Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengahasihani.
Kala papan kekunci ini diketuk, jam sudah menunjukkan pukul 12.30 tengah malam. Saya memasang niat mahu menulis sehingga jam 1.30 pagi. Tidak akan saya lebihkan lagi, esok saya perlu mengembara melihat alam. Seawal pagi sudah perlu bersiap dan semuanya perlu diatur dengan rapi supaya setiap minit dapat digunakan dengan semaksima mungkin. Dua tiga hari yang lepas, saya mendapat mesej pesanan ringkas daripada salah seorang pelajar. Mesejnya berbunyi “Salam ustazah, maaf menggangu malam-malam. Saya nak tanya, ada tak ayat al-Quran untuk mengelakkan kena pukau?”
Usai membaca pesanan ringkas, saya berbicara sendiri, ‘Ada, sudah pastilah ada. Bukankah al-Quran itu penawar dan penyembuh’. Saya juga yakin, dia tahu itu. Cuma pintanya, nyatakan ayat yang mana dalam al-Quran atau al-Hadis yang boleh diamalkannya. Saya berkira-kira, mahu bagaimana saya memberitahunya? Via sms? Tidak mungkin. Via fb? Mngkin, tapi perlu juga kepada huraian yang agak panjang. Akhirnya saya ambil keputusan untuk terus saja menulis di sini, supaya semuanya dapat dikongsi secara bersama. Sambil menyelam minum air, manfaatkan semua medium yang ada.
Tidak saya nafikan, kebimbangannya berasas dalam situasi hari ini yang begitu mengasak akal dan menyesakkan jiwa. Lebih-lebih lagi bagi seorang perempuan. Begitulah juga apa yang saya rasakan, ditambah kalau kita berada di bandar-bandar besar yang risikonya begitu tinggi. Saya juga percaya, ini jugalah yang dirasakan oleh kebanyakan wanita di luar sana. Justeru saya cuba untuk memuatkan beberapa bacaan dan amalan yang di anjurkan dalam Islam, tidak saja menyentuh persoalan pukau secara khusus, tetapi lebih kepada penjagaan diri, harta dan juga keluarga. Kita hanya berharap memohon perlindungan daripada Allah, selebihnya serahkan saja pada Dia.
Bagi ikhtiar memohon daripada Allah supaya dipelihara semua jenis gangguan dan bala bencana. Amalkan selalu doa-doa berikut;
1. Doa hindarkan diri daripada terkena sihir/santau/jin dan saka.
Doa ini diajarkan oleh Ustaz Sharhan Shafie untuk memelihara diri dan keluarga dari terkena gangguan makhluk halus terutama jin, iblis dan syaitan. Ayatnya pendek dan senang dihafal dari Surah Al-Saffat, ayat 7. Ayat ini boleh dibaca setiap kali selepas solat atau bila terasa diri tidak berapa sihat terutama pada waktu maghrib.
2. Doa keselamatan diri, anak-anak, keluarga dan rumahtangga dari kejahatan manusia, binatang dan bala bencana.
Maksudnya: Sesungguhnya Tuhanku, tiada Tuhan yang sebenarnya yang berhak disembah melainkanNya, ke atasNya aku bertawakkal, dan Dialah Tuhan yang memiliki arasy yang agung, .Apa sahaja yang dikehendakinya tentu akan berlaku, dan apa yang tidak dikehendakinya tidak akan berlaku.Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah yang maha tinggi lagi maha agung. Aku bersaksi bahawa Allah maha berkuasa atas segala sesuatu dan pengetahuanNya meliputi segala sesuatu. Aku memohon perlindungan kepadaNya yang maha berkuasa menahan langit dari jatuh ke atas bumi melainkan dengan izinNya, aku memohon perlindunganNya dari kejahatan segala makhluk yang bergerak di muka bumi yang berada di bawah kuasaNya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus.
(Riwayat al-Baihaqi dalam Dala`il al-Nubuwwah no 3046, al-Matalib al-Aliyyah no 3490, Ithaf al-Khiarat no 6087 , Bughyat al-Bahith no 1052)
3. Doa keselamatan diri dan harta benda
Maksudnya: Sesungguhnya Tuhanku, tiada Tuhan yang sebenarnya yang berhak disembah melainkan Engkau, ke atas Engkau aku bertawakkal, dan Engkaulah Tuhan yang memiliki arasy yang agung. Apa sahaja yang dikehendakinya tentu akan berlaku, dan apa yang tidak dikehendakinya tidak akan berlaku. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.Dengan nama Allah yang mempunyai kemahuan, agung kenyataan, lagi amat berkuasa apa yang dikehendaki oleh Allah, aku berlindung daripada syaitan.
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan kecuali Dia, hanya kepadaNya aku betawakal, Dialah Pemilik Arasy yang agung. Tidak ada daya dan kekuatan kecuali pada Allah.
4. Doa penjaga harta dan ahlinya.
Doa ini boleh diamalkan ketika mengunci kereta, rumah, meninggalkan rumah untuk keluar kawasan, balik kampung atau seumpamanya. Mengamanahkan Allah SWT untuk menjaganya, bacalah doa berikut;
Maksudnya: Aku tinggalkan kepada Allah harta dan keluargaku.
5. Doa berlindung daripada kejahatan makhluk.
Satu lagi doa yang terdapat di dalam al-Ma'thurat yang dipetik dari sebuah hadith;
Maksudnya: Rasulullah SAW bertanya, "kenapa dengan kamu?" lelaki itu menjawab 'aku disengat kala'. Rasulullah SAW bersabda; "Sekiranya engkau membaca (doa ini) pada setiap petang (iaitu) Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada segala kejahatan makhluk, ' nescaya dengan izin Allah kamu tidak akan ditimpa mudarat”. (Riwayat Ibn Hibban, 3/298)
6. Doa mengelak daripada ditimpa bala dan musibah.
Maksudnya: Rasulullah SAW didengari berkata sesiapa yang berdoa; "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; Al-Tirmidizi, 5/465)
7. Doa mengelakkan diri daripada diperkosa.
Ingin saya utarakan satu lagi doa sahih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s iaitu Siti Sarah yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi SAW.
Maksudnya: Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepadaMu dan RasulMu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad Ahmad, 2/403; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sahih )
Selain daripada apa yang disebutkan di atas, banyak lagi ayat-ayat lain yang boleh diamalkan. Surah al-Fatihah dan Ayatul Kursi juga merupakan amalan yang terbaik dan patut diamalkan sentiasa. Sabda Rasulullah SAW; "Sesiapa yang membacanya pada waktu pagi nescaya akan dipelihara dari gangguan jin dan syaitan sehingga ke petang dan sesiapa yang membacanya pada waktu petang nescaya akan dipelihara dari gangguan jin dan syaitan sehingga waktu pagi." (HR al-Nasa'i)
Alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya menyusun artikel ringkas ini, dalam keadaan mencuri-curi masa yang ada. Agak lewat, setelah kembali dari kembara barulah artikel ini dapat dipostkan. Akhir kalam, segala kelemahan datangnya daripada saya, mana-mana yang kekurangan, saya mohon maaf. Mudah-mudahan kita beroleh sesuatu daripadanya. Ajarkan kepada ahli keluarga kita dan saudara-saudara kita, semoga terpelihara selalu daripada segala kejahatan dan malapetaka. Yakin dan percaya tidak ada kemudharatan yang bakal berlaku melainkan dengan izinNya. Selamat beramal dan salam lewat malam daripada saya. Assalamualaikum.
Rujukan:
- Haron Din. 2008. Ikhtiar penyembuh penyakit dengan ayat-ayat dan doa-doa mustajab. Bangi: Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa’)
- http://www.resepirahsiaku.com/2010/10/doa-hindarkan-diri-daripada-terkena.html
- http://darussyifaipis.blogspot.com/2009/04/doa-keselamatan-diri-keluarga.html
- http://zaharuddin.net/lelaki-&-wanita/602-doa-khusus-elak-rogol-a-cabul--amalkanlah.html
3 comments:
Sy ada masalah..ianya tntg kwn sy..ayhny brkahwin len suda 7taon..tp prkhwinn nyer blom didaftarkn di sini..mk rkn sy suda mmpelbagaikn usaha mgubti dgn brjmpe bbrpe org bomoh mhupn ustaz..namun smue ny myatakn bhwe perempuan itu mggunakn ilmu sihir dr negeri SIAM..stiap kli mk rkn sy brubt yg pliknye ayh rkn sy psty syak bg tu juge dgn perempuan itu..ustaz ad brkata yg ayh rkn sy ad jin yg mnjge nye drpd pulih sprti sedia kala dan mndegr kate perempuan itu shj..sy mahu mgethui bgmna myedrkn kembali ayh rkn sy sblm keadaan brtmbh buruk?
nasuha jika minat ILMU boleh melawat
halaqah.net Forum komuniti
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=17113.0
silakan ya, maaf pada tuan blog ni, promote forum
alhamdulillah..memang inilah yg sedang saya cari..its so scary dunia sekarang.. alhamdulillah saya masih diberi peluang kedua...
Post a Comment