Monday, November 20, 2006

Lelaki Idaman

Lelaki Idaman

Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga akan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak takut untuk berkata benar
Yang tidak pernah gentar melawan nafsu
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tutur katanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa membuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh bersifat jembalang

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya
Yang sentiasa berbakti pada kedua orang tua dan keluarganya
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat

Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam
Yang hidup di bawah naungan al-quran dan mencontohi sifat Rasulullah
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya dari belanja
Yang sujudnya penuh kesyukuran rahmat Allah ke atasnya

Lelaki idaman saya tidak pernah bazirkan masa
Matanya kepenatan kerana penat membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya subuh dengan penuh kecergasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan disemai
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Disitulah rumah idamannya
Dan dia ingin membawa saya bersama
Dialah lelaki idaman saya







~Cinta Kerana Allah~

2 comments:

~albazrah~ said...

Assalamu'alaikum

Ayu, apa khabar? Salam pada Nana. Teruskan menulis.

Kak Ma

Ainulyaqin said...

Wa`alaikumussalam.. Alhamdulillah, saya sihat2 jer. K.Nana dah balik Kampung dah, tak sempat jumpa akak..Tq bagi semangat kat saya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...