Sunday, September 13, 2009

UMUR vs JODOH

UMUR vs JODOH

Setelah sekian lama saya meninggalkan rutin untuk menulis sesuatu di laman maya ni, tiba-tiba hari ini terdetik di hati untuk mula melakar dan mewarnainya kembali. Memang selalunya pun sebeginilah azam saya, tapi bila satu demi satu kekangan yang datang menimpa-nimpa, maka laman ini akan mula suram kembali. Walaupun sekian lama suram tanpa bingkisan daripada saya, namun ia tetap hidup dengan sokongan daripada semua pengunjung yang masih sudi singgah menjengah seketika. Ramai juga yang sempat tinggalkan komen dekat chat room dan mintak untuk diupdatekan. Sedikit sebanyak ia mampu membangkitkan hamasah saya.


Saya mulakan bicara untuk saat ini tentang satu kisah yang berlaku pada saya beberapa hari yang lepas. Kisah tentang umur ‘vs’ jodoh. Satu petang selepas balik dari kerja, saya saja sembang-sembang dengan makcik-makcik sebelah rumah. Saja nak hilangkan tension, release ngan makcik-makcik ni syok juga, kita rasa macam kita ni sebahagian daripada anggota masyarakat. Baru dapat rasa kebersamaan dalam masyarakat. Tahu apa masalah yang berlaku dalam kalangan kita. Tapi tak adalah dengan niat menghangatkan port umpat-mengumpat seperti sebiasanya.


Dalam sembang-sembang datanglah 2 orang budak yang membonceng motosikal, budak remaja, sorang budak lelaki dan sorang lagi budak perempuan. Couple ni, agak saya. Sah tekaan saya, makcik 1 mula bersuara “tengok budak pompuan tu, sedara pakcik tu, datang tu nak menjemput pakcik ke majlis hari jadi dia malam ni, entahlah budak-budak sekarang ni, umur baru setahun jagung, baru 16 tahun, dah ada pakwe, membonceng sana, membonceng sini”. Wah marah betul makcik tu, saya senyum jer. Makcik 2 pula menambah “abis, bapaknya tak marah, tak halang, biar jer anak dia macam tu, nak cakap apa?”. Saya yang dari tadi membatu mula menyampuk “budak-budak sekarang memang macam tu, kat mana-mana pun sama jer, dah jadi budaya dah”. Wah tanpa sedar saya dah jadi ahli mesyuarat pagar secara tak rasmi.


Saya menarik nafas, mula mengalih topik sedikit, malas ambik pusing pasal budak tu lagi, meluat juga saya dibuatnya. Saya mula membuka bicara “saya ni dah umur 27 tahun, tak ada pun lagi pakwe-pakwe ni, diorang ni memang advance”. Sehabis jer cakap saya, makcik 2 mula menambah “alahai, awak baru 27, muda lagi, makcik ni dah 60 tahun lebih, masih tak jumpa-jumpa lagi pakwe” sambil tergelak-gelak dia memberitahu saya. Alamak, saya tersipu-sipu, salah cakap ke saya tadi? Belum hilang malu saya, makcik 1 menyampuk “makcik dulu, umur 30 lebih, dekat-dekat 40 baru jumpa dengan pakcik tau. Jangan risau, nanti sampai masa, adalah tu jodoh kita”. Alahai, lagi panas saya rasa. Terkena pulak saya petang ni. Saya senyum jer, tak mampu nak menjawab lagi, tapi dalam hati berbisik juga ‘ish, tak nak lah saya dah nak umur 40 baru nak kawin, dah tua’.


Apa yang nak diceritakan, peristiwa petang tu benar-benar memberi kesan pada saya, membuatkan saya mula berfikir secara kritis tentang ketentuan dan tadir yang memang telah ditetapkan untuk setiap hamba Allah. Saya begitu tertekan dengan orang di sekeliling saya yang sudah mengorak langkah jauh ke depan, dan pikiran saya hanya berlegar di sekitar mereka saja. Biasalah bila umur dah meningkat, kawan-kawan sekeliling pun dah kawin, dah beranak pinak, sedang kita masih utuh memegang gelaran ‘solo’ maka mulalah macam-macam perasaan mula bersarang dalam jiwa. Saya mula lupa betapa ramai lagi di luar sana yang nasibnya lebih teruk dari saya. Saya mula buta tentang itu. Astaghfirullahaladzim..Maha Suci Allah yang telah menegur saya dengan cara yang penuh Hikmah. Insaf sungguh, betapa kerdilnya diri ini, hilang dalam nikmat sementara, lupa akan janji yang dibuat setiap hari untuk hidup hanya untukNya... ‘Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan Sekalian Alam’.......


AY : Ya Allah, aku tak luput dari dosa, pegangilah aku, tuntunilah hatiku...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...