Monday, December 06, 2010

Perutusan Ma`al Hijrah 1432H



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah sesudah mereka dianiaya, pasti kami akan memberikan tempat yang bagus kepada mereka di dunia. dan sesungguhnya pahala di akhirat adalah lebih besar, kalau mereka mengetahui, (yaitu) orang-orang yang sabar dan Hanya kepada Tuhan saja mereka bertawakkal..” – Surah an-Nahl, ayat 41-42

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk terus hidup di bumiNya ini dan berada di ambang tahun baru 1432 H pada hari ini. Sesungguhnya nikmat kehidupan yang terus menerus dikurniakan Allah SWT kepada kita ini wajarlah digunakan untuk meningkatkan amalan dan ketaqwaan kita sebagai bekalan untuk mengadap Allah SWT suatu masa kelak.

Memperingati peristiwa hijrah bukanlah satu kegiatan yang diada-adakan tanpa asas. Sambutan ini yang dibuat untuk memperingati peristiwa hijrah yang dilalui oleh Rasulullah SAW sebenarnya telah diperintahkan oleh al-Quran sendiri. Allah SWT berulang kali di dalam al-Quran memerintahkan supaya manusia mengambil pengajaran daripada peristiwa-peristiwa yang dilalui oleh umat-umat yang terdahulu sebagai iktibar dan peringatan untuk semua. Justeru, memperingati peristiwa hijrah ertinya membelek semula lembaran sejarah untuk melihat dan mempelajari bagaimanakah pengorbanan yang telah dilalui oleh baginda Rasulullah SAW dan para sahabat demi menegakkan ketuanan Allah SWT di muka bumi ini.

Hari ini, setelah 1432 tahun ia berlalu, kisah hijrah Rasulullah SAW masih kekal segar dan terpahat kukuh dalam ingatan kita. Persoalannya, adakah cukup sekadar ia diingati dan disebut tanpa dihayati semangatnya? Tentulah tidak. Justeru, saya mengajak diri saya dan semua pihak agar sama-sama melakukan gerak kerja berhijrah untuk menjadi manusia yang lebih baik pegangan dan perilakunya selepas ini.

Lakukanlah hijrah ke arah kebaikan dalam semua aspek. Di bidang ekonomi, berhijrahlah dari ekonomi riba kepada ekonomi yang diredhai oleh Allah SWT. Di dalam bidang pendidikan, berhijrahlah dari sistem pendidikan yang hanya mengutamakan merit dan sijil semata-mata kepada sistem pendidikan yang benar-benar berteraskan wahyu dan berorientasikan pembentukan minda dan akhlak yang baik. Di dalam bidang politik, tinggalkanlah politik sekular dan berhijrah kepada politik Islam yang sebenar, politik yang turut mengambil kira soal dosa dan pahala di dalam gerak kerja. Seterusnya di dalam semua bidang di dalam kehidupan, selaraskanlah semuanya agar selari dengan tuntutan mencari keredhaan Allah SWT.

Insya-allah, kita yakin jika semangat ini dapat dihayati dengan sebaik mungkin, kita tidak akan berdepan dengan pelbagai masalah untuk mengurus tadbir kehidupan masyarakat.

Sekian.

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM – KELANTAN MENERAJUI PERUBAHAN

Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

Pejabat Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 28 Zulhijjah 1431H / 5 Disember 2010M


Monday, November 08, 2010

Sunday, November 07, 2010

KAHWIN PERDANA

AY: Usaha yg bagus....(^^)

PERMUDAHKAN URUSAN MAHAR


Permudahkan Urusan Mahar

Selepas melalui waktu kemuncak pada kesibukan hidup, maka minggu ini merupakan hadiah waktu luang bagi saya. Namun saya tidak betah untuk duduk dan baring saja, jadi saya mula mengumpul sedikit bahan rujukan dan mula menulis artikel pendek ini untuk dikongsi bersama. Artikel yang pendek, ringkas dan ringan, namun saya rasa mampu dijadikan pedoman dalam menempuh kehidupan kita. Semoga beroleh sesuatu darinya.. (^^)

Setiap budaya memiliki ciri khas tersendiri dalam urusan mahar. Di beberapa negara Timur Tengah kita dapati mahar untuk seorang wanita sangatlah tinggi, sehingga seorang lelaki begitu susah untuk berkahwin. Lebih-lebih lagi jika lelaki itu seorang yang miskin dan tidak memiliki harta, maka perkahwinan akan menjadi mimpi yang tidak akan pernah tergapai. Keadaan ini sedikit sebanyak menyebabkan kita terjebak pada sebuah sistem budaya yang tidak sihat dalam masyarakat. Perasaan takut dan bimbang akan mula menguasai diri apabila mendengar perkataan berkahwin disebut, sudah terbayang berapa banyak duit yang harus dikumpulkan untuk melangsungkan perkahwinan.

DEFINISI MAHAR

Mahar berasal daripada perkataan Arab. Di dalam al-Quran istilah mahar disebut dengan al-sadaq, al-saduqah, al-nihlah, al-ajr, al-faridah dan al-`aqd. Menurut istilah syara`, mahar adalah suatu pemberian yang wajib diberian oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan. Antara dalil kewajipan memberikan mahar kepada wanita adalah surah al-Nisa` ayat 24;

$yJsù Läê÷ètGôJtGó$# ¾ÏmÎ/ £`åk÷]ÏB £`èdqè?$t«sù Æèduqã_é& ZpŸÒƒÌsù 4 Ÿwur yy$oYã_ öNä3øn=tæ $yJŠÏù OçF÷Êºts? ¾ÏmÎ/ .`ÏB Ï÷èt/ ÏpŸÒƒÌxÿø9$# 4 ¨bÎ) ©!$# tb%x. $¸JŠÎ=tã $VJŠÅ3ym ÇËÍÈ

Maksudnya; ((Maka isteri-isteri yang telah kamu nikmati (campuri) di antara mereka, berikanlah kepada mereka maharnya (dengan sempurna) sebagai satu kewajiban, dan tiadalah mengapa bagi kamu terhadap sesuatu yang kamu telah saling merelakannya. Sesunggunya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.))

Mahar adalah hak murni wanita dan dalam perkahwinan perlu ada pemberian harta dari pihak lelaki kepada wanita sebagai mahar. Adapun jenis dan kadar mahar adalah berbeza-beza bersesuaian dengan kemampuan masing-masing.

Pemberian mahar suami adalah sebagai lambang kesungguhan suami terhadap isteri. Selain itu ianya mencerminkan kasih-sayang dan kesediaan suami hidup bersama isteri serta sanggup berkorban demi kesejahteraan rumahtangga dan keluarga. Ia juga merupakan penghormatan seorang suami terhadap isteri.

Walau bagaimanapun, mahar tidaklah termasuk di antara rukun-rukun nikah atau syarat sahnya sesuatu pernikahan. Sekiranya pasangan bersetuju bernikah tanpa menentukan jumlah mahar, pernikahan tersebut tetap sah tetapi suami diwajibkan membayar mahar misil (yang sepadan). Ini berdasarkan satu kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW di mana seorang wanita telah berkahwin tanpa disebutkan maharnya. Tidak lama kemudian suaminya meninggal dunia sebelum sempat bersama dengannya (melakukan persetubuhan) lalu Rasulullah mengeluarkan hukum supaya wanita tersebut diberikan mahar misil untuknya.

PEMBERIAN MAHAR

Memberi mahar kepada isteri hukumnya wajib. Menurut Abu Hanifah, isteri berhak mendapat mahar apabila akad nikahnya sah. Manakala dalam mazhab Shafi`e pula diwajibkan mahar bukan disebabkan akad nikah yang sah sahaja tetapi juga dengan persetubuhan. Sekiranya akad nikah itu fasid (tidak sah), suami tidak wajib memberi mahar kepada isteri melainkan setelah berlakunya persetubuhan.

Dalam satu riwayat disebutkan; Abdul Rahman bin Auf pergi berniaga ke pasar dan mendapat untung. Pada hari berikutnya dia pulang dengan membawa susu dan minyak sapi untuk keluarganya. Beberapa hari kemudian dia membawa lagi minyak za`faran yang semerbak bau wanginya. Rasulullah SAW bertanya, "Apa yang telah terjadi?" Dia menjawab, "Ya Rasulullah saya telah berkahwin dengan wanita Ansar." Rasulullah bertanya lagi, "Apa maharnya?" Dia menjawab "Emas yang seharga lima dirham."

Dalam satu riwayat yang lain, Rasulullah SAW bersabda kepada lelaki yang meminang wanita; "Carilah mahar walaupun berupa cincin besi."

KADAR MAHAR

Islam tidak menetapkan kadar serta had yang paling maksima dan minima bagi menentukan mahar seseorang wanita. Ianya bergantung kepada uruf iaitu keadaan semasa dan suasana sesuatu tempat dan masyarakat. Sungguh pun demikian, Islam menganjurkan agar kita mengambil jalan tengah iaitu tidak meletakkan mahar terlalu tinggi dan tidak pula terlalu rendah. Rasulullah SAW menggalakan kita agar mempermudahkan mahar sebagaimana sabda Baginda;

أعظم النساء بركة أيسر هن مؤنة

Maksudnya; "Kebanyakan wanita yang berkat perkahwinannya ialah yang mudah (rendah) tentang perbelanjaan (mahar)." -Riwayat Ahmad dan al-Hakim.

Hal ini diperteguhkan lagi dengan ucapan Ummar bin al-Khattab, 'Ketahuilah janganlah berlebih-lebihan dalam menetapkan mahar para wanita, kerana sesungguhnya jika (mahar yang mahal) itu dimaksudkan dengan bukti kemuliaan di dunia atau sebagai kemudahan bertakwa kepada Allah, maka orang yang paling bertakwa di antara kamu adalah Rasulullah SAW, namun baginda tidak pernah menetapkan mahar kepada seorang pun di antara isteri-isteri baginda, begitu juga kepada puteri-puteri baginda melebihi 12 Uqiyah (1 Uqiyah = 40 dirham), Sesungguhnya bila seorang lelaki dikenakan mahar yang tinggi, nescaya dapat menimbulkan permusuhan dalam dirinya kepada isterinya.'

Walau bagaimanapun, suami boleh memberi mahar yang tinggi kepada isteri berdasarkan ayat al-Quran surah al-Nisa` ayat 20;

÷bÎ)ur ãN?Šur& tA#yö7ÏGó$# 8l÷ry šc%x6¨B 8l÷ry óOçF÷s?#uäur £`ßg1y÷nÎ) #Y$sÜZÏ% Ÿxsù (#räè{ù's? çm÷ZÏB $º«øx© 4 ¼çmtRrääzù's?r& $YY»tGôgç/ $VJøOÎ)ur $YYÎ6B ÇËÉÈ


Maksudnya; ((Dan jika kamu ingin mengganti isterimu dengan isteri yang lain, sedang kamu telah memberikan kepada seseorang di antara mereka harta yang banyak, maka janganlah kamu mengambil kembali daripadanya barang sedikitpun. Apakah kamu akan mengambilnya kembali dengan jalan tuduhan yang dusta dan dengan (menanggung) dosa yang nyata?)).

Firman Allah SWT dalam surah al-Nisa` ayat 4;


(#qè?#uäur uä!$¡ÏiY9$# £`ÍkÉJ»s%ß¹ \'s#øtÏU 4 bÎ*sù tû÷ùÏÛ öNä3s9 `tã &äóÓx« çm÷ZÏiB $T¡øÿtR çnqè=ä3sù $\«ÿÏZyd $\«ÿƒÍ£D ÇÍÈ


Maksudnya; ((Berikanlah mahar kepada wanita (yang kamu nikahi sebagai pemberian dengan penuh kerelaan). Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian dari mahar itu dengan senang hati, maka makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya)).

Firman Allah SWT lagi dalam surah al-Baqarah ayat 236;

žw yy$uZã_ ö/ä3øn=tæ bÎ) ãLäêø)¯=sÛ uä!$¡ÏiY9$# $tB öNs9 £`èdq¡yJs? ÷rr& (#qàÊ̍øÿs? £`ßgs9 ZpŸÒƒÌsù 4 £`èdqãèÏnFtBur n?tã ÆìÅqçRùQ$# ¼çnâys% n?tãur ÎŽÏIø)ßJø9$# ¼çnâys% $Jè»tGtB Å$râ÷êyJø9$$Î/ ( $ˆ)ym n?tã tûüÏZÅ¡ósçRùQ$# ÇËÌÏÈ



Maksudnya; ((Tidak ada kewajipan membayar (mahar) atas kamu, jika kamu menceraikan isteri-isterimu sebelum kamu bercampur dengan mereka dan sebelum kamu menentukan maharnya. Dan hendaklah kamu berikan suatu mut`ah (pemberian) kepada mereka. Orang yang mampu menurut kemampuannya dan orang yang miskin mengikt kemampuannya Pula), iaitu pemberian menurut yang patut. Yang demikian itu merupakan ketentuan bagi orang-orang yang berbuat kebajikan)).

Jelas kepada kita bahawa permintaan dan pemberian mahar dalam Islam adalah bertujuan untuk melindungi dan memuliakan kaum wanita serta memperkukuhkan ikatan sebuah keluarga. Mahar juga adalah hak isteri yang diberikan oleh suami dengan hati yang tulus ikhlas tanpa mengharapkan balasan sebagai pernyataan kasih sayang dan tanggungjawab suami atas kesejahteraan rumahtangga. Ianya bertujuan menggembira dan menyenangkan hati isteri agar isteri merasa dihargai dan bersedia untuk menjalani kehidupan bersama suami.

Sebagai akhirnya, cuba kita renungkan rantaian kata-kata ini 'sebaik-baik lelaki adalah yang memberikan mahar yang banyak, dan sebaik-baik wanita adalah yang tidak meminta mahar yang banyak.' Benar sekali, yang lelaki berusaha gigih, yang wanita tidak banyak menuntut, alangkah indahnya.....

AY: Permudahkanlah maharmu wahai wanita, moga menjadi isteri yang beroleh berkat...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...