Wednesday, September 05, 2007

Alhamdulillah...


Alhamdulillah... sekarang ni dah mula boleh berjinak-jinak balik ngan email, blog, novel dsbg... Correction untuk thesis dah siap, tunggu lagi semak format ngan Pusat Pengajian Siswazah jer...tak tau bila lagi, biasalah kita "orang biasa" kena ikut prosedurlah.

Jutaan terima kasih saya kirimkan buat sahabat-sahabat seperjuangan, pensyarah-pensyarah dan juga kakitangan Fakulti Pengajian Islam UKM kerana sokongan dan kerjasama yang diberikan. Alhamdulillah, selepas pembentangan disertasi saya sempena Kolokium Siswazah yang diadakan pada tanggal 30 Ogos 2007, bertempat di bilik senat UKM hari tu, banyak feed back positif yang saya dapat daripada semua...
InsyaAllah, buat semua yang berminat dengan disertasi saya, akan saya usahakan sebaik mungkin untuk menyampaikan ilmu ini kepada semua... Teruskan menyokong perjuangan Islam.. ALLAHUAKBAR !!!

1 comment:

ezie said...

mabrur alaiki, satu perkembangan yg baik, sbnarnya dah lama t'tunggu adanya kemunculan pena dari m'mat perdana.lehla kongc.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...