Sesungguhnya pertolongan akan datang setelah kesabaran, kelapangan akan datang setelah kesusahan dan kemudahan akan datang setelah kesulitan
Monday, November 08, 2010
Sunday, November 07, 2010
PERMUDAHKAN URUSAN MAHAR
Selepas melalui waktu kemuncak pada kesibukan hidup, maka minggu ini merupakan hadiah waktu luang bagi saya. Namun saya tidak betah untuk duduk dan baring saja, jadi saya mula mengumpul sedikit bahan rujukan dan mula menulis artikel pendek ini untuk dikongsi bersama. Artikel yang pendek, ringkas dan ringan, namun saya rasa mampu dijadikan pedoman dalam menempuh kehidupan kita. Semoga beroleh sesuatu darinya.. (^^)
DEFINISI MAHAR
Mahar berasal daripada perkataan Arab. Di dalam al-Quran istilah mahar disebut dengan al-sadaq, al-saduqah, al-nihlah, al-ajr, al-faridah dan al-`aqd. Menurut istilah syara`, mahar adalah suatu pemberian yang wajib diberian oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan. Antara dalil kewajipan memberikan mahar kepada wanita adalah surah al-Nisa` ayat 24;
$yJsù Läê÷ètGôJtGó™$# ¾ÏmÎ/ £`åk÷]ÏB £`èdqè?$t«sù Æèdu‘qã_é& ZpŸÒƒÌsù 4 Ÿwur yy$oYã_ öNä3ø‹n=tæ $yJŠÏù OçF÷ʺts? ¾ÏmÎ/ .`ÏB ω÷èt/ ÏpŸÒƒÌxÿø9$# 4 ¨bÎ) ©!$# tb%x. $¸JŠÎ=tã $VJŠÅ3ym ÇËÍÈ
Maksudnya; ((Maka isteri-isteri yang telah kamu nikmati (campuri) di antara mereka, berikanlah kepada mereka maharnya (dengan sempurna) sebagai satu kewajiban, dan tiadalah mengapa bagi kamu terhadap sesuatu yang kamu telah saling merelakannya. Sesunggunya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.))
Pemberian mahar suami adalah sebagai lambang kesungguhan suami terhadap isteri. Selain itu ianya mencerminkan kasih-sayang dan kesediaan suami hidup bersama isteri serta sanggup berkorban demi kesejahteraan rumahtangga dan keluarga. Ia juga merupakan penghormatan seorang suami terhadap isteri.
Walau bagaimanapun, mahar tidaklah termasuk di antara rukun-rukun nikah atau syarat sahnya sesuatu pernikahan. Sekiranya pasangan bersetuju bernikah tanpa menentukan jumlah mahar, pernikahan tersebut tetap sah tetapi suami diwajibkan membayar mahar misil (yang sepadan). Ini berdasarkan satu kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW di mana seorang wanita telah berkahwin tanpa disebutkan maharnya. Tidak lama kemudian suaminya meninggal dunia sebelum sempat bersama dengannya (melakukan persetubuhan) lalu Rasulullah mengeluarkan hukum supaya wanita tersebut diberikan mahar misil untuknya.
PEMBERIAN MAHAR
Memberi mahar kepada isteri hukumnya wajib. Menurut Abu Hanifah, isteri berhak mendapat mahar apabila akad nikahnya sah. Manakala dalam mazhab Shafi`e pula diwajibkan mahar bukan disebabkan akad nikah yang sah sahaja tetapi juga dengan persetubuhan. Sekiranya akad nikah itu fasid (tidak sah), suami tidak wajib memberi mahar kepada isteri melainkan setelah berlakunya persetubuhan.
KADAR MAHAR
Islam tidak menetapkan kadar serta had yang paling maksima dan minima bagi menentukan mahar seseorang wanita. Ianya bergantung kepada uruf iaitu keadaan semasa dan suasana sesuatu tempat dan masyarakat. Sungguh pun demikian, Islam menganjurkan agar kita mengambil jalan tengah iaitu tidak meletakkan mahar terlalu tinggi dan tidak pula terlalu rendah. Rasulullah SAW menggalakan kita agar mempermudahkan mahar sebagaimana sabda Baginda;
Maksudnya; "Kebanyakan wanita yang berkat perkahwinannya ialah yang mudah (rendah) tentang perbelanjaan (mahar)." -Riwayat Ahmad dan al-Hakim.
Walau bagaimanapun, suami boleh memberi mahar yang tinggi kepada isteri berdasarkan ayat al-Quran surah al-Nisa` ayat 20;
÷bÎ)ur ãN›?Šu‘r& tA#y‰ö7ÏGó™$# 8l÷ry— šc%x6¨B 8l÷ry— óOçF÷s?#uäur £`ßg1y‰÷nÎ) #Y‘$sÜZÏ% Ÿxsù (#rä‹è{ù's? çm÷ZÏB $º«ø‹x© 4 ¼çmtRrä‹äzù's?r& $YY»tGôgç/ $VJøOÎ)ur $YYÎ6•B ÇËÉÈ
Maksudnya; ((Dan jika kamu ingin mengganti isterimu dengan isteri yang lain, sedang kamu telah memberikan kepada seseorang di antara mereka harta yang banyak, maka janganlah kamu mengambil kembali daripadanya barang sedikitpun. Apakah kamu akan mengambilnya kembali dengan jalan tuduhan yang dusta dan dengan (menanggung) dosa yang nyata?)).
Firman Allah SWT dalam surah al-Nisa` ayat 4;
(#qè?#uäur uä!$¡ÏiY9$# £`ÍkÉJ»s%߉¹ \'s#øtÏU 4 bÎ*sù tû÷ùÏÛ öNä3s9 `tã &äóÓx« çm÷ZÏiB $T¡øÿtR çnqè=ä3sù $\«ÿ‹ÏZyd $\«ÿƒÍ£D ÇÍÈ
Maksudnya; ((Berikanlah mahar kepada wanita (yang kamu nikahi sebagai pemberian dengan penuh kerelaan). Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian dari mahar itu dengan senang hati, maka makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya)).
Firman Allah SWT lagi dalam surah al-Baqarah ayat 236;
žw yy$uZã_ ö/ä3ø‹n=tæ bÎ) ãLäêø)¯=sÛ uä!$¡ÏiY9$# $tB öNs9 £`èdq¡yJs? ÷rr& (#qàÊÌøÿs? £`ßgs9 ZpŸÒƒÌsù 4 £`èdqãèÏnFtBur ’n?tã ÆìÅ™qçRùQ$# ¼çnâ‘y‰s% ’n?tãur ÎŽÏIø)ßJø9$# ¼çnâ‘y‰s% $Jè»tGtB Å$râ÷êyJø9$$Î/ ( $ˆ)ym ’n?tã tûüÏZÅ¡ósçRùQ$# ÇËÌÏÈ
Maksudnya; ((Tidak ada kewajipan membayar (mahar) atas kamu, jika kamu menceraikan isteri-isterimu sebelum kamu bercampur dengan mereka dan sebelum kamu menentukan maharnya. Dan hendaklah kamu berikan suatu mut`ah (pemberian) kepada mereka. Orang yang mampu menurut kemampuannya dan orang yang miskin mengikt kemampuannya Pula), iaitu pemberian menurut yang patut. Yang demikian itu merupakan ketentuan bagi orang-orang yang berbuat kebajikan)).
Jelas kepada kita bahawa permintaan dan pemberian mahar dalam Islam adalah bertujuan untuk melindungi dan memuliakan kaum wanita serta memperkukuhkan ikatan sebuah keluarga. Mahar juga adalah hak isteri yang diberikan oleh suami dengan hati yang tulus ikhlas tanpa mengharapkan balasan sebagai pernyataan kasih sayang dan tanggungjawab suami atas kesejahteraan rumahtangga. Ianya bertujuan menggembira dan menyenangkan hati isteri agar isteri merasa dihargai dan bersedia untuk menjalani kehidupan bersama suami.
Sebagai akhirnya, cuba kita renungkan rantaian kata-kata ini 'sebaik-baik lelaki adalah yang memberikan mahar yang banyak, dan sebaik-baik wanita adalah yang tidak meminta mahar yang banyak.' Benar sekali, yang lelaki berusaha gigih, yang wanita tidak banyak menuntut, alangkah indahnya.....
AY: Permudahkanlah maharmu wahai wanita, moga menjadi isteri yang beroleh berkat...