Wednesday, September 05, 2007

Terkuburnya Kelantan Delights di Suria KLCC

Terkuburnya Kelantan Delights di Suria KLCC
Oleh Datuk Rejal Arbee

Malam tadi adalah malam terakhir restoran Kelantan Delights – satu-satunya sahaja restoran masakan Melayu yang beroperasi di Suria KLCC – menghidang makanan di situ. Mulai esok (23hb Ogos) berakhirlah riwayatnya setelah beroperasi selama 10 tahun memperkenalkan masakan Melayu, khususnya makanan Kelantan seperti nasi kerabu dan nasi dagang kepada pelancung dalam dan luar negeri di situ. Penutupannya juga menandakan sudah tidak ada lagi restoran yang menyajikan masakan Melayu di situ. Apakah salah kalau disimpulkan bahawa pengurusan Suria KLCC tidak mahu ujud kedai yang menyediakan masakan Melayu kepada orang ramai yang berkunjung ke Menara berkembar Petronas? Ini hanya Pengurusi Eksekutif Suria KLCC dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, seorang warga Australia bernama Brian Andrew yang boleh memberi jawapan.

Kalau ditanya tentulah mereka mengatakan bahawa tuan punyai Kelantan Delights, Sdr Juhaidi Yean Abdullah dan isteri tidak mahu membayar sewa yang dikenakan, ia itu RM44,000 sebulan, naik dari RM30,000 sebelum ini. Juhaidi berkata masalahnya bukanlah kadar sewa yang dikenakan, tetapi sikap pengurusan yang agak bongkak seolah-olah memberikan kata dua kepadanya tanpa mahu berunding. Apakah kenaikan kadar sewa yang begitu melonjak berpatutan – naik hampir 50 peratus dalam tempoh setahun? Pengurusan Suria KLCC juga tidak telus kerana merahsiakan kadar sewa yang dikenakan kepada premis lain yang bersebelahan. Misalnya Chakri Palace (masakan Thai), Spice of India atau Madame Kwan dan Shan Village (masakan Cina). Apakah kadar sewa yang dikenakan kepada mereka itu sama dengan yang dikenakan kepada Kelantan Delights? Mereka menjadikan kadar sewa yang dikenakan seperti satu rahsia negara yang amat besar sekali.

Kini premis itu yang telah dipopularkan juga oleh Kelantan Delights akan diberikan kepada suatu restaurant Korea. Dengan ini berbagai masakan negeri asing boleh dinikmati di Suria KLCC tetapi jangan harapkan mendapat masakan Melayu di situ. Apakah gambaran yang hendak diberikan pengurusan Suria KLCC? Salahkah kalau disimpulkan bahawa mereka berpandangan bahawa masakan Melayu tidak layak disajikan kepada pengunjung Menara Kembar Petronas? Apakah salah kalau diandaikan pengurusan Suria KLCC tidak langsung prihatin dengan keadaan tempatan? Dengan tamatnya riwayat Kelantan Delights di situ, makanan Melayu sudah tidak terdapat lagi diMenara Kembar Petronas. Apakah tidak aneh masakan bangsa-bangsa lain boleh dinikmati di situ tetapi masakan tempatan tidak ada? Apakah makanan Melayu tidak setaraf makanan bangsa-bangsa lain hingga tidak lagi diberi tempat di situ?

Salahkah kalau disimpulkan bahawa pengurusan Suria KLCC tidak mahu orang yang mengunjundi Menara Kembar Petronas menikmati masakan Melayu? Maka tidak menghairankan pengacara TV Aziz Desa yang turut hadir dalam jamuan terakhir di situ malam tadi antara lain memberi rangkap pantun ini: Buai laju-laju Sampai KLCC Apa nasib Melayu Merempat di negeri sendiri. Antara mereka yang hadir adalah beberapa orang rakan wartawan dan personality TV seperti Ras Adiba. Kelantan Delights juga meraikan seramai 40 orang warga tua dari Rumah Seri Kenangan Ceras. Apakah yang boleh disimpulkan dari perkembangan terakhir ini yang dihadapi pekedai-pekedai Melayu di situ? Nampaknya satu demi satu kedai Melayu terpaksa ditutup. Maka dengan itu kini tiggal hanya 10 buah kedai yang diusahakan Melayu daripada 325 buah kedai. Apakah ini tidak menimbulkan keresahan dikalangan orang Melayu? Apakah pihak berkuasa tidak langsung prihatin dengan perkembangan ini dan sikap pengurusan Suria KLCC? Kabarnya keadaan di Alamanda Putrajaya yang juga diuruskan Suria KLCC tidak banyak berbeza dengan apa yang sedang berlaku di Menara Kembar Petronas. Tidak menghairankan kerana Ketua Pegawai Eksekutif Alamanda adalah isteri kepada Brian Andrew iaitu Lisa Words. Apakah tidak aneh isteri boleh dilantik sebagai boss anak syarikat di mana suaminya menjadi ketua?

Perkembangan ini sebenarnya memberi implikasi besar terhadap kedudukan perniagaan Melayu di kompleks beli belah yang bertaraf antarabangsa. Orang Melayu sendiri tidak mengharapkan pembelaan dari komplek yang dikuasai bukan Melayu seperti Mega Mall atau One Utama. Tetapi kompleks membeli belah yang dikuasai sebuah Syarikat Kaitan Kerajaan (GLC) tentunya perlu ada sedikit pertimbangan untuk menggalakan peniaga Melayu. Apa yang berlaku kepada Kelantan Delights juga menunjukan sikap kurang prihatin oleh kerajaan dan institusi yang kononnya diujudkan untuk memelihara dan membantu peniaga Melayu. Jadi dimanakah usaha mahu menggalak orang Melayu berniaga? Melayu yang benar-benar berkebolehan bukannya yang Ali Baba dimana rakan kongsi Melayu hanyalah sebagai 'sleeping partner' saja. Apa khabar Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi? Apa khabar MARA? Tidak adakah satu pun Jabatan atau Ajensi Kerajaan prihatin terhadap apa yang sedang melanda peniaga Melayu di Suria KLCC? Khabarnya Ketua Setiausaha Kementeri Pembangunan Usahawan dan Koperasi ada menemui Pengurusan Suria KLCC. Tetapi tidak pula diketahui apa hasilnya. Yang diketahui Kelantan Delights sudah tutup kedai di sana. Nampaknya tidak ada kesudahan. Malah perjumpaan antara Ketua Setiausaha Kementerian dengan pengurusan Suria KLCC yang tidak membawa kepada pembelaan peniaga Melayu akan memberikan hasil yang lebih buruk kerana tidak apa pun yang berlaku. Pengurusan Suria KLCC tentunya akan bersikap lebih bongkak dan sombong seolah-olah mereka kebal dan boleh melakukan apa saja tanpa siapa pun boleh menegur.

Malam tadi saya juga terpegum melihat empat pasagan orang putih yang hendak memasuki restoran. Salah seorang pekerja Kelantan Delights yang berada dipintu memberitahu bahawa restoran tidak dibuka untuk pelanggan malam itu. Tetapi Sdr Juhaidi yang kebetulan berada berhampiran sedarkan apa yang berlaku dan terus mencelah dan memperlawa mereka masuk menikmati hidangan secara gratis. Salah seorang daripada mereka memberi tahu bahawa mereka datang dari Rusia dan mahu menikmati Nasi Kerabu sambil menunjukkan buku pelancungan dalam bahasa Rusia dengan nama Kelantan Delights di tandakan. Juhaidi terus gugup bahawa restorannya dimasukkan dalam buku pelancungan Rusia. Beliau memberitahu mereka bahawa Nasi Kerabu tidak disajikan malam itu tetapi telah memberikan mereka hidangan nasi dagang serta hidangan lain. Seorang daripada pelancung Rusia itu yang perkenalkan dirinya sebagai seorang pegawai Kerajaan Tempatan Moscow telah memperlawa Juhaidi membuka Kelantan Delights di ibu negara Rusia itu. Nampaknya orang asing lebih menyokong Kelantan Delights daripada Suria KLCC.

Juhaidi memberitahu saya bahawa restorannya itu sememangnya mendapat tempat dalam beberapa buku pelancungan asing selain dari dalam bahasa Inggeris juga buku pelancungan dalam bahasa Jepun dan Arab. Untuk mengakhirkan cerita malam tadi bukanlah bermakna Kelantan Delights akan terus terkubur; hanya di Menara Kembar Petronas. Dua bulan lagi ia akan muncul semula kali ini di Sentral, tepatnya di Sooka Sentral bersebelahan pusat pengangkutan Sentral dan Hilton Kuala Lumpur. Juhaidi memberitahu bahawa Pengurusan MRCB yang lebih prihatin kepada peniaga Melayu telah mempelawanya membuka kedainya di bangunan yang baru selesai di bina itu. Nampaknya 'Suria KLCC's loss is a gain for MRCB's Sooka Sentral'. Kita berhadap Kelantan Delights akan lebih maju dan berjaya di Sooka Sentral.
.

Alhamdulillah...


Alhamdulillah... sekarang ni dah mula boleh berjinak-jinak balik ngan email, blog, novel dsbg... Correction untuk thesis dah siap, tunggu lagi semak format ngan Pusat Pengajian Siswazah jer...tak tau bila lagi, biasalah kita "orang biasa" kena ikut prosedurlah.

Jutaan terima kasih saya kirimkan buat sahabat-sahabat seperjuangan, pensyarah-pensyarah dan juga kakitangan Fakulti Pengajian Islam UKM kerana sokongan dan kerjasama yang diberikan. Alhamdulillah, selepas pembentangan disertasi saya sempena Kolokium Siswazah yang diadakan pada tanggal 30 Ogos 2007, bertempat di bilik senat UKM hari tu, banyak feed back positif yang saya dapat daripada semua...
InsyaAllah, buat semua yang berminat dengan disertasi saya, akan saya usahakan sebaik mungkin untuk menyampaikan ilmu ini kepada semua... Teruskan menyokong perjuangan Islam.. ALLAHUAKBAR !!!

Saturday, August 11, 2007

Forum Umat Islam dan Cabaran Semasa

Forum Umat Islam dan Cabaran Semasa

Anjuran:
Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)

Tarikh:
12 Ogos 2007 (Ahad)

Tempat:
Masjid Al-Falah, USJ9, Subang

Masa:
8.30 pagi - 1.00 petang

Panelis:
Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz
Tuan Haji Yusri Bin Mohammad
Tuan Haji Mohd. Azmi Bin Abdul Hamid
Prof. Dr. Abdul Aziz Bin Bari
En. Zainur Zakaria
Tuan Haji Zaid Kamaruddin
Dato' Hj. Mustapha Ma

Jemputan khas:
Wakil keluarga Azlina Jailani

Tiada yuran dikenakan. Marilah kita hadir beramai-ramai bagi menunjukkan solidariti dan kesatuan umat Islam dalam mempertahankan maruah dan kesucian agama yang kita cintai ini. Sesungguhnya kedudukan agama Islam di negara ini sedang dicabar! Sila sebarkan berita ini.

Seandainya terdapat sebarang kemusykilan, sila hubungi 016-2081300/ 03-61880300 (Sekretariat ABIM Pusat) / 019-8285019 (Naim).

Tuesday, July 31, 2007

Palestin Bumi Islam-Wajib Dipertahan


Majlis Hi-Tea Bersama Keluarga Syufada` Palestin


Majlis Hi-Tea Bersama Keluarga Syuhada’ Palestin
18 Ogos 2007, 2.30-5.30 Petang
Cattlea Banquet Hall, Wisma PKPS, Shah Alam

Anjuran Bersama:
Pertubuhan Mawaddah Malaysia
Aman Palestin Berhad

Sekiranya Berminat, Sila Hubungi:
Datin Noraini (Umi)
019-2156457

Harga Tiket:
RM100/ Seorang

Tetamu Khas Dari Palestin:
Ummu Nidhal (Maryam Muhammad Yusuf Farhaat). Beliau dilahirkan pada tahun 1950. Beliau adalah ‘Ummu Syuhada’ dan telah melakarkan sejarah sebagaimana yang pernah dilakarkan oleh Khaulah Binti Al-Azur, Khansa’, Nusaibah Binti Kaab, Ummu Saad Bin Muaz dan seumpamanya.

Forum Perundangan Islam

TAJUK
“ KONFLIK BIDANGKUASA SIVIL & SYARIAH ”
ADAKAH PERKARA 121 (1A) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MASIH RELEVAN ?
PANEL JEMPUTAN
PROFESOR. DR. AZIZ BARI AST. PROF. DR UGI SUHARTO PENSYARAH UNDANG-UNDANG UIAM PENSYARAH EKONOMI ISLAM, UIAM

SAUDARA ZAINUL RIJAL ABU BAKAR DR. ABDUL HALIM EL-MUHAMMADY
PRESIDEN GUAMAN SYARIE MALAYSIA PENSYARAH UNDANG-UNDANG UKM
TARIKH
SELASA . 7hb OGOS 2007 . 8.00 – 11.00 MALAM
TEMPAT
DEWAN ANUAR MAHMUD, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
ANJURAN
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI UNDANG-UNDANG UKM
PERUNDANG 2007/2008
KERJASAMA
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI SAINS TEKNOLOGI
. PENDIDIK . PMFPI . PMFEP . PEMATRA .
[ SELURUH WARGA KAMPUS DIJEMPUT HADIR, MASUK ADALAH PERCUMA ]

Thursday, July 12, 2007

Alhamdulillah


Alhamdulillah dalam pukul 10.30 pagi, tanggal 12 Julai 2007 tadi saya baru saja habis viva. Satu penantian kepada klimaks disertasi sudah berakhir. Lega sikit rasanya.. Dah terbuang hampir ¾ bebanan yang digalas. Sekarang nak kena focus pada corrections hasil daripada perbincangan. Nampaknya update untuk blog ni terpaksa ditangguhkan lagi la... Masih tak berkesempatan lagi untuk create isu terbaru...saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih pada sahabat2 yang telah banyak membantu dalam usaha menyiapkan disertasi ini. Sokongan moral yang begitu kerap singgah di gegendang telinga, menjadi pembangkit hamasah yang kadang-kala hampir pudar dek godaan dan cabaran sekeliling. Begitu juga doa2 yang kalian panjatkan padaNya buat saya, amat bermakna sekali dalam meneruskan kelangsungan perjuangan ini...Terima Kasih buat semua...Jazakumullah Khairan Jaza`...

Tuesday, July 03, 2007

Ya Tuhanku


Tuhanku,
Aku masih ingat, saat pertama dulu aku belajar mencintaiMu
Lembar demi lembar kitab kupelajari
Untai demi untai kata para ustaz kuresapi
Tentang cinta para nabi
Tentang kasih para sahabat
Tentang mahabbah para sufi
Tentang kerinduan para syuhada
Lalu kutanam di jiwa dalam-dalam
Kutumbuhkan dalam mimpi-mimpi dan idealisme yang mengawang di awan
Tapi Rabbii,
Berbilang detik, minit, jam, hari, minggu, bulan dan kemudian tahun berlalu
Aku berusaha mencintaiMu dengan cinta yang paling utama
Tapi aku masih juga tak menemukan cinta tertinggi untukMu
Aku makin merasakan gelisahku membadai dalam cita yang mengawang
Sedang kakiku mengambang, tiada menjejak bumi
Hingga aku terhempas dalam jurang dan kegelapan
Wahai Ilahi,
Kemudian berbilang detik, minit, jam, hari, minggu, bulan dan tahun berlalu
Aku mencuba merangkak, menggapai permukaan bumi dan menegakkan jiwaku kembali
Menatap, memohon dan menghibaMu:
Allahu Rahiim, Ilahi Rabbii,
Perkenankanlah aku mencintaiMu Semampuku
Allahu Rahmaan, Ilaahi Rabii
Perkenankanlah aku mencintaiMu Sebisaku
Dengan segala kelemahanku Ilahi,
Aku tak sanggup mencintaiMu dengan kesabaran menanggung derita
Umpama Nabi Ayyub, Musa, Isa hingga Al musthafa
Kerana itu izinkan aku mencintaiMu Melalui keluh kesah pengaduanku padaMu
Atas derita batin dan jasadku
Atas sakit dan ketakutanku
Allahu Kariim,
Aku tak sanggup mencintaiMu di atas segalanya
Bagai Ibrahim yang rela tinggalkan putra dan zaujahnya
Dan patuh mengorbankan pemuda biji matanya.
Maka izinkanlah aku mencintaiMu di dalam segalanya.
Izinkan aku mencintaiMu dengan mencintai keluargaku,
Dengan mencintai sahabat-sahabatku,
Dengan mencintai manusia dan alam semesta.
Allaahu Rahmaanurrahiim, Ilaahi Rabbii
Perkenankanlah aku mencintaiMu semampuku.
Agar cinta itu mengalun dalam jiwa.
Agar cinta ini mengalir di sepanjang nadiku.

Wednesday, June 20, 2007

Azan Dikumandang 24 Jam Tanpa Henti



AZAN DIKUMANDANGKAN 24 JAM TANPA HENTI…!!!!




Artikel ni saya dapat daripada sahabat lewat e-mail.. Jadi saya titipkan pada semua sebagai renungan buat kita bersama. Sesuatu yang tak pernah terjangkau dek akal fikiran ini.. Subhanallah... Semoga kita mendapat sesuatu daripadanya dan mendatangkan keinsafan dalam diri...



*********************************************************************************


Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui '..Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah..' Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauannya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta. Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan KeAgungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.




Proses ini akan bergerak ke arah barat kepulauan Indonesia . Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam. Belumpun laungan Azan di merata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia . Berikutnya di Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di Jakarta , tiba giliran Dacca di Bangladesh. Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar di barat India .




Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang di seluruh Pakistan . Belum berakhir di Pakistan , Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat . Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman , Kuwait dan Iraq .




Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik. Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam. Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zohor kini sudah mula dilaungkan di Indonesia . Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus. Subhanallah..... begitu hebat dan agungnya Islam!




Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (kalaulah yang power habis!!!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus... Allahu Akhbar....!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...