Salam Syawal buat semua pembaca. Kali ini tidak ada entry yang berat, seringan-ringan, sesantai-santai dan serilek-rilek post (^ _ ^). Maklumlah, dah hampir 2 minggu cuti raya, lepas tuh sambung pula terus dengan kursus, menjadikan hampir 3 minggu waktu istirehat daripada beban tugasan harian. Jadi kita sembang-sembanglah dulu, sebelum buka topik yang lebih berat. Cuba tengok gambar kat bawah, lepas tu senyum. (^ _ ^)
Mula-mula bawa balik, Abyadh ni seekor kucing yang pasif, penakut dan pendiam. Selalu mengelak daripada orang ramai. Sungguh membosankanlah! Tidak ada respon langsung!
Cuba lihat mata Abyadh, macam ni lah setiap hari daripada mula-mula di adopt. Sentiasa bertahi mata. Sapu-sapu ada balik, jadi saya mula melakukan diagnosis. Saya fikir Abyadh sedang mangalami sakit mata. Saya semburkan toner ~Permata Hijrah~ kat mata Abyadh. Heee... tak menahan sungguh! Abyadh dapat first class punya layanan. Kasi sembur sikit-sikit jer, mahal tuh. Nanti abis, kering poket kakak kena beli baru. (^ _ ^)
Waktu semua orang pergi sekolah, Abyadh tingal dengan kakak. Kakak bagi Abyadh training makan setempat. Abyadh cepat belajar. Bila lapar balik, Abyadh bising-bising tawaf kat tempat makan tadi. (^ _ ^) Sapa kata bela haiwan ni susah? Tak susah pun, diorang mudah faham dan tak melawan. Bela manusia lagi susah kan?(^ _ ^)
Abyadh yang kekenyangan. Dah selesai makan, ini lah kerja Abyadh. Buat larian pecut keliling rumah. Pastu tak sampai 2 jam mengiau-ngiau mintak makan lagi. Em, macam rasa rindu dekat Abyadh, sekarang dah tak ada Abyadh lagi. Nanti 2 bulan lagi baru jumpa semula. Raya Haji nanti kakak balik, kita jumpa ya. Mesti Abyadh lagi montel, tembam dan debab! Ok, sebelum habis renung-renungkan sejenak. Sedikit tazkirah ringkas.
Sabda Rasulullah SAW;
الرَّاحِمُونَ يَرْحَمُهُمُ الرَّحْمَنُ ارْحَمُوا أهل الأَرْضِ يَرْحَمْكُمْ أهل السَّمَاء
Orang-orang yang penyayang nescaya akan disayangi pula oleh al-Rahman (allah). Maka sayangilah penduduk bumi nescaya penduduk langit pun akan menyayangi kalian. [HR. Ahmad]
إِذَا أَحَبَّ اللَّهُ الْعَبْدَ نَادَى جِبْرِيلَ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ فُلَانًا فَأَحْبِبْهُ فَيُحِبُّهُ جِبْرِيلُ فَيُنَادِي جِبْرِيلُ فِي أَهْلِ السَّمَاءِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ فُلَانًا فَأَحِبُّوهُ فَيُحِبُّهُ أَهْلُ السَّمَاءِ ثُمَّ يُوضَعُ لَهُ الْقَبُولُ فِي الْأَرْضِ
Apabila Allah mencintai seorang hamba-Nya, Dia menyeru Jibril: “Sesungguhnya Allah mencintai si polan, maka cintailah dia.” Maka jibril mencintai hamba itu lalu Jibril berseru kepada penduduk langit: “Sesungguhnya Allah mencintai si polan, maka cintailah dia.” Maka seluruh penduduk langit mencintai hamba itu, kemudian orang itu pun dijadikan diterima oleh penduduk bumi. [HR. Bukhari dari Abu Hurairah]
Antara hadis yang lain lagi adalah sebagaimana sabda Rasulullah SAW;
Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda; "Suatu ketika, seorang lelaki yang dalam keadaan yang sangat haus, bertemu dengan sebuah telaga lalu turun ke dalamnya dan meminum airnya. Apabila lelaki itu keluar daripada telaga, dilihatnya seekor anjing sedang menjilat-jilat tanah di sekeliling telaga kerana terlalu dahaga. Berkata lelaki itu; 'Anjing ini sedang kehausan sama seperti aku tadi'. Lelaki itu pun kembali turun ke dalam telaga, memasukkan air ke dalam kasutnya, menggigitnya dengan giginya lalu dibawa air itu naik dan diberikan kepada anjing tadi. Allah SWT memuji kebaikan lelaki tersebut lalu mengampunkan dosa-dosanya". Sahabat bertanya; 'Wahai Rasulullah, apakah berbuat baik pada binatang pun ada ganjarannya?' Jawab Nabi SAW; "Setiap kebaikan yang kamu lakukan kepada makhluk Allah yang bernyawa ada ganjarannya".
Sahabat sekalian, bukankah salah satu daripada nama Allah yang mulia ialah RAHIM. Rahim bererti 'Allah Yang Maha Penyayang'. Orang yang mengamalkan sifat penyayang dan pengasih terhadap sesama makhluk Allah pasti akan disayangi oleh Allah yang bersifat al-Rahim. Wallahu`alam dan Selamat Beramal!
No comments:
Post a Comment