Monday, April 19, 2010

Tengku Faris

PUJIAN PADA TENGKU FARIS


Tuesday, January 19, 2010 , Posted by SYED HUSSAIN IDROS at 4:10 PM
Rakyat Malaysia lebih maklum bahawa di setiap negeri yang mempunyai Raja atau Sultan, tugas dan tanggungjawab perihal agama Islam diletak di bawah bidang kuasa Kebawah Duli. Secara tidak langsung, Kebawah Duli adalah Khalifah kepada setiap rakyatnya yang beragama Islam dan juga yang bukan beragama Islam. Perintah Baginda mengenai hal ehwal agama mestilah dipatuhi oleh sekalian rakyat jelata dan sudah tentu ianya adalah kepada ajaran Al-Quran dan Hadis.

Baru-baru ini rakyat Malaysia telah digemparkan oleh suatu peristiwa yang mana Pemangku Raja Kelantan telah mengimamkan solat hajat yang dimakmumkan oleh Nik Aziz dan beberapa lagi para Ulamak. Seperti kata Nik Aziz, sepanjang hayat beliau selama 75 tahun, belum pernah ada di kalangan Pemangku Raja yang mengimamkan solat dan usaha murni ini telah bermula di negeri Kelantan.

Peristiwa ini telah memberi impak yang sangat .......... sehingga tidak terkata. Mungkin peristiwa ini akan menjadi iktibar dan akan berlaku di negeri-negeri lain di Malaysia. Apa sekali pun, inilah dia Tengku Faris yang mempunyai keperibadian yang tersendiri yang disenangi oleh sekalian rakyat negeri Kelantan dan mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan rakyat Baginda.

Sepanjang baginda memangku sebagai sultan Kelantan, sebahagian duit elaun memangku digunakan untuk membeli lembu-lembu dan disedekahkan untuk masjid2.. Tengku berpesan agar disimpan untuknya seekor..bukan untuk beliau makan sorang2..
tetapi untuk Baginda sembelih dengan tangan baginda sendiri..

KOTA BAHARU, 28 Nov -- Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra (tengah) berkenan menyembelih lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha di perkarangan Komplek Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra di sini, hari ini. Sebanyak 50 ekor lembu di korbankan dan daging diagihkan kepada golongan fakir miskin dan anak-anak yatin yang tinggal di kawasan berdekatan.



AY: puji2an hanyalah layak bagi Allah s.w.t, namun ini merupakan sebahagian drp tanda penghormatan pada insan yg bernama makhluk

5 comments:

@deq He said...

baguslah diakan???????/

Rima said...

ehem...

aisha said...

salam alaik..sy secara tiba2 trbrowse laman blog akak ni..dan sy dapati menarik dgn ayat2 cinta dan sbagainya..apa salahnya kalau sy komen walaupun tak pernah mengenali kak slama ni kan..

xsalah cari kenalan blogger kan..harap2 kak pun akan surf blog sy n tglkn sdikit kata2 utk knangan..apa yg tullisan cina tu?bleh translatekan ke?

LydSunshine said...

Wah...Betul ke Tengku Faris mcm tu? Tetiba rasa kagum di dalam hati ku ini. Saya rasa, kerabat negeri lain pon patut ikut contoh Tg Faris. [ish..masih kagum....]

Ainulyaqin said...

adeq he-mmg dia bagus..
serikandi-ya, silakan kita berukhuwwah..tulisan cina tu mngarut..!!abaikan
salida-em..mana2 yg baik, patut diikuti semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...