Tuesday, October 12, 2010

KERABU DAGING

Salam buat semua...

Hampir selama seminggu saya merangka2 mencari idea untuk menulis, tp akhirnya tersangkut jg dgn bebanan tugasan harian yg semakin rancak mengasak hidup...

Sy tersenyum sendiri, mungkin posting kali ini jg bleh dikira sbg info sharing dan perkongsian ilmu buat pembaca semua... perkongsian resepi... heee.. tengahari2 upload resepi, dh la perut masih belum diisi, mmg buat air liur meleleh la...

KERABU DAGING


Bahan2nyer :

daging (ikut suka nk banyok mane)
1/2 btg timun batang
2 btg serai
1 btg bunga kantan
2 ulas bwg merah
1 ulas bwg putih
3 bj cili padi (nak pedas buh lebih)
gula
2 sudu besar kicap sotong
air limau nipis
ulam2 lain yg rasa nk letak sekali

cara2nyer:

-daging dipotong besar2 dan direbus sehingga empuk dan tinggal sedikit airnya.
(airnya simpan lebih kurang 3 sudu laa, takleh banyak nnti tak sedap)
- pastu ambil daging dan potong kecil2 n nipis2
- timun, serai, bunga kantan, bwg putih, bwg merah, cili padi n segala ulam2 lain yg rasa nk letak skali dihiris halus.
- letak dlm mangkuk, ambik air rebusan daging yg tinggal sedikit td, campurkan dengan daging yg dihiris dan segala ulam2 td..
- pastu ltak kicap sotong, gula skit n perah air limau nipis.. rasa la dulu.. awas! kicap sotong tu masin dah, jgn ltak garam..
- gaulkan semuanya skali sehingga rata n sebati
-pastuh makan la k..


AY: Selamat mencuba~~

Thursday, October 07, 2010

ADAKALANYA KITA PERLU MENANGIS


"Adakalanya kita perlu menangis...

kerana

hidup ini bukan hanya untuk ketawa... "

Sunday, October 03, 2010

NIKAH ANTARA ADAT DAN IBADAT


NIKAH ANTARA ADAT DAN IBADAT


Sekarang ni musim kahwin sepanjang tahun, bukan saja pada waktu-waktu cuti sekolah. Ada yang dah lepas, ada yang akan datang, ada yang dapat kita hadiri dan ada juga yang tidak, pendek kata dalam planner tahunan tu penuh undangan perkahwinan, daripada Januari hingga Disember. Perkahwinan @ pernikahan adalah satu ibadat dalam Islam, namun berapa ramai yang setia kekal bersama jodohnya hingga akhir hayat? Perkara inilah yang seringkali menghantui fikiran, bimbang jodoh tidak kekal selamanya. Sama-sama kita koreksi balik, di mana silapnya? Mungkin perlu dilihat dari awal lagi, sejak dari mula perkenalan lagi hingga akhirnya menjalin ikatan perkahwinan, soal keberkatan di dalamnya perlu dititik beratkan, kerana tujuan dari sebuah perkahwinan itu adalah untuk memberi ketenangan sesuai dengan tuntutan fitrah.

Firman Allah s.w.t dalam Surah al-Rum, ayat 21;

( ومن آيته أن خلق لكم من أنفسكم أزوجا لتسكنوا إليها وجعل بينكم مودة ورهمة. إن في ذلك لأيت لقوم يتفكرون )

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui.”


Dua jiwa satu hati dimaterikan dengan ikatan pernikahan. Itulah dinamakan jodoh ketentuan Ilahi. Pada dasarnya perkahwinan adalah merupakan satu ibadat bila mana segalanya disandarkan kepada mencari keredhaan Allah s.w.t.


Namun, fenomena majlis perkawinan kini banyak dikomersilkan sehingga menagih keadaan ‘tak ada wang, tak boleh kahwin.’ Persiapan perkahwinan bermula daripada `A to Z` diambil kira kedua-dua belah pihak. Jika dicongak-congak, ada yang mencecah ratusan ribu ringgit kos perbelanjaan. Katanya “ ala.. kahwin sekali seumur hidup.” Ada juga yg berkata “Kahwin? Nanti dulu…” Semuanya bersandar kepada kemampuan kewangan dalam melangsungkan majlis perkahwinan.


Terdapat banyak perbezaan antara perkahwinan dahulu dan sekarang. Apa yang lebih ketara adalah perlaksanaan majlis perkahwinan. Di zaman yang serba lengkap hari ini, ramai umat Islam kita telah lari daripada menjalankan majlis perkahwinan yang penuh dengan keberkatan. Sambutan majlis perkahwinan pada hari ini disambut dengan begitu meriah sekali. Memang tidak salah untuk disambut secara besar-besaran, tetapi syaratnya janganlah sampai kepada tahap pembaziran. Membazir adalah sahabat kepada syaitan laknatullah.


Allah s.w.t telah berfirman dalam surah al-Furqan ayat 67;

( والذين إذآ أنفقوا لم يسرفوا ولم يقتروا وكان بين ذالك قواما )

“Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebih-lebihan dan tidak pula kikir, dan adalah (perbelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian.”


Perlu difahami secara menyeluruh bahawa pembaziran bukanlah dipandang dengan menilai lauk yang tidak habis atau sebagainya. Ia dipandang dari aspek tersirat. Hantaran perkahwinan sebagai contoh, hantaran yang tinggi secara tidak langsung membentuk satu budaya bermegah dan boleh melahirkan kesan sampingan yang lain. Begitu juga dengan persiapan perkahwinan yang lain seperti persiapan persalinan pengantin, pelamin, sesi fotografi dan sebagainya.


Saya sisipkan mutiara kata daripada Saidina Umar al-Khattab; “ Ketahuilah jangan berlebih-lebihan dalam menetapkan mahar para wanita. Kerana sesunggunya jika (mahar yang mahal) itu dimaksudkan sebagai bukti kemuliaan di dunia atau sebagai kemudahan bertakwa kepada Allah, maka orang yang paling bertakwa di antara kamu adalah Rasulullah s.a.w, namun baginda tidak pernah menetapkan mahar kepada seorang pun di antara ister-isterinya begitu pula kepada puteri-puterinya melebihi 12 Uqiyah (1 Uqiyah = 40 dirham). Sesungguhnya bila seseorang lelaki dikenakan kadar mahar yang tinggi, nescaya dapat menimbulkan permusuhan dalam dirinya kepada isterinya.”


Tepuk dada tanya selera masing-masing, apa yang kita cari sebenarnya? Semua bergantung pada individu itu sendiri. Mahu kaca maka kacalah dapatnya, mahu permata maka permatalah yang akan diperolehinya. Saya tidak pandai merungkai ayat untuk memberi makna yang bernilai pada pembaca semua. Namun jelas sekali pernikahan pada hari ini seringkali mengundang pelbagai persepsi masyarakat dalam meraikan hari berbahagia pasangan raja sehari. Pernikahan antara ADAT dan IBADAT, apa sebenarnya yang dicari?


AY: ketepikan adat, dahulukan ibadat, mudah2an beroleh berkat...

Thursday, September 30, 2010

PERMOHONANKU

Permohonanku..

Aku hanyalah seorang hamba Allah yang kerdil lagi hina..
Aku ini serba kekurangan...

Namun aku punya satu impian...
Aku mahu menjadi insan yang baik...
Insan yang melakukan kebaikan
supaya orang lain mendapat manfaat dariku..

Tetapi jika aku tidak mampu,
Kuharap janganlah aku berbuat kejahatan,
Atau kejahatan dalam kebaikan...
Biarlah aku berdiam diri...
Andai aku masih belum bersedia...

Kini aku lemah...
Aku harap aku akan buat...
Dan aku mohon sangat-sangat
Biarlah aku menjadi kuat untuk berbuat kebaikan...
Dengan itu aku senantiasa berusaha...

Dan hanya kepada Engkaulah tempat aku mengadu...
Kerana hanya Engkaulah teman yang benar-benar setia bersamaku...

Ya Allah...
setiap masa dan setiap ketika tidak pernah walau sedikit pun Engkau tinggalkan aku...

Ya Allah...
Redhailah daku selama aku bernafas di dunia ini...

Amin Ya Rabbal Alamin...

AY: Aku lemah tanpaMU, aku lemah tanpa cintaMu...

Monday, April 19, 2010

Tengku Faris

PUJIAN PADA TENGKU FARIS


Tuesday, January 19, 2010 , Posted by SYED HUSSAIN IDROS at 4:10 PM
Rakyat Malaysia lebih maklum bahawa di setiap negeri yang mempunyai Raja atau Sultan, tugas dan tanggungjawab perihal agama Islam diletak di bawah bidang kuasa Kebawah Duli. Secara tidak langsung, Kebawah Duli adalah Khalifah kepada setiap rakyatnya yang beragama Islam dan juga yang bukan beragama Islam. Perintah Baginda mengenai hal ehwal agama mestilah dipatuhi oleh sekalian rakyat jelata dan sudah tentu ianya adalah kepada ajaran Al-Quran dan Hadis.

Baru-baru ini rakyat Malaysia telah digemparkan oleh suatu peristiwa yang mana Pemangku Raja Kelantan telah mengimamkan solat hajat yang dimakmumkan oleh Nik Aziz dan beberapa lagi para Ulamak. Seperti kata Nik Aziz, sepanjang hayat beliau selama 75 tahun, belum pernah ada di kalangan Pemangku Raja yang mengimamkan solat dan usaha murni ini telah bermula di negeri Kelantan.

Peristiwa ini telah memberi impak yang sangat .......... sehingga tidak terkata. Mungkin peristiwa ini akan menjadi iktibar dan akan berlaku di negeri-negeri lain di Malaysia. Apa sekali pun, inilah dia Tengku Faris yang mempunyai keperibadian yang tersendiri yang disenangi oleh sekalian rakyat negeri Kelantan dan mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan rakyat Baginda.

Sepanjang baginda memangku sebagai sultan Kelantan, sebahagian duit elaun memangku digunakan untuk membeli lembu-lembu dan disedekahkan untuk masjid2.. Tengku berpesan agar disimpan untuknya seekor..bukan untuk beliau makan sorang2..
tetapi untuk Baginda sembelih dengan tangan baginda sendiri..

KOTA BAHARU, 28 Nov -- Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra (tengah) berkenan menyembelih lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha di perkarangan Komplek Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra di sini, hari ini. Sebanyak 50 ekor lembu di korbankan dan daging diagihkan kepada golongan fakir miskin dan anak-anak yatin yang tinggal di kawasan berdekatan.



AY: puji2an hanyalah layak bagi Allah s.w.t, namun ini merupakan sebahagian drp tanda penghormatan pada insan yg bernama makhluk

Wednesday, February 24, 2010

KELANTAN MENURUT BUDAYAWAN MUDA INDONESIA

KELANTAN MENURUT BUDAYAWAN MUDA INDONESIA HABIBURRAHMAN EL-SHIRAZY

Siang itu,14hb. Februari, 2010, saya mendarat di Bandara Kota Bharu, Negeri Kelantan. Saya datang ke Kelantan atas undangan Departemen Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan, sebagai pembicara ahli dalam acara talkshow berjudul, Selebriti Sebagai Ikon Masyarakat dalam momen Festival Hiburan Islami.

Juga diundang untuk memberi kuliah umum di Masjid Kerajaan. Tiba di bandara panitia sudah datang menjemput. Mereka terdiri dua orang gadis dan dua orang lelaki. Ramah dan baik. Saya langsung diajak untuk menemui tokoh paling dihormati di Negeri Kelantan, yaitu seorang ulama kharismatik yang juga menjabat sebagai Menteri Besar Kerajaan Negeri Kelantan, yaitu Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat.

Di rumah dinas, tempat Menteri Besar biasa menerima tamu, para wartawan dari media cetak dan elektonik telah menunggu.Ternyata di sana sudah datang terlebih dahulu seorang artis dan penyanyi terkemuka Malaysia yang kini setia mengenalkan jilbab, yaitu Wardina Shafiyyah. Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyambut dengan senyum yang mengembang.

Kharismanya sebagai seorang ulama tampak jelas. Sayangnya beliau tidak bisa berlama-lama menemani. Sebab saya datang memang terlambat. Saya sampai di Kota Bharu pukul 12 siang lebih, yang semestinya dijadwalkan pukul 11 siang. Penyebab keterlambatan itu adalah pesawat Malaysian Air Lines yang tidak tepat waktu. Semestinya terbang dari KLIA ke Kota Bharu pukul 10.00 ternyata baru terbang pukul 11.20. Saya dijadwalkan bertemu dan berbincang dengan Menteri Besar Tuan Guru Nik Abdul Aziz pukul 11.00, dan beliau ternyata sudah menunggu sejak pukul sebelas.

Beliau pun masih setia menunggu sampai saya datang. Hanya saja tidak bisa berlama-lama menemani, sebab ada tamu lain yang juga harus beliau temui. Sementara beliau menemui tamu yang lain, saya yang baru datang diminta untuk menyantap hidangan makan siang bersama Wardina Shafiyyah dan suaminya. Sebelum makan siang, para wartawan minta konferensi pers. Banyak pertanyaan yang diajukan seputar perkembangan perfilman di Indonesia.

Ada juga yang bertanya tentang proses pembuatan film berkarakter seperti Ketika Cinta Bertasbih dan Ayat Ayat Cinta. Saya sempat menunggu-nunggu adakah wartawan yang akan menanyakan hal berkaitan dengan Manohara. Sebab saya sedang berada di tempat Manohara pernah membuat kisah yang banyak mendapat perhatian di Indonesia. Ternyata tidak ada satu pun yang menyinggung masalah itu. Semuanya fokus menanyakan segala hal yang berkaitan dengan seluk beluk perfilman dan sastra.

Adzan dhuhur berkumandang, Menteri Besar mengajak shalat berjamaah. Saya tidak ikut karena ada bagian dari pakaian saya yang kotor, saya memilih untuk menjama’ shalat dengan jama’ ta`khir. Selesai shalat berjamaah Menteri Besar kembali menemui saya. Kami berbincang- bincang sebentar. Lalu bagian dokumentasi Kerajaan Negeri Kelantan meminta saya berfoto bersama Menteri Besar Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Setelah itu panitia mengajak saya langsung ke acara inti yaitu talk show di KB Mall Kota Bharu Kelantan. Panitia memberi tahu pengunjung telah membludak. Saya meminta pengertian panitia untuk membawa saya ke hotel dulu. Sebab saya baru tiba dari bandara, saya perlu cuci muka dang anti pakaian.

Sebenarnya sejak awal saya ingin ke hotel dulu dan berpakaian lebih rapi ketika bertemu dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Tetapi waktu tidak memungkinkan, Tuan Guru sudah lama menunggu. Akhirnya saya ikut saja. Maka ketika saya diajak langsung ke KB Mall, saya minta pengertian panitia. Dan mereka setuju. Saya dibawa ke Kelantan Trade Centre untuk membersihkan badan dan ganti pakaian. Acara talk show di KB Mall berjalan hangat. Pengunjung membludak.

Yang unik adalah background panggung dan hiasan Mall seratus persen bernuansa China. Karena hari itu memang bertepatan tahun baru China. Akan tetapi acara sesungguhnya adalah Festival Hari Hiburan Islam. Dalam acara itu tampak jelas kerinduan masyarakat Malaysia akan hadirnya film-film Islami di Malaysia. Masyarakat Malaysia mengakui dalam hal kreatifitas pembuatan film Islami pun Malaysia masih tertinggal beberapa langkah dari Indonesia.

Mereka takjub dengan yang terjadi di Indonesia.Mereka merindukan adanya audisi pemilihan bintang film yang bermoral seperti yang dilakukan di Indonesia melalui film Ketika Cinta Bertasbih. Hari berikutnya, saya menyempatkan diri melihat rumah kediaman Menteri Besar sederhana dan paling bersih di Malaysia. Saya memang ingin melihat langsung seperti apa rumah tokoh besar yang namanya tercatat dalam 50 tokoh Islam berpengaruh didunia dan dimuat dalam buku berjudul ”The 500 Most Influential Muslims” yang dieditori oleh Prof. John L Esposito dan Prof Ibrahim Kalin.

Rumah Menteri Besar Nik Abdul Aziz memang biasa saja, sama dengan umumnya rakyat Malaysia. Rumah itu ada di samping masjid, berada di komplek lembaga pendidikan yang didirikannya. Tak ada penjaga. Tak ada protokoler. Tak ada polisi yang tampak. Benar-benar biasa.

Siapa pun bisa menemui Menteri BEsar ini jika beliau ada di rumah. Siang itu beliau tidak ada di rumah. Saya memang tidak membuat janji untuk itu. Saya ditemui salah satu putra beliau yang juga bersahaja. Dari cerita orang-orang Kelantan, ternyata Menteri Besar Dato` Nik Abdul Aziz dikenal orang yang sangat dekat dengan segala lapisan masyarakat. Ada kebiasaan unik yang dilakukan pemimpin paling kharismatik di Malaysia ini.

Setiap hari Jumàt, tepatnya setelah shalat shubuh, Menteri Besar yang juga ulama besar ini selalu menyediakan diri menjadi tukang cukur bagi rakyatnya. Maka tak heran, jika setiap hari Jumàt, masyarakat berdatangan shalat shubuh di masjid beliau, dan beliau yang menjadi imam shalat. Selesai shalat shubuh puluhan orang bersiap diri untuk dicukur rambutnya oleh beliau. Dan beliau melakukan hal itu dengan penuh rasa sayang pada rakyatnya.

Kebiasaan beliau yang lain. Selama ada di kantornya,jika bukan untuk urusan Negara maka beliau akan mematikan semua fasilitas yang ada di sana. Misalnya jika dia harus shalat pada waktu malam, karena shalat adalah urusan pribadi dan bukan urusan Negara, dia mematikan lampu dan AC yang ada di ruangannya. Kepribadian ini mengingatkan pada kepribadian Umar bin Abdul Aziz.

Tak heran jika Dato` Nik Abdul Aziz ini,pada tahun 1998 dinobatkan oleh Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) sebagai Menteri Besar - kalau di Indonesia sepadan dengan gubernur - yang memiliki reputasi paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai penghargaan atas usaha beliau menentang gejala bentuk suap dan korupsi selama memerintah Negeri Kelantan selama hampir 18 tahun.

Tiga hari saya berada di Malaysia, dan saya menjumpai betapa cintanya penduduk Kelantan pada Tuan Guru mereka, kepada ulama mereka yang juga menjadi Menteri Besar mereka. Ada kalimat Tuan Guru Dato` Haji Nik Abdul Aziz yang diingat selalu oleh rakyatnya, yaitu, ”Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang mampu menyatukan hati banyak orang. Bukan pemimpin yang hanya mampu menggunakan kekuasaannya untuk membatasi ini dan itu.”

Selama tiga hari juga,saya masih penasaran kenapa tidak satu orang pun yang menyinggung Manohara. Akhirnya pada suatu jamuan makan bersama beberapa panita, salah seorang dari mereka menanyakan kasus Manohara. Dia bertanya, apakah citra Kelantan sedemikian buruk di Indonesia. Saya jawab,mungkin iya. Tampak dia agak sedih.

Saya lalu balik bertanya sebenarnya bagaimana masyarakat Kelantan memandang kasus Manohara? Orang itu menjawab, mayoritas masyakarat Kelantan tidak tahu menahu tentang kasus Manohara. Tidak ada beritanya sama sekali di Kelantan. Dan itu juga bukan urusan pihak Kerajaan Negeri Kelantan, tetapi itu urusan dalam rumah tangga Istana Raja. Dia sendiri memandang tidak ada yang bisa dibenarkan dalam kasus Manohara. Menurut dia kedua-duanya salah. Dia berkata, ”Mereka bertemu secara tidak baik-baik, dan berpisah juga dengan tidak baik-baik.

Itu masalah dua anak kecil yang tidak baik, tetapi disangkut-pautkan dengan negara.’ Paling tidak mendengar hal itu, saya telah mengetahui satu sudut pandang masyarakat Kelantan tentang kasus itu. Kenyataan yang saya temui, masyarakat awam Melayu Kelantan sangat menghargai bangsa Indonesia. Dan masih mengakui Indonesia sebagai bangsa besar.

Seorang di antara mereka dengan jujur mengatakan kepada saya, ”Indonesia adalah ikon Islam di Asia Tenggara. Jika Indonesia tegak, maka umat Islam di Asia Tenggara termasuk Malaysia tegak. Jika Indonesia runtuh yang lain juga akan runtuh.”

Habiburrahman El Shirazy

Budayawan Muda, Penulis Novel Ketika Cinta Bertasbih

Wednesday, October 28, 2009

AYAT-AYAT CINTA vs KETIKA CINTA BERTASBIH


Selepas terpukau dengan bait-bait indah dalam Ayat-ayat Cinta, kini saya merasakan pula dipukul hebat dek badai Ketika Cinta Bertasbih. Badai yang mula menghempas dada hidup. Setiap hari saya diuliti dengan alunan merdunya puisi-puisi cinta yang asyik mengalunkan tasbih, dibayangi indah perjalanan cinta Anna dan Azzam dalam KCB. Mahu saja saya segera terbang ke Ardhul Kinanah sana, agar bisa berkongsi dan merasa terus keberkahan bumi Anbiya` ini...


Pinjaman sifat tabah dan cekal penulis pada watak-watak ciptaannya tidak sedikit pun mengurangkan rasa kagum saya pada ketabahan serta kecekalan penulisnya sendiri, yang tidak lain adalah Kang Abik. Bahkan ianya membuatkan saya lebih-lebih lagi merasa kagum dan hormat pada penulisnya. Sentuhan Habiburrahman El-Syirazi benar-benar luar biasa dan mampu menjentik mana-mana juga jiwa yang menghayatinya lewat novel atau filem.


Garapan mantap sutradara bapa Chaerul Umam juga mampu membuatkan filem ini hidup dengan nafasnya yang tersendiri. Bernafas lembut dengan iringan tasbih cinta padaNya. Hati tidak lalai walau intinya banyak berkisar tentang cinta. Saya jadi mula insaf dengan takdir yang memang telah ditentukan oleh Allah s.w.t atas setiap hambanya. Saya jadi malu sendiri bila cuba membandingkan diri saya dengan nama-nama seperti Anna Althafunnisa`, Cut Mala, Tiara, Masyitah, Husna dan banyak lagi nama lain. Memang saya akui itu adalah hanya watak rekaan semata-mata untuk menghidupkan cerita, tapi apa salahnya kalau kita memandangnya pada sudut yang positif dan menilainya dengan diri kita buat ingatan dan muhasabah untuk hari ke depan.


Saya tidak sesekali menafikan bahawa memang ada orang yang takdirnya sebegitu, seperti yang terkarang oleh Kang Abik. Saya juga terkadang merasakan imbasan diri saya seakan ada dalam watak-watak cerita ini. Kekadang saya merasakan saya seperti Azzam, bila mana terpaksa berjuang sendirian meneruskan pengajian, ketika semua sahabat-sahabat yang seangkatan dengan saya telah lama melangkah ke alam pekerjaan. Saya terpaksa bekerja seadanya yang memang tidak selayaknya pun dengan ijazah yang saya ada, semata-mata untuk menampung dan meneruskan kehidupan saya sewaktu belajar, biarpun kehidupan saya tidaklah sesusah kehidupan Azzam. Saya juga memekakkan telinga sewaktu semua orang memarahi saya kerana masih mahu meneruskan pengajian sedang umur sudah meningkat. Perihalnya sama seperti Azzam yang memekakkan telinganya saat semua orang memarahinya kerana kuliah terlalu lama.


Kadang saya juga merasakan diri sama seperti Anna yang terpaksa bertungkus lumus, bekerja keras untuk menamatkan pengajian MA saya. Ke hulu ke hilir sendirian mencari bahan-bahan dan berjuang menyiapkan tesis. Alhamdulillah dengan berkat kesungguhan, saya dapat menamatkan kuliah seawal yang mungkin tanpa banyak gangguan-gangguan yang berat yang tak mampu saya tangani.


Pada keadaan yang lain, saya merasakan betul-betul berada pada posisi Fadhil dan Fadhil juga berada pada posisi saya. Menyatu dalam beberapa perkara yang melibatkan cinta dan perasaan. Lebih daripada itu, kisah Tiara juga berpusing di sekeliling saya sewaktu berperang membuat keputusan terbaik untuk diri saat ditaqdim dalam tempoh yang singkat oleh seseorang yang tidak dikenali sama sekali.


Menilai semua ini, maka jelas bagaimana mampu saya menolak segala badai ini, jika semuanya banyak menyentuh diari kehidupan saya. Saya juga cukup tersentuh dengan lagu-lagu yang dicipta khusus untuk memenuhi jalan-jalan cerita dalam filem KCB ini. Tuhan berikan Aku cinta, Menanti cinta dan Ketika Cinta Bertasbih sendiri mengungkap seribu rasa yang terpendam selama ini. Olahannya biasa, namun karib dengan kehidupan kebanyakan orang. Sekalung tahniah buat Kang Abik, bapa Chaerul Umam dan semua yang terlibat dalam memartabatkan perjuangan dakwah melalui mata pena dan juga saluran media.


AY: Moga saya juga dianugerahkan Allah bakat, masa, ruang dan peluang yang sama seperti Kang Abik...

Sunday, September 13, 2009

UMUR vs JODOH

UMUR vs JODOH

Setelah sekian lama saya meninggalkan rutin untuk menulis sesuatu di laman maya ni, tiba-tiba hari ini terdetik di hati untuk mula melakar dan mewarnainya kembali. Memang selalunya pun sebeginilah azam saya, tapi bila satu demi satu kekangan yang datang menimpa-nimpa, maka laman ini akan mula suram kembali. Walaupun sekian lama suram tanpa bingkisan daripada saya, namun ia tetap hidup dengan sokongan daripada semua pengunjung yang masih sudi singgah menjengah seketika. Ramai juga yang sempat tinggalkan komen dekat chat room dan mintak untuk diupdatekan. Sedikit sebanyak ia mampu membangkitkan hamasah saya.


Saya mulakan bicara untuk saat ini tentang satu kisah yang berlaku pada saya beberapa hari yang lepas. Kisah tentang umur ‘vs’ jodoh. Satu petang selepas balik dari kerja, saya saja sembang-sembang dengan makcik-makcik sebelah rumah. Saja nak hilangkan tension, release ngan makcik-makcik ni syok juga, kita rasa macam kita ni sebahagian daripada anggota masyarakat. Baru dapat rasa kebersamaan dalam masyarakat. Tahu apa masalah yang berlaku dalam kalangan kita. Tapi tak adalah dengan niat menghangatkan port umpat-mengumpat seperti sebiasanya.


Dalam sembang-sembang datanglah 2 orang budak yang membonceng motosikal, budak remaja, sorang budak lelaki dan sorang lagi budak perempuan. Couple ni, agak saya. Sah tekaan saya, makcik 1 mula bersuara “tengok budak pompuan tu, sedara pakcik tu, datang tu nak menjemput pakcik ke majlis hari jadi dia malam ni, entahlah budak-budak sekarang ni, umur baru setahun jagung, baru 16 tahun, dah ada pakwe, membonceng sana, membonceng sini”. Wah marah betul makcik tu, saya senyum jer. Makcik 2 pula menambah “abis, bapaknya tak marah, tak halang, biar jer anak dia macam tu, nak cakap apa?”. Saya yang dari tadi membatu mula menyampuk “budak-budak sekarang memang macam tu, kat mana-mana pun sama jer, dah jadi budaya dah”. Wah tanpa sedar saya dah jadi ahli mesyuarat pagar secara tak rasmi.


Saya menarik nafas, mula mengalih topik sedikit, malas ambik pusing pasal budak tu lagi, meluat juga saya dibuatnya. Saya mula membuka bicara “saya ni dah umur 27 tahun, tak ada pun lagi pakwe-pakwe ni, diorang ni memang advance”. Sehabis jer cakap saya, makcik 2 mula menambah “alahai, awak baru 27, muda lagi, makcik ni dah 60 tahun lebih, masih tak jumpa-jumpa lagi pakwe” sambil tergelak-gelak dia memberitahu saya. Alamak, saya tersipu-sipu, salah cakap ke saya tadi? Belum hilang malu saya, makcik 1 menyampuk “makcik dulu, umur 30 lebih, dekat-dekat 40 baru jumpa dengan pakcik tau. Jangan risau, nanti sampai masa, adalah tu jodoh kita”. Alahai, lagi panas saya rasa. Terkena pulak saya petang ni. Saya senyum jer, tak mampu nak menjawab lagi, tapi dalam hati berbisik juga ‘ish, tak nak lah saya dah nak umur 40 baru nak kawin, dah tua’.


Apa yang nak diceritakan, peristiwa petang tu benar-benar memberi kesan pada saya, membuatkan saya mula berfikir secara kritis tentang ketentuan dan tadir yang memang telah ditetapkan untuk setiap hamba Allah. Saya begitu tertekan dengan orang di sekeliling saya yang sudah mengorak langkah jauh ke depan, dan pikiran saya hanya berlegar di sekitar mereka saja. Biasalah bila umur dah meningkat, kawan-kawan sekeliling pun dah kawin, dah beranak pinak, sedang kita masih utuh memegang gelaran ‘solo’ maka mulalah macam-macam perasaan mula bersarang dalam jiwa. Saya mula lupa betapa ramai lagi di luar sana yang nasibnya lebih teruk dari saya. Saya mula buta tentang itu. Astaghfirullahaladzim..Maha Suci Allah yang telah menegur saya dengan cara yang penuh Hikmah. Insaf sungguh, betapa kerdilnya diri ini, hilang dalam nikmat sementara, lupa akan janji yang dibuat setiap hari untuk hidup hanya untukNya... ‘Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan Sekalian Alam’.......


AY : Ya Allah, aku tak luput dari dosa, pegangilah aku, tuntunilah hatiku...


Wednesday, July 15, 2009

Ya Allah..Hanya padaMu aku memohon


Tiada Tuhan selain Allah yang Maha Agung lagi Maha Penyantun. Tiada Tuhan selain Allah, Tuhan pemilik `Arasy yang agung. Tiada Tuhan selain Allah, Tuhan yang Pencipta dan Penguasa langit dan bumi dan Tuhan pemilik `Arasy yang mulia. Wahai Dzat yang Maha Hidup dan Maha Berdiri sendiri, tiada Tuhan selain Engkau; dengan rahmatMu, aku memohon pertolongan.

Ya Allah, hanya rahmatMu yang kuharapkan, maka janganlah Engkau biarkan diriku terlepas dari kasih-sayangMu sekelip mata pun dan perbaikilah selalu keadaanku, tiada Tuhan selain Engkau.

Aku memohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan selain Dia, yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri sendiri; dan aku bertaubat kepadaNya.

Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang telah berbuat zalim.

Ya Allah, sesungguh aku adalah hambaMu dan anak dari hamba lelaki dan hamba perempuanMu. Hidupku dan matiku di tanganMu. Telah berlalu qadhaMu padaku dan sungguh adil hukuman yang Engkau putuskan terhadapku. Aku memohon kepadaMu dengan semua nama yang Engkau miliki, yang dengannya Engkau namakan diriMu sendiri, yang Engkau cantumkan dalam kitabMu, yang telah Engkau ajarkan kepada seseorang di antara makhlukMu (NabiMu), atau dengan semua namaMu yang masih tersimpan dalam pengetahuan ghaib yang ada di sisiMu, agar kiranya Engkau berkenan menjadikan al-Quran sesuatu yang rimbun dalam hatiku, cahaya dadaku, penglipur kesedihanku dan pengusir kecemasanku.

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan kepadaMu dari kecemasan dan kesedihan, kelemahan dan kemalasan, kekikiran dan sifat penakut, dan dari bebanan hutang dan tekanan orang-orang (jahat).

A.Y : Cukuplah Allah sebagai pelindung dan Dia adalah sebaik-baik pelindung...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...