Monday, November 20, 2006

Lelaki Idaman

Lelaki Idaman

Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga akan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak takut untuk berkata benar
Yang tidak pernah gentar melawan nafsu
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tutur katanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa membuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh bersifat jembalang

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya
Yang sentiasa berbakti pada kedua orang tua dan keluarganya
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat

Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam
Yang hidup di bawah naungan al-quran dan mencontohi sifat Rasulullah
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya dari belanja
Yang sujudnya penuh kesyukuran rahmat Allah ke atasnya

Lelaki idaman saya tidak pernah bazirkan masa
Matanya kepenatan kerana penat membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya subuh dengan penuh kecergasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan disemai
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Disitulah rumah idamannya
Dan dia ingin membawa saya bersama
Dialah lelaki idaman saya







~Cinta Kerana Allah~

Ukhuwwah Islamiyyah



Ukhuwwah Islamiyyah

Sudah seminggu hidup saya jadi tak teratur...Semuanya rasa tak kena jer, buku ‘Aqidah dan Perjuangan’ karangan Allahyarham Ustaz Fadzil saya pegang, niat nak terus membongkar pemikiran Us Fadzil untuk menyiapkan tesis, tapi tak dapat nak concentrate plak... Saya letak balik. Termenung seketika. Fikiran kosong. Last sekali saya paksakan juga diri, melangkah ke Kutub Khannah, dengan harapan bila tengok orang dok study, dapatlah memulih dan mengembalikan semangat yang pudar. Tapi bila sampai jer kat PTSL, lain pulak jadinya…Tak bercadang pun nak singgah kat sini, tapi alang-alang dah sampai, layan jerla...=).

Dalam tempoh seminggu ni juga, Allah s.w.t telah menggantikan saya dengan satu anugerah yang amat bernilai. Alhamdulillah, hati saya telah disatukan dengan 4 orang sahabat baru. Buat Us Asmawi dari Nilam Puri, Brother Omar from Turki, Kak Azma dari Jitra dan Kak Najwa dari Bangkok, terima kasih ye, sudi kawan ngan saya.

Bagi meraikan sahabat-sahabat saya dan juga sebagai renungan buat kita bersama, kat sini saya catitkan kelebihan-kelebihan Ukhuwwah Islamiyyah dan syarat-syaratnya yang diringkaskan daripada kitab al-Ukhuwwah al-Islamiyyah, karangan Dr Abdullah Nashih `Ulwan ;

Kelebihan-Kelebihan Ukhuwwah Islamiyyah

1) Terpancar sinar ( Nur ) di wajah.

Sabda Nabi s.a.w ; ‘Segolongan di antara hamba-hamba Allah di mana mereka itu bukan para nabi, bukan para syuhada, hinggakan para nabi dan para syuhada merasa iri hati terhadap mereka pada hari kiamat kelak kerana mereka mendapat tempat yang tinggi di sisi Allah Taala’. Beritahulah kami wahai Rasulullah siapa mereka itu?. Jawab Baginda s.a.w ; ‘Mereka ialah orang yang saling kasih mengasihi kerana Allah s.w.t bukan kerana hubungan keluarga dan bukan kerana harta. Demi Allah muka-muka mereka seperti Nur, mereka tidak takut apa yang manusia lain takut dan tidak sedih apa yang manusia lain sedih’. ( Riwayat Abu Daud )

2) Terampun dosa-dosa.

Sabda Nabi s.a.w ; ‘Sesungguhnya seseorang muslim apabila menemui saudaranya yang muslim lalu memegang tangannya, maka gugurlah dosa dari keduanya, sama seperti gugur daun dari pohon kering yang ditiup angin kencang, kalau tidak pun akan diampunkan dosa mereka sebanyak buih di lautan’. ( Riwayat Al-Tabrani )

3) Berada di bawah naungan Arasy pada hari kiamat.

4) Berada dalam naungan Mahabbah Ilahiyyah ( Cinta Ilahi ).

5) Berada di dalam syurga Allah s.w.t dan keredhaaNya.

6) Merasai kemanisan iman.

Syarat-Syarat Ukhuwwah Islamiyyah

1) Ihklas kerana Allah s.w.t.

2) Harus disertai dengan Iman dan Taqwa.
( al-Hujurat ; 10, al-Zukhruf ; 67 )

3) Harus iltizam dengan Manhaj Islam.

4) Tegak berasas nasihat kerana Allah s.w.t.


( al-Mujadalah ; 22, al-Taubah ; 23 / 142, al-Hujurat ; 13 )

5) Setia dalam senang dan susah.
( al-Maidah ; 2 )


~ Ukuwwah Fillah ~

Monday, November 13, 2006

Srikandi Idaman

KHAS BUAT SRIKANDI IDAMAN


Khas buat srikandi idaman………
Perempuan yang aku sayangi
Adalah pencipta tuhannya
Yang mengalir cinta ada harapan
Yang menguasai
Perjalanan penghidupannya
Dari waktu ke waktu
Sehingga perjanjian
Diantara jasad dan nyawa berakhir


Perempuan yang aku rindui
Yang dimata dan wajahnya
Terpancar sinar Nur Ilahi
Lidahnya basah dengan zikrullah
Disudut hati kecilnya
Sentiasa membesarkan Allah

Perempuan yang aku cintai
Yang menutup auratnya dari
Pandangan mata lelaki ajnabi
Kehormatan dirinya
Menjadi mahal nilainya
Disanjung tinggi
Penduduk langit dan bumi

Perempuan yang aku impikan
Adalah yang mendekatkan hatinya
Yang telah jauh
Kepada Ar-Rahman dan Ar-Rahim
Disaat orang lain dilamar kebendaan

Perempuan yang aku kasihi
Yang bersyukur pada apa yang ada
Yang bersabar pada yang tiada
Cinta pada hidup yang sederhana

Perempuan yang aku sukai
Menjadi dian pada dirinya sendiri
Menjadi pelita untuk putera-puterinya
Yang bakal dilahirkan
Untuk menyambung
Perjuangannya dibe
lakang hari.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...