAH NABAWIYYAH - RATIB AL-HADDAD



Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, selesai sudah Majlis sempena memperingati kewafatan al-Habib Abdullah al-Haddad yang ke 300 tahun di Malaysia. Syukur pada Allah SWT yang telah menemukan saya dengan insan-insan yang terpilih atas landasan agama-Nya, sehingga melorongkan saya untuk bersama-sama dengan mereka mengutip permata berharga tinggalan Rasulullah SAW. Sungguh saya merasa cukup bertuah dipilih oleh Allah SWT untuk duduk bersama-sama dengan keluarga Nabi SAW. Hilang segala sedih yang mengepung jiwa, diganti dengan damai yang mula menyerap masuk mendinginkan hati.

Duduk bersama dengan sosok silsilah keturunan Baginda SAW sudah cukup membuatkan kita tersenyum bahagia mengharapkan pertemuan dengan Baginda SAW nanti. Apatah lagi jika dapat bersama dengan Rasulullah SAW. Bayangkan, sekiranya kita dipilih untuk duduk dalam majlis bersama dengan Rasulullah SAW. Mendengar kalam indah yang keluar dari bibir Baginda, mengutip permata hikmah yang tidak ternilai untuk dijadikan bekal sepanjang perjalanan. Allah... Sungguh indah bukan?

Terlalu banyak perasaan yang mahu digambarkan, terlalu banyak pengalaman yang mahu dikongsikan. Namun daripada sekian banyak perkara yang mahu dikongsikan ini, saya lebih tertarik untuk tinggalkan sahabat pembaca sekalian dengan Qasidah Nabawiyyah yang disusun di dalam ratib al-Haddad.



Cukup bagiku pengetahuan Tuhanku – Daripada permintaan dan usahaku.

Doa serta permohonanku – Sebagai bukti pada kefakiranku.

Oleh kerana rahsia itu aku berdoa – Pada saat aku senang atau susah.

Aku adalah hamba menjadi kebanggaanku – Dalam kefakiran dan keperluanku.

Wahai Tuhanku yang memilikiku! – Engkau Maha Mengetahui akan keadaanku.

Dan apa yang berada dalam hatiku – Dari kesedihan dan kesibukanku.

Maka tolonglah aku dengan kelembutan – Dari-Mu wahai Tuhan seluruh hamba.

Wahai Yang Maha Pemurah tolonglah hamba – Sebelum lenyap kesabaran hamba.

Wahai Pemberi Pertolongan dengan segera – Berikanlah kami dengan segera pertolongan-Mu.

Yang dapat menghilangkan kesulitan dan dapat mendatangkan - Dengan apa-apa yang kami harapkan semua.

Wahai Yang Maha Dekat dan Jawab – Wahai Yang Maha Mengetahui dan Mendengar.

Aku mengaku akan kelemahanku – Dan ketaatan serta kesedihanku.

Aku sentiasa menungu di hadapan pintu rahmat-Mu – Wahai Tuhanku berikalah rahmat padaku.

Pada lembah kurnia-Mu aku berada – Wahai Tuhanku tetapkanlah keberadaanku di sana.

Aku sentiasa mempunyai prasangka baik – Ia (prasangka baik) adalah teman dan kawanku.

Juga penyenang bagiku dan setia bersamaku – Sepanjang malam dan siangku.

Wahai Tuhanku, dalam jiwa ini terdapat hajat – Tunaikanlah wahai Yang Maha Menunaikan.

Tenteramkanlah rahsia dan hatiku – Dari kebimbangan dan pergolakannya.

Dalam kegembiraan dan kebahagiaan – Apabila aku telah redha dan puas hati.

Maka ketenangan dan kegembiraan adalah keadaanku – Serta ia menjadi ‘pakaian’ dan ‘selimut’ yang menyelubungiku.



Wednesday, September 21, 2011

MUNAJAT HAMBA


Wahai Tuhan Yang Maha Penyayang. Wahai pencipta Yang maha Pemurah. Akibat pilihanku yang keliru, usia dan masa mudaku telah pergi begitu saja. Buah yang tersisa darinya adalah dosa yang membuat pedih. Sejumlah penderitaan yang memberikan kehinaan dan bisikan yang menyesatkan. Dengan beban yang berat, kalbu yang sakit dan wajah yang malu, aku mendekati kubur. Secara sangat cepat tanpa pernah menyimpang dan tanpa disengajakan, aku telah bertambah dekat kepada pintu kubur sama seperti yang dialami oleh orang tua, kekasih, kerabat dan sahabat-sahabatku.

Kubur itu merupakan tempat dan pintu pertama yang dibangun dan dibuka di jalan menuju keabadian sebagai bentuk perpisahan abadi dari negeri yang fana ini. Aku memahami dengan pasti bahawa dunia yang aku terikat dan terpesona dengannya akan sirna, lenyap dan bersifat fana serta akan mati.

Dunia juga sangat zalim dan pengkhianat bagi orang seperti ku yang memiliki nafsu ammarah. Jika ia memberiku seribu kenikmatan, ia juga mendatangkan seribu kepedihan. Wahai Tuhan Yang Maha Penyayang. Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah. Dengan rahsia “segala sesuatu yang akan datang dekat”, aku melihat diriku tidak lama lagi akan memakai kafan, akan menaiki keranda jenazah dan terpisah dengan orang-orang yang kucintai. Ketika aku pergi menuju kubur, di pintu RahmatMu aku menyeru, dengan baik lisanul hal jenazahku mahupun lisan ucapan rohku, “Aku memohon keselamatan! Aku memohon keselamatan! Aku meminta keselamatanMu, aku meminta keselamatanMu wahai Yang Maha Mengasihi (al-Hannan), wahai Yang Maha Pemberi (al-Mannan). Selamatkanlah aku daripada malu akibat dosa.”

Oh, kafanku telah berada di atas leher, dan aku sudah berdiri di tepi kubur. Ku angkat kepalaku menuju pintu rahmatMu seraya berdoa, “Aku memohon keselamatan! Aku memohon keselamatan! Wahai Yang Maha Penyayang dan Maha Pemurah, lepaskan aku daripada beban dosa.”

Oh, aku telah dibungkus dengan kain kafan dan masuk di kubur seraya ditinggal oleh mereka yang telah mengiringiku. Aku menyaksikan bahawa tidak ada tempat perlindungan dan keselamatan selainMu. Kerana sempitnya tempat ini, aku berdoa, “Aku memohon keselamatan! Aku memohon keselamatan! wahai Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih, wahai Yang Maha Memberi, wahai Yang Maha Memberikan balasan, selamatkan diriku daripada sangkutan dosa dan maksiat! Wahau Tuhan, hanya rahmatMu yang menjadi tempat perlindunganku. KekasihMu Sallallahu ‘alaihi wasallam yang merupakan rahmatan lil ‘alamin adalah saranaku untuk mencapai rahmatMu. Aku tidak mengeluhkanMu, melainkan mengadukan nafsu dan keadaanku kepadaMu.”

“Wahai Pencipta Yang Maha Pemurah, wahai Tuhan yang Maha Pengasih! MakhlukMu, ciptaanMu, hambaMu yang memberontak, tidak berdaya, lalai, bodoh, cacat, hina dan celaka serta tua ini ingin kembali menuju pintuMu setelah puluhan tahun berlalu. Ia berlindung kepada rahmatMu,mengakui dosa dan kesalahannya. Ia menghadapi sejumlah bayangan dan penderitaan dengan berdoa dan bersimpuh kepadaMu. Jika Engkau menerima dengan kesempurnaan rahmatMu, mengampuni dan mengasihi, tentu hal itu bahagian daripada kemuliaanMu. Kerana Engkau adalah Zat Yang maha Pengasih di antara semua yang pengasih. Jika tidak, pintu mana lagi yang akan dituju selain pintuMu. Tidak ada Tuhan selainMu yang dapat dituju pintunya. Tidak ada sembahan selainMu yang dapat tempat perlindungan.”

Ucapan terakhir di dunia serta ucapan pertama di akhirat dan di kubur adalah “Aku bersaksi tiada Tuhan selain Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah utusan Allah.”


~ Badi’uzzaman, Said Nursi ~

Tuesday, September 20, 2011

RINDU ARDUL KINANAH



Meski kita tidak pernah bersua

Meski kita tidak pernah ta'arufan

Meski aku tidak pernah tahu bagaimana rupamu

Meski aku tidak pernah tahu seperti apa dan bagaimana keadaanmu

Meski aku tidak pernah merasai panasnya nafasmu

Meski aku tidak pernah merasai segarnya angin yang kau bisikkan


Namun cinta itu ku rasakan makin membugar

Cintaku pada mu yang telah lama ku bajai kian memekar

Semakin hari semakin menguntum segar

Rindu yang sering bertandang membarakan cinta

Membuatkan jiwa benar-benar gelisah

Tak tertahan rasanya menanggung kerinduan yang mengepung jiwa

Kerinduan yang sekian lama ku pendam kejap di lubuk atma

Rasa mahu saja terus ke jantungmu

Mahu segera ketemu denganmu


Ikhlas, cinta itu memang pelik

Walau ku tahu dikau bukanlah yang terbaik antara yang lain layak kupuja

Engkau bukan apa-apa kalau dibanding dengan yang lainnya

Tapi engkaulah yang ku dambakan sedari usia remajaku

Dendam rindu yang tersimpan lama tidak dapat ku sembunyikan lagi

Semakin lama, semakin menyesakkan jiwa

Belum masanya lagi Allah mengizinkan aku bersatu dalam udaramu


Ku pujuk hati dengan sabar dan doa

Ku mohon dipercepatkan pertemuan kita

Ku tunggu saat bersua denganmu

Ku harap agar diizinkanNya

Melihat dan merasai hidup bersamamu

Walau seketika cuma


Wahai Kota Seribu Menara

Wahai Bumi Cinta Asyik Maksyuk

Wahai Bumi Para Anbiya`

Wahai Bumi Air Mata Musa dan Fir’aun

Wahai Bumi Barakah

Wahai ARDHUL KINANAH!

~~~~~ ** ~~~~~


~ Ainulyaqin ~

Jumaat, 15.04.2011

Taman Mutiara, Melaka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...