Sesungguhnya pertolongan akan datang setelah kesabaran, kelapangan akan datang setelah kesusahan dan kemudahan akan datang setelah kesulitan
Saturday, June 25, 2011
Sunday, June 19, 2011
Thursday, June 16, 2011
~USTAZAH PILIHAN~ TIDAK KENA PADA CARA
Dalam konteks ini, walaupun rancangan ini merupakan rancangan ‘Ustazah Pilihan’ pastinya segala aurat sudah ditutup bahkan mungkin lebih baik daripada itu. Namun sebenarnya rancangan ini sekaligus menjadi ‘santapan’ lelaki yang bermasalah hati. Muslimah bukan perempuan murahan. Tidak diperagakan menawan di hadapan lelaki ajnabi, bahkan mengenalinya sahaja cukuplah dengan nama. Rancangan ini bakal merosakkan hati-hati kaum lelaki hatta para ustaz, sekaligus mengundang fitnah yang terbesar.
Mat rempit memang tak tengok cerita macam ni, tapi ustaz-ustaz? yang muda mudi? yang asalnya berusaha untuk mengikut jalan Islam, menjadi pemuda pemudi yang soleh tapi disebabkan tipu daya yang berlaku sekarang..maka semuanya rosak binasa!
Cukuplah kalian menjadi muslimah di hadapan mata suami atau bakal suami kalian sendiri. Muslimah adalah perhiasan yang terbaik untuk suaminya. Perhiasan yang sangat cantik di dunia. Melihatnya sahaja walaupun dalam keadaan berpakaian penuh mampu mengundang syahwat dan nafsu. Bahkan bukan sahaja mengundang bahaya kepada dirinya sahaja dari segi keselamatan. Maklumlah, jika dah terkenal. Malahan mengundang bahaya kepada dirinya dari segi ‘title’ muslimah itu sendiri.
Silap hari bulan, suami perlu bersabar dengan peminat-peminat isteri, bukan terkenal kerana ketokohan, tetapi terkenal dengan kata-kata begini; “Eh.. Ini pemenang ustazah pilihan kan?”
Muslimah mulia dengan sifat malunya. Biarpun hari ini, ramai yang berkata perlunya muslimah bekerjaya, biar berdiri setanding dengan muslimin. Malunya muslimah itu sentiasa ditutupi dengan kesederhanaan.
Seorang muslimah sepatutnya sudah tahu had-had wanita bekerjaya. Jika sudah jadi peserta “Ustazah Pilihan”, kepandaiannya sudah pasti diujibakat dan dipertontonkan, kepimpinannya juga diujibakatkan dan dipertontonkan, tatasusila juga diujibakatkan dan dipertontonkan. Manakah dia rasa ‘malu’ yang seharusnya diberikan ‘keistimewaan’ itu kepada suami?
Program ini lebih mengundangan kepada maksiat dan fitnah. Sedangkan pada zaman Rasulullah SAW, Baginda sangat menjaga kemulian seorang muslimah itu. Sangat menjaga fitnah antara laki-laki dan perempuan. Bahkan dahulu setelah selasai solat jemaah di masjid, para jemaah muslimat akan keluar terlebih dahulu beredar pergi meninggalkan masjid dan kemudiannya baru diikuti dengan yang laki-laki.
Pada asalnya saya melihat, rancangan ini memang sangat bagus. Tapi apabila, television ini kita tidak dapat mengawalnya kerana yang lelaki juga turut menonton sama. Maka kaedahnya menjadi tidak sesuai. Cara syiar Islam cuba disebarkan tidak kena pada cara dan keadaan. Apa persamaan Imam Muda dengan Akademi Fantasia? Mereka ini diperkenalkan dipertunjukkan kehebatannya. Baiknya Imam Muda kerana Islam yang disyiarkan. Tetapi, apa beza Imam Muda dengan Ustazah Pilihan? Persamaannya adalah Islam disyiarkan,tetapi bezanya Ustazah Pilihan tetap tak kena pada cara. Ingat! Matlamat tidak sesekali menghalalkan cara.
Sebenarnya, seorang muslimah sangat mudah untuk memasuki syurga setelah berkahwin. Mereka hanya perlu menjaga 2 perkara;
Pertama: Melaksanakan kewajipan sebagai seorang Muslim dan meninggalkan larangan Allah SWT.
Kedua : Menjaga suaminya.
~ HASBUNALLAH WANI'MAL WAKIL, NI’MAL MAWLA WA NI’MAN NASIR ~
Diolah dari sumber: Klik
Wednesday, June 15, 2011
Gerhana Bulan Penuh Paling Gelap Dalam 11 Tahun
Ini akan berlaku bermula jam 1.24 pagi untuk selama 100 minit dan menjadi gelap sepenuhnya pada jam 3.22 pagi.
Ketua Bahagian Falak, Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Dr Kassim Bahali, berkata apa yang lebih menarik ialah fenomena itu berlaku sebanyak dua kali tahun ini, sekali lagi pada Disember nanti selepas kali terakhir berlaku pada 16 Julai 2000.
Katanya, gerhana penuh bulan yang cuma berlaku ketika fasa purnama ini juga boleh dilihat di benua Afrika, Eropah, sebahagian besar Asia dan
“Gerhana ini dikatakan paling gelap pernah berlaku kerana biasanya walaupun gerhana penuh, kita masih boleh melihat sedikit cahaya pada permukaan bulan. Keadaan ini disebabkan ketika fasa gerhana penuh itu, bulan melintasi bayang paling gelap bumi iaitu umbra. Permulaan gerhana penuh kali ini boleh dilihat penduduk di selatan
“Di Malaysia, gerhana dapat dilihat ketika bulan terbit di langit timur pada awal pagi. Penghujung gerhana penuh dapat dilihat penduduk
Kejadian gerhana bulan hanya berlaku ketika fasa purnama dan apabila seluruh atau sebahagian bulan memasuki bayang bumi. Cahaya matahari yang jatuh ke atas bumi menyebabkan sebahagian bumi terang (siang) dan sebahagian lagi gelap (malam) serta menyebabkan bayang bumi mengunjur ke angkasa.
Beliau berkata, ada dua bahagian bayang, di bahagian dalam dan luar. Bayang bahagian dalam dinamakan umbra, yang lebih gelap daripada bahagian luar, penumbra.
“Sekiranya bulan purnama, ia memasuki kawasan bayang akan mengakibatkan terjadinya gerhana. Jika seluruh bulan memasuki umbra, gerhana penuh akan berlaku. Jika hanya sebahagian bulan memasuki umbra, gerhana separa yang akan berlaku dan jika bulan hanya memasuki penumbra, gerhana penumbra yang akan terjadi.
“Bagaimanapun gerhana bulan tidak berlaku setiap bulan. Ini disebabkan satah orbit bulan condong sebesar
Pada 15 Jun ini, gerhana penuh terjadi disebabkan seluruh bulan memasuki umbra. Magnitud gerhana kali ini ialah 1.71, yang menunjukkan darjah kegelapan permukaan bulan. Nilai ini menunjukkan gerhana bulan kali ini adalah gelap.
Di Malaysia, fasa gerhana kali ini bermula apabila bulan menyentuh penumbra pada jam 1.24 pagi waktu tempatan, 16 Jun 2011. Ketika fasa gerhana ini bermula, bulan berada di langit barat. Ketika berada dalam bayang penumbra, cahaya bulan mula berkurangan tetapi sukar dikesan dengan mata kasar.
“Fasa penuh bermula apabila bulan mula menyentuh umbra pada jam 3.22 pagi. Bulan mula kelihatan gelap secara perlahan-lahan sehingga ia menjadi gelap sepenuhnya jam 03.22 pagi dan di tengah-tengah fasa penuh pada jam 04.13. Tempoh bulan mengalami fasa gelap sepenuhnya selama 100 minit.
“Bulan mula meninggalkan bayang umbra dan memasuki penumbra secara perlahan-lahan pada jam 5.02 pagi. Ia mula kelihatan bercahaya sedikit demi sedikit sehingga penuh sejam kemudian dan kembali normal pada 07:02 pagi. Gerhana bulan boleh dilihat dengan mata kasar tanpa perlu menggunakan penapis,” katanya.
Sabda Rasulullah SAW; “Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu”. (HR Muslim)
Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan
أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”
Dari Aisyah r.a. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW berdiri (di masjid) pada hari terjadi gerhana matahari, lalu Baginda mengadakan solat gerhana dan membaca bacaan yang panjang (seukur seratus ayat surah al-Baqarah), kemudian beliau mengangkat kepala dan mengucapkan Sami’ Allahhu Liman Hamidah, dan Baginda berdiri lalu membaca bacaan yang panjang, sedang bacaan (dalam berdiri yang kedua) ini sedikit berkurang daripada bacaan yang pertama, kemudian beliau ruku’ dengan ruku’ yang panjang, sedang ruku’ ini berkurang dari ruku’ pertama, kemudian Baginda sujud dengan sujud yang panjang (bertasbih seukur bacaan seratus ayat), kemudian Baginda bertindak sepadan demikian (rakaat pertama) itu pada rakaat yang akhir (kedua), Selanjutnya Baginda mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu Baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bersyukurlah kepada solat gerhana” (HR al-Bukhari)
Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash, beliau berkata: “Tatkala matahari gerhana pada masa Rasulullah SAW, maka diserukan : ‘as solatu jami`ah’. Lalu Rasulullah SAW melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian berdiri lagi dan melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian matahari kembali muncul. Aisyah berkata: “Aku sama sekali tidak pernah melakukan ruku’ ataupun sujud yang lebih lama daripada itu” (HR Muslim)
Secara ringkasnya seperti berikut:
Rakaat Pertama
1. Membaca surah al-Fatihah
2. Membaca mana-mana surah,yang terlebih afdhal surah ABaqarah
3. Ruku’
4. Iktidal
5. Ruku’
6. Iktidal
7.Sujud
8.Duduk antara 2 sujud
9.Sujud kembali
10.Berdiri ke rakaat kedua
Rakaat Kedua
1. Membaca surah al-Fatihah
2. Membaca surah
3. Ruku’
4. Iktidal
5. Ruku’
6. Iktidal
7. Sujud
8. Duduk antara 2 sujud
9. Sujud kembali
10.Membaca tasyahud akhir
11.Memberi salam
-Mana-mana surah hendaklan mengikut susunan surah dari Al-Quran
-Sunat menyaringkan suara pada bacaan Fatihah dan surah ketika solat sunat gerhana bulan dan perlahan ketika solat sunat gerhana matahari.
-Disunatkan mandi untuk solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.
Dari Aisyah r.a. berkata: Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu Baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada solat gerhana." (HR al-Bukhari)
Tuesday, June 14, 2011
GAMES YANG MENGHINA ISLAM
1) Devil May Cry 3
KUALA LUMPUR: Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan Kaabah.
Pemain permainan itu didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum ‘penghulu syaitan’ menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu Kaabah.
Elemen penghinaan ke atas Islam jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu kaabah.
Difahamkan, permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu.
Tokoh agama yang juga penceramah bebas, Hassan Mahmud Al-Hafiz menyifatkan permainan komputer itu satu penghinaan melampau kepada umat Islam kerana kaabah adalah kiblat dan tempat suci, begitu juga dengan kalimah Allah yang tidak boleh dijadikan bahan permainan sesuka hati.
Satu adegan dalam game tersebut dipaparkan pintu kaabah sebagai pintu yang menghubungkan di antara dunia syaitan dan dunia nyata dan yang membukakan pintu tersebut adalah karaker c.g.i. yang telah menyerahkan diri pada kuasa ilmu hitam yang sememangnya Islam melarang amalan itu.
Ayat karaker c.g.i. itu ada membaca ayat, kalau tak silap lebih kurang begini permulaannya.
(Diterjemahkan dalam bahasa Melayu)
"wahai pintu yang menghubungkan dunia kegelapan"
dan karakter itu membaca ayat itu didalam kitab yang dipegangnya. Kalau tak silap kitab bible. Pasal di akhir scene karaker tersebut ada menyebut 7 ayat kemusnahan yg tercatit didalam bible.
"Wrath, Sloth, Lust, Gluttony, Greed, Pride dan akhir sekali Envy".
Kalimah Allah pada 'Pintu' di dalam Permainan tersebut.
Dibandingkan dengan Pintu Kaabah yang sebenar. Sama kan?
2) Clive Barker Undying
Permainan ini mengisahkan tentang perlawanan dengan syaitan. Tetapi ianya menggambarkan dalam istana yang diduduki syaitan itu terdapat nama-nama Allah di dinding istana tersebut. Ini seolah-olah menggambarkan bahawa sesiapa yang menyembah Allah itu adalah sekutu syaitan.
Permainan Undying dirampas kerana hina Islam
PERISIAN permainan komputer Clive Barker, Undying telah dirampas dalam operasi di sebuah pusat beli-belah di Klang baru-baru ini kerana memaparkan beberapa perkataan dipercayai dipetik daripada al-Quran. Penolong Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Abdul Malek Ramli, berkata pihaknya merampas 50 keping cakera padat dari tiga premis di pusat beli-belah itu, hasil maklumat orang awam. Permainan itu mengisahkan watak utama, Clive Baker mengunjungi istana yang penuh ukiran artistik bercorak Islam termasuk ayat Al-Quran, yang dikuasai hantu dan syaitan.
Pemain permainan itu, menerusi watak Clive Baker perlu membunuh semua hantu dan syaitan bagi memperolehi sejenis tangkal bagi menghidupkan semula pemilik istana. Dalam laporan eMedia/Berita Harian yang disiarkan baru-baru ini Abdul Malek berkata, perisian cakera padat dipercayai cetak rompak yang dijual dengan harga RM10 itu, menggambarkan seolah-olah Islam berkompromi dengan syaitan.
Jika terbeli, beliau berkata, ibu bapa beragama Islam dinasihati memulangkan cakera padat itu kepada JAIS kerana ia boleh menpengaruhi kanak-kanak, selain menyalahi undang-undang.
Mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, mana-mana orang Islam yang memiliki, menyimpan atau menjual bahan menghina Islam boleh dipenjara maksimum lima tahun atau denda RM5,000 ataupun kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Hukuman bagi orang bukan Islam yang terbukti menyimpan, menjual atau memiliki bahan itu, akan dirujuk kepada Kementerian Dalam Negeri.
Abdul Malek berkata, JAIS juga menerima dakwaan orang awam mengatakan, perkataan Allah dalam abjad jawi, timbul setiap kali Clive membunuh syaitan tertentu. “Jais masih menjalankan siasatan lanjut mengenai perisian itu dan ia mungkin mengambil masa tetapi serbuan terhadap premis lain akan dibuat secepat mungkin,” katanya.
Sebagai Avid seorang gamer Wii, saya sedang melihat trailer video game ini dan beberapa gameplay dari Zack and Wiki. Saya dibesarkan dalam sebuah keluarga Muslim dan melawat Pakistan beberapa kali. Oleh kerana itu, saya boleh mengatakan bahawa pada minit ke 0:20 dan 0:44 saat dalam video ini, anda boleh mendengar penghuni pulau sedang berdoa dengan suara panggilan Muslim untuk berdoa, "Allahu Akbar", dan kemudian meniru cara doa. Aneh dan agak mengerikan, saya sangat berharap laungan itu bersifat sementara sebelum diganti ke suara lain. Walaubagaimanapun, mengapa game tersebut dapat tempat pertama di sana?
Note: Pembaca boleh dengar laungan "Allahu Akbar" pada minit ke 0:20 & 0:44 pada video dibawah.
Tindakan yang dibuat:
The Council of American-Islamic Relations (CAIR) has announced that Capcom has removed what CAIR calls a "common Islamic phrase" from Zack & Wiki: Quest for Barbaros' Treasure on the Wii. The phrase's removal comes following complaints from CAIR and others.
The phrase in question is "Allahu akbar" ("God is most Great"), an Arab phrase frequently used in prayer. The phrase came to CAIR and several complainants' attention after it appeared in a promotional video for the game.
A Capcom representative told CAIR, "We have already contacted the team working on the game, and the phrase has been removed from the game and will not be heard in future videos released to the public."
"We appreciated Capcom's willingness to address Muslim concerns about the use of a religious phrase in an inappropriate context and applaud the company's swift response.
4) Prince Of Persia
Prince Of Persia Pedang pada watak tu ada tulisan Kaligrafi Arabic Alphabatic yang diatasnya ditulis,
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar" (Surah Al- Ahzab:71)
Jika kita main game ini bermaksud kita juga menyokong apa yang mereka cuba sampaikan dan mereka lakukan; jadi semoga dapat disampaikan kepada saudara-saudara kita di luar sana.
5) Counter Strike Condition Zero Deleted Scenes
Counter Strike Condition Zero Deleted First Stage dia. Kita kena tembak dengan askar-askar yang beragama Islam. Kalau kita sedar, masa kita tembak tu kita boleh dengar askar yang kena tembak menjerit "ALLAHUAKBAR" & "JIHADD".
6) Stronghold Crusader
Permainan Perang Salib. Pemain memain watak sebagai Crusader dan menentang musuhnya iaitu adalah orang Arab, dan ketika perang Salib, orang Arab semestinya orang Islam.7) Guitar Hero 3 Legends Of Rock
Tidak cukup dengan karikatur dan filem pendek Fitna yang menghina kesucian Islam. Datang pula game komputer yang menghina kalimah Allah SWT. Kali ini game Guitar Hero 3 telah menghina kalimah Allah SWT. Guitar Hero 3 adalah permainan komputer yang memainkan lagu-lagu rock klasik.
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia
Ada 2 kemungkinan di sini.
a) Penghinaan Senyap
Memang sengaja menyelitkan unsur penghinaan.
b) Zodiak Virgo
Jika zodiak Virgo diterbalikkan 180 darjah, maka jadilah seperti bentuk dalam gambar tadi.
Zodiak Virgo:
Adakah simbol di dalam video game ini hanyalah zodiak Virgo yang terbalik atau memang sengaja menghina Islam?
8) Resident Evil 4
Ini lagi 1 game yang menghina Islam iaitu Resident Evil 4. Resident Evil 4 merupakan game berdasarkan bahayanya biologi iaitu virus dan zombie. Ringkasnya, misi game ini adalah untuk menyelamatkan anak presiden Amerika yang diculik oleh kumpulan yang bernama "Los Illuminados".
Los Illuminados bermaksud “The Illuminated!”
Gambar berikutnya adalah lambang illuminati pada game tersebut.
Lambang illuminati pada loket atau tangkal tersebut
Screenshot dari gameplay Resident Evil 4
Zoom pada pintu tersebut
Kalau sahabat nak tahu itulah pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi, Madina. Macam mana boleh sesat dalam game ni pulak!!!.
Apa yang lebih teruk lagi ialah pintu tersebut telah di Illuminati kan!!!. Lihat gambar di bawah ini.
Perbezaan pintu dalam game dengan realiti
Selepas meletakkan logo illuminti game tersebut
Memang melampau lah mereka ni!!!. Game ini turut dikeluarkan oleh CAPCOM sama dengan Devil May Cry. XLAWS pun tak taw la apa orang Jepun ni tak puas hati dengan orang Islam. Macam dah takde benda lain nak letak.
Kepada sahabat-sahabat yang telah membaca post ni harap sebarkan pada keluarga, kawan-kawan dan orang Muslim yang lain secepat mungkin!.
Kesimpulannya, semua orang Islam diharamkan main games yang mempunyai unsur menghina agama-agama di dunia. Orang Islam haram main games yang ada unsur menghina agama Islam, hina agama Kristian, hina agama Yahudi, hina agama Buddha,hina agama Hindu, dan lain-lain fahaman dan kepercayaan yang berunsur keagamaan.
Kalau kita main juga, bermakna kita telah menghina agama-agama berkenaan dan bersubahat dengan penghina agama itu. Itu juga bermakna kita telah melanggar perintah Nabi Muhammad SAW.
Nabi kita Muhammad SAW melarang umatnya daripada menghina agama Islam dan semua agama yang ada di muka bumi ini. Orang Islam dilarang dan diharamkan daripada menghina agama lain.
Sumber : KTG
UMAR DAN SAUDARA PEREMPUAN RASULULLAH SAW
Pada suatu hari, rumah Rasulullah SAW dikunjungi oleh saudara mara perempuan Baginda. Disebabkan Baginda sibuk mengajar dan berdakwah, mereka jarang dapat duduk bersama-sama. Mereka mengambil kesempatan ini dengan duduk mengelilingi Baginda SAW sambil berbual-bual.
Hubungan mereka dengan Rasulullah SAW sangat akrab. Baginda melayan mereka seumpama saudara kandung. Perbualanmereka disertai dengan gelak ketawa dan suara yang nyaring.
Tiba-tiba seorang sahabat Rasulullah SAW yang bernama Umar datang menziarahi baginda.
“Assalamualaikum!” Umar memberi salam sebelum meminta izin untuk masuk ke dalam. Tatkala kakinya melangkah memasuki rumah, semua saudara perempuan baginda yang berada di situ lari dan menyembunyikan diri. Rasulullah SAW ketawa dan merasa geli hati melihat gelagat saudara perempuannya itu.
“wahai Rasululllah, kenapa Tuan ketawa?” soal Umar pelik selepas melihat Rasulullah SAW ketawa.
“Selalunya Tuan hanya tersenyum tetapi apakah yang membuatkan Tuan ketawa?”
Rasulullah menerangkan yang Baginda berasa geli hati melihat gelagat saudara perempuannya melarikan diri selepas mendengar sapaan Umar. Barulah Umar faham punca sebenar Rasulullah SAW ketawa.
Lalu Umar bertanya kepada kumpulan wanita itu, “Kenapa kalian melarikan diri daripada aku?”
Wanita-wanita itu hanya tersenyum.
Tambah Umar lagi “Saudari semua berbicara dan gelak ketawa dengan nada yang tinggi. Kemudian saudari semua lari selepas mendengar suara aku. Adakah kalian takut kepada aku bernbanding Rasulullah SAW?”
“Wahai Umar,” jawab wanita itu dengan penuh kesopanan, “saudara sebenarnya panas baran. Rasulullah SAW pula amat penyabar. Saudara akan cepat berasa marah berbanding Rasulullah. Rasulullah akan menegur kami dengan cara yang paling lembut.”
“Jadi?” Tanya Umar.
Tambah wanita itu lagi “Jadi kami melarikan diri daripada saudara kerana kami pasti saudara akan memarahi kami.”
ADAB DENGAN ORANG MISKIN
Pada suatu petang, Rasulullah SAW menyertai beberapa orang penduduk bandar Makkah duduk berbincang. Tiba-tiba datang seorang yang tidak dikenali melintas di hadapan Baginda SAW. Baginda bertanya kepada salah seorang yang berada di sebelahnya.
‘Demi Allah, lelaki itu adalah seorang yang berada dan disegani,” jawab sahabat. “Sekiranya beliau ingin mencari jodoh, maka semua orang akan berusaha hendak memenuhi hatinya.”
Tambah sahabat itu lagi, “Dan jika beliau meminta sesuatu daripada seseorang, pasti permintaannya akan ditunaikan,” terang sahabat kepada Rasulullah SAW menceritakan perilaku orang yang melintas itu.
Rasulullah SAW mendengar cerita sahabat dengan penuh teliti. Selepas itu, Baginda hanya mendiamkan diri tanpa memberikan sebarang ulasan.
Tiba-tiba datang pula seorang lelaki lain yang tidak dikenali melintas di hadapan Baginda SAW. Baginda sekali lagi bertanya kepada sahabat berkenaan perilaku orang yang melintas itu.
“Wahai Kekasih Allah, orang itu adalah seorang Muslim yang miskin,” terang sahabat sambil menyambung, “sekiranya beliau ingin mencari jodoh, maka tiada seorang pun yang sudi, dan jika beliau ingin memiliki sesuatu, permintaanya tidak akan ditunaikan,” cerita sahabat dengan penuh rasa hiba.
“Apabila dia mula berbicara, maka tiada siapa yang ingin mendengar tutur katanya,” sambung sahabat lagi.
Rasulullah SAW kaya dengan sifat budi bahasa dan sopan santun. Baginda mendengar penerangan sahabat dengan penuh teliti dan sabar, kemudian Baginda berkata, “Sekiranya di sekeliling dunia ini adalah orang kaya dan berada, maka orang miskin yang melintas tadi adalah orang yang lebih baik dan bagus sifatnya.”
Rasulullah SAW juga pernah berpesan pada isteri Banginda, Aisyah ra. Kata Baginda, “Wahai isteriku Aisyah, sekiranya ada orang miskin datang ke rumah ini, janganlah membiarkan mereka meninggalkan rumah ini tanpa membawa apa-apa. Ambillah apa sahaja yang ada di rumah ini bagi diberikan kepada mereka walaupun terpaksa memberi separuh daripada kurma.”
Rasulullah SAW menambah nasihatnya dengan berkata, “Semua orang perlu mencintai dan mendekatkan diri dengan setiap orang miskin kerana mereka akan dipanggil supaya duduk di sebelah Allah pada hari Kiamat.”