Sunday, December 16, 2007

Program Semarak Hijau Kawasan Serdang

Program Semarak Hijau Kawasan Serdang

Bermula 15 Disember 2007 dengan Solat Hajat Perdana di Pejabat PAS Kawasan Serdang, solat Isya' bersama-sama di sana.

Untuk 16 Disember 2007, bermula 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Berkumpul di Munawarah Taman Sri Kenari , Sungai Ramal Luar

AY : Jom, pakat ramai2 memeriahkan majlis.

Wednesday, December 05, 2007

Pameran Mukjizat Al-Quran 2007

PAMERAN MUKJIZAT AL-QURAN 2007
Tarikh : 11 - 16 DISEMBER 2007 (SELASA - AHAD)
Tempat : BALAI ISLAM LUNDANG, KOTA BHARU, KELANTAN


MAJLIS PERASMIAN
Oleh : Y.A.B. TUAN GURU DATO’ NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT (Menteri Besar Kelantan)
Tarikh : 12 DISEMBER 2007 (RABU)
Masa : 3:00 PETANG


PROGRAM :
1. Pameran Keajaiban Perubatan, Sains, Matematik, Sejarah, dan Pemakanan di dalam Al-Quran
2. Pameran Kesempurnaan Al-Quran dari aspek Kesusasteraan
3. Konvensyen Kebangsaan Penghayatan Al-Quran
4. Forum “Kamceng” Dengan Al-Quran
5. Pertandingan Islamic Board Game "Quran Challenge", Pertandingan Bercerita, Ujian Hafazan dan Uji Kecerdasan Minda
6. Konsert Islami dan Dikir Barat
7. Deklamasi Puisi
8. Demonstrasi Menulis Khat dan Kaligrafi
9. Gerai-gerai Jualan
10. Cabutan Bertuah


Penganjur Utama :
Perpustakaan Awam Islam Dar Nur Al-Zahra (Islamic Public Library And Research Centre), Kota Bharu.
Tel : 09 - 747 3829
Fax : 09 - 748 4975


Dengan Kerjasama :
Kerajaan Negeri Kelantan, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), USM, PPIM, Teguh Iman Resources, PERTIS, Pupuk Nilai Murni Sdn. Bhd., Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, & APKB.
AY : Huhu...tak boleh balik kampung...

Al-Syeikh Atiah Saqr

Sejarah Ringkas Al-Syeikh Atiah Saqr

Nama beliau ialah Sahibul Samahah Fadhilatul Syeikh Atiyyah Muhammad Atiyyah Saqr. Beliau masyhur dengan panggilan Syeikh Atiyyah Saqr. Dilahirkan di perkampungan Behna Bai, Zaqaziq Syarqiyyah pada hari Ahad tanggal 4 Muharram 1333 hijriyyah bersamaan 22 November 1914 masihi.

Beliau mula menghafaz al-Quran ketika berumur 9 tahun dan beliau mula meminati dan mempelajari bidang fiqh ketika berusia 10 tahun. Beliau memulakan pengajian secara formal di sebuah sekolah rendah yang terdapat di kampung beliau, Behna Bai. Minat beliau pada ilmu tidak pernah berkurang. Ini dibuktikan apabila beliau melanjutkan pengajiannya ke Sekolah Tinggi Agama di Zaqaziq (Maahad Zaqaziq al-`Ali al-Dini) pada tahun 1928. Beliau mendapat Shahadah Aliyah (Sijil Tinggi) pada tahun 1941 dalam bidang Usuluddin pengkhususan bidang dakwah.

Sudah menjadi resam bagi seorang ulama pendakwah yang tidak akan berhenti rehat walaupun sedetik, sebaik menamatkan pengajian, beliau terus berkhidmat di Kementerian Waqaf (agama) Mesir sebagai imam, khatib dan tenaga pengajar di Masjid Abdul Karim Ahmadi yang terletak di Bab al-Sya’riyyah di Qaherah pada 16 Ogos 1943. Kemudian pada bulan Februari 1944, beliau ditugaskan ke Masjid Al-Arba’in Al-Bahri (sekarang dengan nama masjid Ammar bin Yasir) di Giza.

Kerja-kerja dakwah yang beliau laksanakan tidak terhenti setakat itu sahaja malahan beliau juga turut menjadi wakil bagi al-Azhar pada tahun 1945 untuk menjadi penceramah di beberapa tempat di bumi Kinanah ini. Antaranya di Tahta Jarjawiyah, Suez , Raksu Al-Gharbiyyah dan juga Qaherah.

Antara jawatan yang pernah disandang oleh al-Marhum Fadhilatul Syeikh Atiyyah Saqr sepanjang terlibat sebagai pendakwah ialah beliau pernah memegang jawatan sebagai pensyarah di jabatan pengajian agama Islam dan Bahasa Arab bagi peringkat PHD. Beliau turut diamanahkan sebagai pengarah bagi Jabatan Syeikhul Azhar dan salah seorang daripada ahli jawatankuasa Majma’ Buhuts Islamiyyah (Majlis Kajian Dan Penyelidikan Islam) di Mesir. Beliau juga turut diamanahkan untuk menjadi penasihat kepada Menteri Keagamaan Mesir, juga sebagai Ketua Lajnah Fatwa dan sebagainya.


Walaupun sibuk dengan tugas yang diamanahkan ini, amanah ini tidak menghalang beliau untuk bertanding di dalam pilihanraya dan menjadi ahli Dewan Rakyat pada 1984. Selepas itu beliau memegang jawatan sebagai ahli Parlimen Kerajaan Mesir pada tahun 1989. Kepercayaan masyarakat tidak pernah luntur terhadap kebolehan Syeikh Atiyyah Saqr. Sekali lagi beliau diberi kepercayaan untuk memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Jabatan Sunnah dan Sirah bagi Majlis Tertinggi Agama Islam yang terletak di bawah seliaan Kementerian Keagamaan Mesir pada tahun 1991.

Khidmat al-Marhum Syeikh Atiyyah Saqr juga bukan hanya semata-mata tertumpu di Mesir sahaja bahkan masyarakat luar juga tidak mahu ketinggalan untuk menumpang keberkatan ilmu yang Allah swt kurniakan kepada beliau. Beliau pernah berkhidmat di Kementerian Keagamaan Negara Kuwait pada 1972 selama tujuh tahun. Beliau juga turut pernah mengadakan lawatan rasmi dan tidak rasmi di dalam menyampaikan misi dakwah. Antara negara yang pernah beliau kunjungi ialah Iran dan Indonesia (1971), Libya (1972), Bahrain (1976), Algeria(1977), Senegal, Negeria, Amerika Syarikat, Pakistan, Bangladesh, Iraq, Paris, London, Malaysia, Brunei, Singapura dan Negara Soviet.

Al-Marhum Syeikh juga sering terlibat di dalam rancangan-rancangan agama yang disiarkan di corong-corong radio dan di kaca televisyen. Penulisan beliau juga banyak memberi manfaat kepada pembaca.

Pemergian al-Marhum sangat dirasai oleh setiap umat Islam khususnya kepada golongan yang mencintai para ulama. Al-Marhum kembali ke rahmatullah pada pagi 18 Zul Qa'dah 1427 bersamaan 9 Disember 2006 di rumah beliau di St. Theresa, Syubro. Umat Islam telah kehilangan sebutir lagi mutiara yang sangat berharga. Semoga roh beliau ditempatkan bersama para anbiya' dan auliya' al-solihin. Al-Fatihah.

AY : Teringin merasai angin di bumi kinanah...




Saturday, December 01, 2007

Menjadi Wanita Paling Bahagia Di Dunia dan Akhirat


Menjadi Wanita Paling Bahagia Di Dunia dan Akhirat.

Kecantikanmu bersinar melebihi terangnya mentari, akhlakmu semerbak melebihi harumnya kasturi, tawadhumu indah melebihi cahaya bulan purnama, dan kasih sayangmu membawa ketenangan melebihi curahan hujan.

Peliharalah kecantikanmu dengan keimanan, keridhaan, sifat qana ah, sifat iffah (menjaga diri dan kehormatan) dan busana muslimah.

Ketahuilah, perhiasanmu bukan emas, perak dan berlian. Tetapi, beberapa rakaat menjelang sahur, rasa dahaga di siang hari saat puasa mencari ridha Allah, sedekah tersembunyi yang tidak diketahui, kecuali oleh Allah, air mata hangat yang membasuh dosa, sujud panjang di atas permaidani penghambaan kepada Allah, serta rasa malu kepada Allah saat muncul kehendak jahat dan bisikan setan.

Kenakan pakaian takwa, tentu engkau menjadi wanita tercantik di dunia, meski pakaian tertambal. Pakailah baju luar yang sopan, tentu engkau menjadi wanita terindah di alam, meski engkau tidak beralas kaki.

Jauhi kehidupan wanita-wanita durjana, kafir, penggoda, membuka aurat, dan menjajakan kehormatannya kerana mereka semua adalah bahan bakar neraka Jahannam. Tidak ada yang masuk ke dalamnya kecuali orang yang paling celaka. (Al-Lail:15)

Dr. 'Aidh Al-Qarni : Menjadi Wanita Paling Bahagia di Dunia & Akhirat


AY : Nak kena mujahadah....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...